Rabu, Mac 31, 2010

23

Happy Besday Kaklong,Happy besday Mira,Happy besday Kak Wan,Happy Besday Wan,Happy besday Sayang,Happy besday Cik mira,Happy besday Mira..
Hari Ini genap umor aku 23 tahun.
Apa yang aku rasa?tak rasa apa-apa pun..sama ja...
Apa Impian aku bila da masuk umur 23 ni?
Sama ja dengan tahun-tahun sebelum ni.
Takdak benda yang berubah.
Aku tak matured lagi kot walaupun 23 tahun..
Bak kata Incik Bachok dan beberapa orang kawan yang lain la,
Well,dak pa untuk diceritakan sempena umur 23 ni..
Kecuali semalam aku kena pedajal dengan adik-adik aku sendiri


Kadang-kadang aku tengok muka aku ni huduh jugak..kan?

Kepada Mirul,Alia dan Safuan.Thank la sebab pedajal aku.Kepada Azhan,takdak apa kaklong nak kata kat hang sebab pada masa kejadian,hang ada kat masjid.Hang memang budak yang baik.Harap-harap kebaikan hang tu akan berkekalan.Ni doa kakak hang pada hari 1st dia berusia 23 tahun.Ingat senang ka nak dapat doa dari aku..huuuuu!

Kepada Mak dan Abah serta Tok,terima kasih atas jagaan anda terhadap ceq selama ni.Kepada arwah Tokwan,harap-harap dia tahu yang cEQ amat berterima kasih atas jagaan dia selama ni.Garang macam mana pun selama ni Ceq terima dengan hati yang terbuka sebab anda semua adalah orang tua yang banyak membimbing ceq walaupun kadang-kadang ceq ketegaq,suka melawan dalam diam,hentak-hentak kaki bila apa yang ceq nak anda tak bagi,Tidak mendengar kata dan macam-macam lagi hal tapi hal-hal sosial ceq tak terlibat nah...Sesungguhnya pengorbanan anda suma tida dapat Ceq balas dengan wang tunai sebanyak Million Trillion sekali pun.

Kepada kawan-kawan dari sekolah menengah hingga ke zaman Politeknik,aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun aku ni seorang yang selekeh,tak pandai bergaya,kurang comel,kelam kabut,cepat panik,riuh,mulut murai,suka gelak kuat-kuat,berpewatakan seperti jantan,suka bawa kereta laju-laju,kuat berangan,perasan diri ini hensem,tak amik kisah hal korang padahal aku amik kisah cuma tak tunjuk ja.Aku gentlemen beb.Heeeee!

Kepada Incik Bachok,terima kasih dapat terima I dengan seadanya walaupun kita ada perbezaan umor walaupun beza umur kita tak seperti Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad SAW.Terima kasih kerana mengejas I walaupun pada mulanya memang susah nak terima U sebagai ehem..ehem..I.Terima kasih dapat terima I walaupun I ni kuat merengek macam budak kecik,kuat menangis,banyak bercakap,cemerkap,kuat gelak,kuat jeles dan kuat mengusik.

Kenapa tiba-tiba aku bertulis dengan panjang lebar ni???

Selamat datang 23 tahun.Moga kau dapat mengubah aku menjadi perempuan yang berguna pada bangsa dan negara.Chewah!! ayat memang takbleh tahan.

6 ulasan:

mr.kordes berkata...

kah kaH KAH!!!!!

Mrs Poyo berkata...

Pakcik gelak sakan noh..lalat masuk baru tau..hoooo!

Tanpa Nama berkata...

Semoga panjang umur dan semoga dimurahkan rezeki.

Blog saya dalam "Pembinaan semula" untuk fokus kepada hal pendidikan.

Cikgu Ibrahim

Penanggah berkata...

heppy besday gak.. smoga pnjang umuq murah rezki.. dan totap merapu..hahahaha

Mrs Poyo berkata...

cikgu:yaka?blog yang saya dok bc tu bkn blog cikgu ka?'hati seorang pendidik " kalau tak silap saya tajuk dia.

penanggah:kang den merapu kuat,kalah ekau kang..huahuahuahua..

Tanpa Nama berkata...

awal yang baik

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!