Selasa, Jun 28, 2011

MAKHLUK HALUS VERSI FILIPINA

Baru-baru ni aku ada tengok filem seram Filipina bertajuk Dalaw kat Box Office.Filem dia simple macam filem Hollywood or Bollywood yang kuat meniru tu..Kisah pasal roh yang bunuh diri dan bangun untuk balas dendam..Dah bunuh diri pasaipa nak balas dendam kat orang lain plak..bukan orang tu yang bunuh dia..dia yang bunuh diri dia sendiri..So,bbalas dendam kat diri dia sendri la..jahahhahahha




Poster filem yang boleh tahan jugak seram dia..Dalaw








So,aku terpikir jugak adakah konsep hantu filipina ni macam konsep hantu Jepun yang bangkit dalam alam roh dan balas dendan macam Ju-on tu..Haaaa..hantu Ju-on kita siasat lain kali..hahhaha..Sebenarnya ada beberapa jenis hantu menurut kepercayaan orang Filipina yang mirip hantu orang melayu..Antaranya ialah..







1. TIYANAK



Hantu ni mula-mula aku pikir macam toyol la sebab hantu ni spesis bayi atau nak kecil dalam usia setahun dua yang kerja dia mencuri ja.Tapi hantu Tiyanak ni special sikit..Dia makan orang..Ayoyoyo..kalau jenis makan orang ni yang seram sikit ni..eeeiii!! Selalunya Tiyanak ni akan menangis kat dalam hutan macam baby-baby menangis..Selalunya mangsa Tiyanak ni akan cari la bunyi tangisan baby tu kot-kot bayi yang kena buang ka kan..la ni kan banyak kes bayi kena buang..bukan kat Malaysia ja..negara lain pun banyak la..Jadi bila mangsa ni dah jumpa bayi yang menangis ni..dan bila dia dukung ja bayi tu..bayi tu berubah jadi tiyanak la lalu serang mangsa..Fuhh!! angker gila..ngeri sangat aiihh..Menurut cerita orang filipina(ni aku tambah..aku tak kenal pun mana-mana orang filipina..hahahaha) Tiyanak ni terjadi dari bayi yang tak sempat dilahirkan lalu mati atau bayi yang dah selamat lahir tapi mati plak dah..huhuhuhu..



Tiyanak..gambar dari ayahanda Google..Heeee!!









2. KUMAKATOK


Makhluk ni kan..aku rasa macam hantu Kum-Kum yang macam Marsha berlakon kat Citra tu..Eh..Prima kot..Ahhh!! lupakan pasal Astro bongok tu..!!





Aku rasa,macam hantu Kum-Kum..tapi walaupun dia mai ketuk rumah orang malam-malam tapi fungsi hantu Kumakatok ni lain dari hantu Kum-Kum.Kalau Kum-Kum hanya perlu seorang sahaja menjalankan aktiviti setan dia tu..Kumakatok ni ada 3 ekoq..Seorang Perempuan cantik dan dua orang laki-laki tua..Depa dok mai ketuk-ketuk rumah orang bukan apa..Dia macam bawa perkabaran buruk la yang rumah mana depa pi ketuk tu..akan ada orang akan mati..Jadi kumakatok ni memang ditakuti la sebab depa ni macam bawa sial la..depa mai ja..mesti ada ahli keluarga akan mati..macam tu la...



Kumakatok







3. KAPRE



Kapre ni ialah hantu yang macam hantu galah pun ada..macam hantu raya pun ada..mybe bila hantu galah kawin dengan hanru raya..tu yang jadi Kapre tu..hhahahhaha..Kapre ni mahkluk yang suka duduk kat pokok-pokok besaq atau lebih tepat..Penunggu pokok la...Badan dia tinggi gila..dan berbulu kasaq.Kapre ni suka ganggu budak-budak nakal atau kaki lepak yang simpang jalan yang balik malam-malam hari lepas main lagu dua tiga round..hahahahhaa..Ada setengah orang filipina yang bagitau(bukan kat aku la..) yang kapre ni peramah jugak la..siap boleh bersembang lagi dengan orang yang berperangai baik..Siap bagi batu ajaib lagi..uiikkk!! biaq betoi..hahahahhahaahha..lawak betul la Kapre ni..hahahhahahaha...



Kapre tengah isap rokok..lawak betoi la...hahahahhaha










4. ASWANG



Aswang ni macam penanggalan la.cuma bezanya kalau penaggalan ni manusa yang bila malam hari dia boleh cabut kepala sekali dengan isi perut terbang pi kat rumah perempuan mengandung ataupun perempuan yang nak beranak..Tapi Aswang ni..walaupun mangsa dan cara serangan dia sama,tapi bentuk dia berbeza..Aswang ni plak kalau siang dia jadi manusia..Bila malam dia akan berubah jadi haiwan macam kelawaq,anjing,babi dan kucing.Ada sesetengah masyarat dekat Filipina sana yang masih lagi berkawal malam di rumah-rumah wanita hamil dan jugak perempuan yang nak beranak sebab nak elak dari serangan Aswang yang pandai menyamar tu..Huiii..takut la..kucing pun dia menyamar..huhuhu



Makcik Aswang yang tak menakutkan..hahahaha..




Kiranya hantu Filipina ni lebih kurang hantu kat Malaysia jugak la..cuma mybe hantu kat sana telah mengalami proses evolusi..sebab tu dia lain sikit tu..hahahhahaha...Apa-apa pun..jangan percaya dengan kewujudan hantu ni..Ni cuma setan ja ni yang cuma nak sesatkan manusia dengan Makhluk-mahkluk ciptaan depa..tu ja..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!