Selasa, Jun 07, 2011

AKU DAN NAB

Masa aku tingkatan 4 dulu..Aku dapat belajar kat Sekolah Menengah Teknik Butterworth aliran Vokasional Jurusan Binaan Bangunan.Oleh sebab jarak rumah aku dengan sekolah tu jauh la jugak sebab kalau nak balik rumah kena menapak dua biji bas,jadi aku dapat tawaran dok asrama..Itu la first time aku dok asrama lepas 15 tahun dok bawah ketiak mak abah ja..ahahahahha..Masa dapat dok asrama tu,aku rasa mesti hidup aku tak sebebas dulu..Aku dok dengan cerita kalau dok asrama peraturan ni ketat sangat..semuanya tak boleh..kena straight ja kan..Lagi satu..aku mesti tak boleh nakal dah..tak boleh tengok tv,tak boleh main internet..tak boleh memasak..semua tak boleh..Waaaaa...!!





Masa mula-mula dok asrama tu,tiap-tiap malam aku menangis..gila hilang macho aku menangis teresak-esak,padahal kat rumah aku la hero..hahahhaa..Sampai la ada seorang budak perempuan ni mai pujuk aku..Tapi aku bukan nak cerita pasal budak perempuan yang mai pujuk aku ni..aku nak cerita pasal Nab..Yaa...Nab watak dalam cerita I Believe I Can Fly yang aku karang tu..Itu memang watak betul tu..huhuhuhu..




Nab masuk dorm aku lewat dua bulan..Ini bermakna Nab adalah bacth kedua yang diterima masuk dalam sekolah teknik ni..Bacth kedua ni adalah mana budak-budak yang berjaya diterima belajar dalam sekolah ni lepaih buat rayuan..Masa pertama kali aku nampak Nab dalam dorm aku dok susun barang dalam loker dia..aku terkedu sat..Bukan apa..dia ni lain dari yang lain..Rambut Perang,kulit putih..mata plak warna coklat hazel..macam orang putih sebiji..Aku syak dia anak campuran..Tapi dia kata dia melayu tulin..Tapi aku syak dia campuran arab macam aku...Cuma bezanya dia mesti campuran arab yang jenis kulit putih segak-segak tu sedangkan aku memang orang tau arab jenis kulit hitam..kira spesisi Bilal Bin Rabah la...Sedara aku banyak dok kat Madinah..Tiap-tiap tahun depa mai Malaysia..Apahal cerita pasal sedara Arab aku plak ni..huhuhu,...





Masa mula-mula kenal dia..Aku ingatkan dia spesis budak perempuan segak yang suka mengedk dan perasan cun yang hanya kawan sesama segak macam depa ja,jalan pun pun kontrol..Ala..kat sekolah banyak spesis macam tu..takkan tak ingat kot?huhuhu..tapi jangkaan aku meleset sebab Nab bukan jenis macam tu sebab dia punya perangai sebijik macam aku..Kasaq,tak kontrol cun..suka buat benda lasak..hahahahhahaahhahaahahahaha...





Bersama dengan dia dan beberapa orang kawan lain..maka tertubuh la kumpulan EWG atau nama penuh dia Eight Wanted Gurl sebab kami ada 8 orang yang mana lapan-lapan ni ada perangai dan perwatakan yang berlaianan tapi satu kepala la..Dah jadi wanted tu sebab nama kami selalu naik kat asrama dengan macam-macam masalah kecuali masalah menggatal la..kami tak gatal dengan budak laki...hahahahhahaha...Nab punya perangai ja sama macam aku sikit-sikit...Walaupun kami ni semua lain-lain kelas tapi kami baleh masuk la..



Kami pernah ponteng kelas,fly dari asrama,bergaduh dengan senior,tak turun prep petang,prep malam plak bersembang sakan..balik dorm pun sembang lagi..selagi biro asrama tak jerit suh tutup lampu..kami sembang ja sampai Biro asrama jerit dari bawah suh tutup lampu pukul 11 malam..Bila dah ttup lampu baru la nak buat kerja sekolah kat bawah lampu koridor..hahhahaha...
Lepas tu tak pernah nak hias dorm elok-elok samapi tiap-tiap minggu kat perhimpunan nama dorm kami diumumkan sebagai dorm terkotoq..serabut..hahahahah..


Kena denda cuci tandas asrama la..denda kutip sampah satu sekolah la,kena panggil dengan senior masuk bilik gelap lepaih tu kena belasah ala-ala manja dengan akak senior..Apa..ingat budak laki ja ka buat aktiviti belasah junior macam tu..perempuan pun sama la..Kat sekolah Teknik..segalanya boleh la..hahahhaah..Sampai ke peringkat kena buang asrama..punya teruknya kami dulu ni..hahahahaha...



Bila naik tigkatan 5,mak abah kami semua buat rayuan nak kami masuk asrama balik..tapi sekejap ja..Nab tiba-tiba amik keputusan nak keluaq asrama sebab nak tumpu belajar pada SPM..Kalau dok asrama katanya dia jadi merapu..Sejak Nab keluaq asrama tu la hidup aku kucar kacir sat..takdak rakan segila..Sehingga la lepas peristiwa dasyat kena rush kat rumah sendiri oleh warden asrama sebab lari dari asrama..aku pun berhenti dari dok dalam asrama dan brulang balik dengan Nab hari-hari..




Dulu depa selalu cakap yang mybe aku akan kahwin dulu diantara 8 orang ni sebab aku sorang ja masa sekolah dulu takdak BF..Depa semua ada..tu pun aku yang banyak rekemenkan..hahahaha..Depa cakap orang macam aku ni la selalu kawin dulu..tu pun pilihan family..hampeh..!! Nab pun sama ejek la..Nab dulu kapel dengan kawan sekelas aku,Lan panjang..Aku pun taktau macam mana depa boleh kapel..tapi seingat aku,aku yang main peranan penting jadi posmen berkarat depa..Lama jugak depa kapel..Sampai tahun lepas depa kapel sejak dari tingkatan 4..Lepas tu putus..Nak plak bekerja kat KL sebagai Juruteknik Kapal terbang MAS..Tengok..ganas dak kerja dia..??hari-hari dok bawah perut kapal terbang,muka berpalit minyak hitam..hahahaha..Kan aku dah gitau..kami memang minat kerja lasak macam ni..



Lepaih SPM kami kami semua buat haluan masing-masing.Aku dengan Nab ja dok berhubung lagi..Lepaih tu sorang-sorang aku dapat kad kawin dari depa..Tak samgka,depa yang dasyat kutuk aku,depa yang kawin dulu..hahahahaha..Dan pertengahan bulan lepas..Tiba-tiba ja aku dapat panggilan dari Nab..



"Wei Wan!! 4hb Jun aku bertunang wei..hang tak mai hari tu..aku blasah hang sampai lunyai!!"



Terkejut jugak aku bila dia gitau nak bertunang,,sebab lepas dia putus dengan Lan,dia bagitau aku,nak tumpu dengan kerja dia..tak sangka plak dia nak bertunang..hahahahhaha..
Tu la kan..dalam ganaih.ganaih tu,loqlaq punya stail pun..akhirnya bertunang jugak Nab..Fuhhh!! Bila la giliran aku..hahahhahahaa...









Aku bersama Nab atau nama Penuh Siti Zainab berbaju Putih dengan Si Pensyarah Husna dok belah kiri dan Ctah dok belah kanan depan aku..Husna jadi Pensyarah??Jahanam pudak-budak UITM Seberang Perai tu nanti..hahahahhhaa

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!