Ahad, Ogos 14, 2011

EDISI PUASA : BERBUKA DENGAN KOREK TAHI HIDUNG

Masa aku kecik-kecik dulu...abah dengan mak kalau nak beli baju raya untuk kami adik beradik mesti pi kat Sungai Petani..Ala kat jam besaq tu..depan kamdar tu..depa ada buka kedai-kedai jual baju kurung,baju melayu..segala baju ada kecuali baju dalam...hahahahahahahaha...




Satu hari di bulan puasa tahun 1996..masa tu nak penghujung bulan puasa la..Abah dan mak bawa kami adik beradik yang masa tu ada 3 orang ja..Azhan tak wujud lagi..Aloyah pun baby lagi pi la kat Sungai Petani..Time tu memang bizi gila..jalan kat Sungai Petani sesak..Dah tu nak beli baju raya pun bersesak jugak..Time tu peniaga pakat-pakat nak lelong barang yang depa nak jual terutama sekali kuih raya..Mau tak ramai kan..Lepas ja beli apa yang patut..Kami pun bergegas la pi kat kereta..Sampai ja kat kereta dah start enjin bagai..abah aku tak boleh keluar plak dari parking sebab jalan kat parking pun jem jugak..yang dok cari parking..yang nak keluar dari parking..Semua bercampuq aduk..mau tak sesak kan..





Agak lama jugak la abah aku nak kuaqkan kereta dia petak parking sebab kereta lain tak bagi jalan..macam sial jugak la perangai..korang dok cari parking tapi orang yang nak kuaq dari parking hampa tak bagi laluan..samapi tahun depan pun blum tentu dapat parking kan..Akhirnya..ada jugak sebiji kereta yang aku tak ingat jenis apa bagi laluan..Lega rasanya..Yela kan..time tu dah pukul 6 lebih nak masuk pukul 7 dah..nak cepat-cepat pi kedai makan la nak berbuka kan..





Tapi masalah plak timbul kat ataih jalan raya sebab jem sakan plak kan.dok dengaq bunyi pin pon pin pon..Mak pulak dah berletiaq panjang sebab rasa kami memang tak sempat dah nak pi ke kedai makan.Lepas tu rasa tak puas hati jugak kat abah sebab sebelum nak balik tadi..mak nak beli air la kat situ..kot-kot la kalau tak sempat pi kat kedai makan..boleh berbuka dalam kereta..dah abah tak bagi plak dah..katanya sempat..sekarang..nah ambik..memang pada firasat aku time tu..memang takdan la..huhuhuhu..






Last-last azan dah berkumandang kat Radio...Aku tengok mak dok tercari-cari sesuatu dalam laci kat dashboard kereta tu..cari apa taktau la..Yang tu aku tak peduli..yang aku peduli la ni ialah kata-kata tokwan Non kat aku sehari sebelum tu..






"Mira..kalau hang buka puasa..jangan dok lengah-lengah..tak baik..."






Oleh sebab kata-kata tokwan aku tu tergiang-ngiang kat telinga aku macam kata-kata Yoda tergiang kat telinga Luke Skywalker dalam cerita Star Wars tu..Aku pun panik,..Tokwan kata tak baik ni..mana boleh jadi ni..kena buka jugak cepat-cepat walau apa pun trjadi..Jadi aku teringat yang Tokwan pernah bagitau..kalau korek taik hidung boleh batalkan puasa..sama macam kita makan masa time puasa la..secara otomatik terbatai puasa kita..Jadi oleh sebab pada pikiran aku kedua-keduanya sama jala kalau time berbuka pun..Jadi aku secara otomatik korek hidung aku..hahahahahha...




Tengah baik punyeerrr korek hidung..tiba-tiba mak hulur botol air mineral kat aku..Rupanya dalam laci kereta ada botol air..tapi aku tolak pemberian mak tu dengan elok..






"Takpa mak..Ceq dah buka puasa pun ni.."




Mak yang hairan pandang aku..



"Hang buka puasa dengan apa?"Soal mak.








"Dengan korek taik hidung.."Jawab aku sambil tunjuk taik hidung setempek kat jari aku..ahhahahahhahahhahahha...




Abah yang tadi muka tension terus gelak sakan..Mak pun sama la..

Aikk..awat gelak?salah ka?hahahahhahhahahaha...









Haiya..tak senonoh la hang ni Miss Poyo..ada ka berbuka puasa dengan korek lubang aku..chuiiissshhhh!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!