Isnin, Mac 15, 2010

lagi-lagi pasal duit..

Masa aku mula-mula masuk sekolah rendah darjah 1 dulu,duit poket yang mak bagi kat aku rm1.Masa tu jarang budak-budak yang dapat bawa duit poket rm1.Selalunya paling kurang pun 5 kupang ja.Belanja makan kat kantin pun bukan mahal sangat pun.sepingan sederhana nasi lemak masa tu sekupang ja..tak pun 2 kupang.ayaq plak sekupang atau 2 kupang secawan.baki duit poket yang mak bagi aku simpan dalam tabung tin coca cola.

Bila pi sekolah arab plak waktu sebelah petang,mak bagi aku seringgit lagi,seperti biasa baki aku simpan dalam tabung tin coca cola.Masa tu pasal duit lansung aku tak amik tau.asal mana duit pun aku taktau.yang aku tau,hari-hari mak bagi duit kat aku.Masalah-masalah pasal duit pun aku taktau apa tu.Jadi zaman aku sekolah dulu aku dikira happy tanpa apa-apa masalah.Syok sakan ja.Bila aku masuk belajar kat politeknik,baru aku belajar cara menguruskan duit.Masa tu adik-adik dah bertambah.Aku harap pada duit pinjaman aku ja.Masa tu baru tau peritnya bila takdak duit,minta kat mak,mak lambat bank in plak duit.Nasi dengan ayam yang dulu rm2 ja..la ni jadi rm3.jadi aku hanya makan nasi dengan telur goreng hari-hari.Walaupun ada teringin nak makan ayam tapi ku tahan jugak labu..dapat makan ayam pun bila balik cuti ja.masa tu,dapat la habuan duit buang 2 3 ratus.bahagianya...

Bila aku da stat keja,baru aku tau peritnya cari duit.Hari-hari kerja,letih nak mampus,kerja sampai berpeluh-peluh ketiak,terpaksa hadap pkerja indon hari-hari dan pekerja bangla yang macam gila sex ja.Tapi sebab duit ku tahan jugak la labu.Bila dapat duit gaji.Rasa nikmat bergaji ni hanya tuhan saja yang tau.tapi sat ja pun.Dah besar-besar macam ni walaupun masih duduk dengan mak abah,takkan nak amik duit lagi kan..kena bagi balik la.Yang tu aku tak kisah.Tapi yang buat kepala aku pusing dalam masa sat ja duit dalam akaun susut.Boleh jadi gila bila memikiorkan pasal duit ni.

La ni aku da masalah duit.Sebab tula aku dok merapu pasal duit ja dari tadi.Apa ni..dalam bank tinggai rm2 ja pun..Tapi gaji aku 26hb nanti..Arrrggghhhh..tensen2..

4 ulasan:

JHaZKiTaRo berkata...

salam ziarah dari bumi Allah Dublin, Ireland.. blog walking jap.. ada kelapangan, jemput bertandang ke blog hamba.. :)

mira amair berkata...

to jhazkitaro:

wah..dublin tu..best2..

Penanggah berkata...

duit ni kalau ado lapan karung pun x cukup... ingat nt nak beli mesin cetak duit.. boring2 bleh la cetak duit sendiri..

mira amair berkata...

to penanggah:

gua nak jugak..kita kd rakan kongsi nak?

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!