Selasa, Januari 17, 2012

BLOG BARU

Aku rasa aku nak buat satu blog baru dimana dalam blog tu aku akan cerita hal-hal persiapan perkahwinan aku yang aku agak-agak terjadi dalam tahun ni gak..muahahahahhahaha..Tujuan aku nak buat blog yang khas untuk aku tulis persiapan perkahwinan aku ni bukan apa..Aku ni jenis kelam kabut,pelupa..dan macam-macam lagi la sifat semula jadi aku ni yang entah apa-apa ni yang boleh buat majlis kahwin aku nanti jadi satu majlis kawin yang entah apa-apa..Kalau aku nak listkan satu persatu benda yang patut aku buat untuk majlis aku nanti kat dalam satu buku ka..memang tak menjadi la..silap-silap buku tu yang hilang kan..hahahaha..sekurang-kurangnya dengan blog ni memang takkan hilang..masuk ID ngan password ja memang secara automatik dia muncul la melainkan la ID ngan password aku sendiri pun aku lupa kan..hahahahhaha..

Aku rasa blog Si Poyo Mula bercerita ni tak sesuai la untuk aku tulis persiapan kawin bagai sebab blog Poyo ni memang dah di khaskan untuk aku tulis kisah hidup aku..cerita-ceria lawak apa tu semua kan..kalau bercampur aduk aku rasa macam cacamerba plak..tak best arrr..So buat jela blog baru kan..senang sikit nak buat rujukan apa semua..

Buat masa ni blog tu dalam pembinaan sebab aku takmau tulis lagi selagi Incik Bachok tak balik bincang sekali lagi dengan parent dia hal tarikh marikh kami kawin nanti kan..Kalau diikutkan kami berdua memang setuju la nak di kahwin dan disandingkan(ewah) pada 10.11.12 atau bagi yang tak paham maksud nombot tu..10 November 2012 la..hahahahahhaa...Dan blah Incik Bachok plak tarikh dia 15 November 2012 bersempena dengan cuti Awal Muharam.Setakat ni aku ada bagitau parent aku dah..depa memang nampak ok la dengan tarikh tu..Cuma nak tunggu persetujuan dari parent Incik Bachok plak la..

Tarikh ni kami berdua yang pilih sendiri sebab parent aku memang nak aku sendiri pilih cuti sebab senang kami susun atur jadual kami sendiri..Maklumla..kami brdua ni bekerja....Tambah-tamabh jadual kerja Incik Bachok yang tak menentu tu kan..huhuhuhu...So,sebagai pengantin dari belah perempuan..apa-apa hal pun,kami akan ikut ja belah laki punya pilihan tarikh..sebab yang nak sedia wang hantara,mas kahwin..semua tu depa la kan..ikut la depa mana dan kan..hahahhahaha..belah aku hanya menerima ja..kikiki..

So..lepaih ni,hal-hal nak kahwin aku takkan tulih lagi kat sini..nak tau..sila la buka blog satu lagi..
choww!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!