Isnin, Julai 12, 2010

VOKANIKA '04

Tadi,masa aku dok belek-belek buku yang ada kat almari buku,tiba-tiba ja aku terjumpa majalah sekolah aku yang dulu-dulu.Dari Sekolah kat Ipoh sampai la Sekolah Teknik Butterworth.Jadi aku pun belek-belek satu demi satu majalah sekolah ni.Antara banyak-banyak majalah sekolah yang ada (Lima ja pun..heeee!),baru aku perasan yang aku ada menyumbang karya poyo aku.Bila aku baca balik.Memang aku gelak gila.Memang mengingatkan aku pada zaman skool Tenik dulu.Dan tulisan aku ni memang 50% darinya benar,selebihnya tambahan saja.


JENAKA 5 BINAAN BANGUNAN/KIMPALAN FABRIKASI LOGAM (BB/KFL)



Jam sudah menunjukkan jam 10 malam.Lagi 15 minit kelas malam akan tamat tetapi kelas 5 BB/KFL sudah mulai bising.Cikgu Mazlan kelihatan sudah mengantuk manakala pelajar lain mula membuka pelbagai cerita.Farhan sejak dari tadi asyik mengusik budak Aspuri terutama sekali Rafidah.
"Malam satgi hang tengoklaaa..ada pompuan bawa anak lalu kat tepi tingkap bilik hang"kata Farhan sambil membeliakkan biji matanya tanda keseraman yang amat sangat.Badan Rafidah sudah menggigil.Ketakutannya hanya tuhan sahaja yang tahu.Sudah berapa kali Aspuri diserang histeria.Dah banyak kali dia berjumpa bomoh untuk menaikkan semangatnya kembali.Farhan masih lagi dengan agendanya.Kali ini pelajar luar pula menjadi pilihan.Kelihatan Ellis dan Yin Jing tidak mempedulikannya.

"Farhan,hang toksahla dok mengusik depa.Budak perempuan zaman la bukan macam dulu lagi.Semua berani belaka.Hang dok mengusik depa,ko satgi 'benda-benda' tu dok kacau hang balik"tiba-tiba Danial bersuara setelah sejak tadi dia mendiamkan diri.Seluruh pelajar kelas itu ketawa dengan kata-kata Daniel.

"Betulla..nanti itu olang pelempuan tumpang motor awat baru tau"Yin Jing pula bersuara dengan pelat cinanya.Loceng telah berbunyi menandakan kelas sudah berakhir.Selepas Hidayah mengucapkan salam,Farhan segera berlari menuruni tangga untuk ke tempat letak motosikal.Tak sabar rasanya mahu segera pulang ke rumah untuk menonton rancangan kegemarannya,WWF.Badan Bukhari dan Razimi ditolaknnya ketepi.Mentang-mentang la mereka bertubuh kecil,Farhan yang berbadan besar persisi Gorilla itu sesuka hati saja menolak mereka.

"Ooiiii..Farhan,hang jangan lupa beli Char Koew Teow untuk aku esok malam,sekali dengan Wan Amira dan Suriani"pesan Najib seperti tidak akan bertemu lagi dengan Farhan sedangkan esok adalah waktu persekolahan.Kalau nak pesan pagi esok pun boleh.Farhan hanya mengangguk.Dia sudah faham dengan perangai budak asrama.Sikit-sikit suruh budak luar belikan makanan untuk mereka.Mengidam mengalahkan perempuan mengandung.

Farhan segera memecut motor kapcai milik ayahnya itu dengan laju.Namun tidak juga laju-laju.Dia merasa malu maklumlah terpaksa menaiki motor kapcai milik ayahnya setiap hari ke sekolah sedang rakan-rakan sekelasnya yang lain seperti Aliff dan Zawawi berbangga dengan motor RZX mereka.


Bersambung....



Gila punya panjang cerpen aku ni.Macam mana dalam satu malam ja aku boleh karang cerita ni sampai abis,pastu esok pagi terus bagi kat editor majalah sekolah aku.Gila gaban...La ni..tulis sikit dah nak mengantuk..nampak sangat aku makin tua..huuuuu!

2 ulasan:

Aishah Nur Hakim berkata...

hehe...berbakat tulis cerita seram nih...

Mrs Poyo berkata...

to aishah..

dulu ja..hahahaa..
sekarang ni skill dah hilang maa..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!