Ahad, Oktober 02, 2011

AKU DAN DIRIMU JEBON

Semalam aku berjalan..aku berjalan dalam gelap..semakin lama jalan semakin gelap pula bila aku makin jauh..Maksudnya..tadi aku berjalan dalam gelap..tapi ada cahaya bulan yang menerangi(perkataan tak boleh blah..hahahha) jalan aku..tapi lama-lama cahaya tu hilang..jadi aku jalan dalam gelap la..Yang peliknya..walaupun aku berjalan dalam gelap..tapi aku tak berlanggaq dengan apa-apa pun..kira hebat jugak la aku ni kan..hahahha..Berjalan dalam gelap ni umpama kita berjalan sambil pejam mata..dalam kegelapan malam tu..aku hanya dengaq bunyi cangkerik dengan bunyi katak panggil hujan...tapi aku tak peduli ah..aku jalan jugak..






Sedang syok berjalan tanpa halangan tiba-tiba aku nmpak kat depan aku ada dua biji mata berwarna merah menyala memandang aku..walaupun orang akan kata aku ni perasan la plak kata ada mata memandang aku tapi memang betul la ada mata warna merah pandang aku pun..Yaaa..oleh sebab suasana gelap..aku hanya nampak biji mata ja pun..tu pun sebab mata dia warna merah..kalau mata dia kaler itam..memang aku tak nampak dia la pandang aku kan..hahahaha...Takut tu memang la takut kan..tah hantu raya belaan sapa tah terlepaih..tapi dalam takut tu sampai terkencing la sikit kan..aku pun tanya pada mata tu..






"Sapa kau...??"








"Akulah Jebon!!!" jawab mata tu sambil mendekati aku..



So..bila dia makin dekat baru aku tau..beliau bukan la hantu raya milik pak sulaiman atau pakcik zubir yang terlepas cari makan..tapi hanya seekor menatang bernama Jebon..Kalau setakat menatang Jebon yang rupa bentuk dia macam musang ni boleh bercakap aku tak heran la sebab sebelum ni memang aku dah jumpa banyak binatang bercakap contohnya arnab putih yang pandai bercakap..tak pun kuda atau kucing la..aku penah jumpa jugak yang pandai bercakap..So aku pun tanya la Jebon ni dia nak pi mana?Dia cakap dia nak pi satu negeri yang apa nama tah..aku dah lupa..tujuaan dia pi negeri tu sebab dia dengar cerita yang Raja ka Sultan pun aku taktau la dah bertitah..kalau ada sapa yang berjaya sembuhkan anak dia yang dah pengsan selama setahun tak sedaq diri sampai la tu..maka dia akan tunaikan apa saja permintaan si penyembuh tu..Jadi Jebon ni pun nak pi jugak la..mana tau Raja akan sembuhkan dia dari sumpah pari-pari jahat..menurut Jebon..dia kena sumpah dengan pari-pari jahat jadi Jebon sebab dia kutuk Pari-pari tu secara berdepan..dia kata pari-pari tu huduh gila pakai seluar jeans ketat..tak sedaq diri gemuk gedempol..marah punya pasai..pari-pari jahat sumpah dia jadi jebon..Pada pengamatan aku la..bukan pari-pari tu yang jahat..Jebon ni yang bermulut jahat..Dan satu lagi..Pari-pari pakai seluaq jeans ka?Setau aku la..kalo pari-pari omputih pakai dress kembang tu..kalau pari-ari melayu pakai kebaya..aku syak Jebon ni tipu aku..








Setelah mendapat tau serba sedikit pasal anak raja tu dari Jebon..baru aku tau..putera tu campuran korea melayu..bapak dia sultan..kawin dengan rakyat biasa berbangsa korea..tapi putera ni punya muka ikut belah mak dia..maka muka korea la..mesti hensem kan..tiba-tiba aku dapat idea..kalau aku ikut jebon dan try sembuhkan putera tu..nanti kalau raja tanya aku nak apa..aku jawab la nak kawin ngan putera tu..hakhakhak..bijak dak aku..maka tercapailah aku nak kawin ngan jantan korea..hahahahaha..Jadi bermula la perjalanan kami berdua ke negeri yang aku taktau pa nama tah..mula-mula jalan kaki..lepaih tu tiba-tiba kami jumpa kereta kancil berenjin kapal terbang kat tepi jalan..apalagi kami sebat la..nasib la tuan punya kereta kancil berenjin kapal terbang..sapa suh parking kereta tepi jalan nak kencing..kan kami dah sapu..muahahhahahahha.....Tapi apa yang mencabar lagi ialah sepanjang pengembaraan aku dengan Jebon ni betul-betul mencabar minda aku..





Si Jebon ni dia punya perangai tak menentu..kadang-kadang pendiam..kadang-kadang cakap bnayak jugak..kalau dia cakap bnayk memang sakit hati..mulut dia boleh tahan jugak..Jenis cakap ikut sedap mulut dia ja..dah tu kadang-kadang dia dingin ngan aku..ego lagi..panas baran..nak semua dia ja betul..Dia nak aku ikut cakap dia ja..kalau aku kata takmau..mesti dia marah aku..bodoh punya jebon..Hari-hari kami gaduh..berhari-hari aku naik kereta kancil terbang ni ngan dia rasa macam nak campak dia keluaq tingkap ja..apa aku buat semua serba tak kena..gila betoi..ada ka menatang macam ni punya perangai..patut la kena sumpah jadi jebon..sebab perangai pun macam Jebon..Cuiii!!





Akhirnya...berbulan-bulan jugak la kami mengembara..last-last kami sampai jugak la kat negeri yang tidak bernama itu..Raja negeri tu yang muka dia macam Robert Downey Jr ni sambut baik kedatangan kami ni..Rupanya Jebon dah hantar telegram pada raja tersebut kata dia nak berubat putera raja tu..patut la..aku heran gak..kami parking ja kereta kat balairung dia..terus dia mai peluk jebon..kalau sultan lain..dah titah suruh tangkap kami pa..Walaupun aku nampak dia kurang selesa dengan bau badan jebon yang busuk tu tapi dia peluk jugak.sekadar ambik hati kot..Sembang punya sembang bermula lah acara penyembuhan..










Biaq betoi aku jadi raja...Iron Man aku pernah jadi la....






Mula-mula aku nak start dulu..sebab aku rasa aku hebat..dengan kehebatan aku berjampi serapah(tah bila aku pandai jampi menjampi pun aku taktau..) aku mula berjampi..tapi hampa la..aku tak berjaya..akhirnya giliran Jebon pulak..dia keluaqkan sebiji batu dalam poket baju dia..(ok lupa nak bagitau yang Jebon ni pakai baju..hahahahahaha)..Lepas tu dia masukkan batu dalam segelas air..dan dia sapu kat muka putera raja yang macam muka Kwon Sang Woo tu..aku tengok macam adegan filem labu labi plak..

Lepas ja dia sapu air tu kat muka putera Kwon Sang Woo teruih putera tu sedaq..rupanya baru kami semua tua..putera ni ada penyakit kuat tidoq..hampeh betoi la..hahahahah..





Aku putera raja kaki tidoq tu??? Miss Poyo bagi la watak yang kemaih sikit!






Setelah putera sihat,raja Robert Downey Jr pun tanya pada Jebon..apa yang dia mau..Jadi Jebon cakap dia nak Raja tolong ubahkan dirinya kepada bentu asal...Jebon ni boleh berubat orang ja..diri dia sendiri dia takleh tolong.Jadi raja plak titahkan dukun diraja yang terkenal serata dunia kehebatan dia tu tapi penyakit Putera raja tu pun dia xtau nak berubat pi berubat Jebon..Dan sekelip mata Ting!! Jebon berubah jadi manusia..Muka macam aku kenai..Incik Bachok!!!

Aku pun pengsan...










P/S : Sebenarnya mimpi aku takat jumpa mata merah ja..lepaih tu aku terkencing dalam seluaq..lepaih tu aku terjaga..nasib baik la tak kencing betoi-betoi..kalau tak basah tilam aku...hahahha..Yang lain aku tambah-tambah ja..hahahah..padan muka

2 ulasan:

haadziq berkata...

haha..xbleh tahan baca mimpi2 hg..

Amira Amair The Poyos berkata...

haadziq..

tu ka?hahahahaha

kalo hg nk mmpi mcm aku sila tidoq x bsuh kaki..hahahha..
grenti hg dpt mmpi merapu meraban mcm aku..hahhahaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!