Jumaat, Julai 30, 2010

Al-Fatihah...

Semalam,tengah aku melayan filem kat HBO,tiba-tiba aku terima mesej dari Faizal,kawan sekelas aku masa belajar kat Politeknik Kulim dulu.

kawan2 sekelian..Al-Fatihah kpd MUHAMMAD FAIZ BIN ABD.HALIM telah meninggal dunia..beliau akan dikebumikan pada pagiesok sebelum solat jumaat.



Masa tu aku rasa marah sangat,sebabnya memang Faizal suka bergurau.Tapi kali ni gurauan dia agak tak patut la..sebab ni melibatkan hidup mati seseorang.Jadi aku pun terus call Faizal,soal dia betul ka apa yang dia mesejkan kat aku ni..niat nak marah Faisal tak jadi bila Faizal bersungguh-sungguh mengiyakan apa yang dia mesejkan kat aku tadi dalam nada sebak.Aku yang mula-mula macam nak marah tak jadi..rasa macam tak percaya..betul ka Faiz dah meninggal?cepatnya..apa penyakit dia..masa tu rasa insaf muncul..masa tu aku fikir..ajal boleh datang bila-bila masa ja..Rasa baru ja aku jumpa dia kat Reunion kat Batu Feringgi hujung bulan 5 haritu..dia gembira ja bergurau-gurau ngan kawan-kawan termasuk aku.

Aku ngan Faiz tak la rapat sangat,tapi baik la jugak.Kami satu kelas memang baik antara satu sama lain.Faiz pun suka bergurau dengan aku.Kadang-kadang kami buat asaimen satu kumpulan.boleh dikatakan sifat tolong menolong antara kami memang ada.Bukan antara aku dengan Faiz ja,tapi dengan kawan-kawan kelas yang lain.Banyak aktiviti kami buat bersama.Kadang-kadang makan bersama satu kelas..tapi hari nibila salah seorang dari kami dh takdak..rasa kekurangan plak..

Pagi tadi yang aku tahu,Faizal,ika dengan Ana pi umah arwah kat Kulim.Aku tak dapat ikut sebab aku ada kerja.Pagi tadi masa aku terikat buat aku tak boleh nak cari ruang ke Kulim.Dan pagi tadi jugak ika ada masej..

Arwah tersenyum ja..sedih tengok..simpan pukul 11..ika dh pi keja..

Tadi ada kenduri doa selamat untuk Rostam,kawan sepejabat aku.Mingg depan dia ada operation jantung kat IJN..cian..umur baru 25 dah da masalah jantung..masa kami baca yassin tadi..aku sedekahkan jugak untuk Faiz...
Al-Fatihah untuk Arwah..

Dibawah ada beberapa gambar Faiz bersama kami masa belajar kat Poli dulu..ada banyak lagi gambar..tapi rasa sedih ja nak upload banyak2..



Faiz dan Lan



belakang:Lan dan Faisal
Depan:Faiz,Aku dan Suphai



dari kiri:Faiz,Amy dan Faizal




Dari kiri:Faiz,Lan,Abg Bidi dan Faizal


P/s:Faiz meninggal akibat kemalangan dengan lori.Aku tak pasti samada dengan lori biasa or lori treler.Aku tak pasti lokasi sebenar dia kemalangan.Samada di Sungai Ular or Sungai Lembu..Kedua-dua lokasi di Kulim,Kedah.

1 ulasan:

Penanggah berkata...

al-fatihan.. smoga roh arwah dirahmati Allah.... aminn

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!