Jumaat, Oktober 14, 2011

FILEM FEVERET : STAR WARS (1977 - 2005) SIRI 1

Filem Starwars ni bagi aku la..filem paling hebat sepanjang Zaman..Kiranya pengarah dia si George Lucas ni pandai la buat filem angkasa-angkasa ni walaupun time tu zaman 1977.Zaman teknologi filem pun macam hampeh lagi..Tapi dia punya imaginasi dia tinggi gila sampaikan orang pun kata zaman tu..takdak orang nak pikir jalan cerita macam tu masa zaman tu..hahhaha









Tapi mesti ada yang hairan,awat la si George Lucas buat filem satrwars langkau terus ke episode 4 sampai 6 dulu..awat tak buat dari Episode 1 sampai 3 dulu?Sebabnya ialah Episode 1 dengan Episode 3 gambaran pasai kemegahan suasana planet-planet dengan negeri la time tu kira hebat gila..Jadi perlukan teknologi yang canggih nak merealisasikan gambaran dia tu..Zaman 1977 mana nak canggih lagi kan teknologi..So George Lucas dah nampak dah..pada masa depan teknologi perfileman akan jadi canggih gila babi..Jadi dia simpan dulu skrip yang episode 1 sampai 3..dia buat yang episode 4 sampai 5 dulu sebab masa episode ni..digambar macam zaman kemunduran akibat perang la..jadi tak payah nak pakai yang canggih-canggih kan..hahahahha..Paham tak aku cerita ni..abai kan...









Kita start dari episode 1 sampai 3 dulu la..baru senang paham..hahhaha...









Yang filem dari Episode 1 sampai episode 3 menceritakan pasai seorang budak laki yang berumur 9 tahun bernama Anakin Skywalker yang berbakat besaq terutama sekali dalam bidang reka cipta..





















Adoila..beratnya beg kat blakang ni..














Jadi bakat dia tu disedari oleh seorang Jedi(jedi ni macam pahlawan la gitu kan..) bernama Quin Gon Jin dan beliau bukanlah orang korea..sebaliknya orang putih..Jadi Si Quin Gon ni telah mengambil Anakin ni untuk dijadikan anak murid dia..Malangnya Quin Gon ni mati kena bunuh dengan anak murid Dark Sidious yang jahat lagi gila kuasa.















Haiya..gua baru nak tunjuk kehebatan gua sebagai mahaguru..termati la plak...








So,budak ni dibela pula oleh anak murid Quin Gon yang tua sikit bernama Obi-wan Kenobi(watak feveret aku masa dia muda...heeeee).Akhirnya Anakin ni membesaq menjadi Jedi yang berbakat hasil tunjuk ajar Obi Wan Kenobi malangnya si Anakin ni bersikap panas baran,berlagak..sombong dan suka menunjuk-nunjuk dengan kehebatan dia tu..Huh! aku memang tak suka watak Anakin ni..dah la muka macam orang tak cukup zat..hahahahha..











Gua la Obi Wan Kenobi masa muda yang Miss Poyo Suka tu..Hiaappp!!








Kemudiannya Anakin ni jatuh cinta pada Puteri dari planet Naboo bernama Padme Amidala lalu berkahwin secara diam-diam sebab syarat nak jadi Jedi tak boleh jatuh cinta dan berkahwin.Tapi Anakin ni degil pi kahwin jugak...Masa tu umur Anakin baru 15 tahun manakala umur Padme 21 tahun(betoi ka taktau..sebab masa anakin umur 9 tahun,padme dah umur 14 tahun)











Orang segak kena pura-pura pandang ke lain..baru orang terpesona..Anakin pun tergilakan aku tau..












Time depa kawin tu..perang dah melanda seluruh galaksi la..(yang penting bukan galaksi bima sakti..hahhaha..Dan bila Padme mrngandung,Si Anakin ni selalu bermimpi yang Padme ni akan mati ketika lahirkan anak..jadi seorang yang tak kuat iman..akhirnya dia pun minta pertolongan Darth Sidious sebab mamat tua ni cakap dia mampu halang Padme ni dari mati dengan syarat Anakin jadi Geng dia..Bila Anakin dah jadi geng dia..Dia arahkan semua Jedi di bunuh.Jadi berperang pi mai pi mai last-last semua Jedi mati kecuali dua orang iaitu Obi Wan Kenobi dengan mahaguru tertinggi depa bernama Yoda.












Akulah Darth Sidious yang jahat lagi angker tu..Makan budok!!!!







Tapi last sekali Anakin berjaya dikalahkan oleh tok guru dia sendiri iaitu Obi Wan Kenobi sebab Obi Wan geram bila tengok Anakin try nak bunuh bini dia yang sarat mengandung sebab dia pikir Bini dia tu dah derhaka kat dia...Tapi Anakin tak mati..Cuma kedua kaki dan tangan dia di potong oleh Obi Wan dan badan dia terbakar keseluruhannya..













Ooooo..kau nak melawan aku ya budak..siap kau aku kerjakan!!











Tapi dia diselamatkan oleh Darth Sidious dan bila dah buat pembedahan apa semua..maka Anakin ni pun berubah seratus peratus jadi angker..hahahah..dan nama dia ditukarkan kepada Darth Vader dan diumumkan sebgai raja segala Sith oleh bos dia yang jahat itu






Haaasss..hassssss(bunyi nafas dia) akulah Darth Vader yang bergaya itu..





Sementara tu plak..Padme Amidala yang si Obi Wan selamatkan tu berjaya melahirkan anak kembaq lelaki dan perempuan..Yang laki dia bagi nama Luke dan seorang lagi nama Leia..lepaih bagi nama..dia pun mati..tragik gilalah..Jadi demi keselamatn dua beradik tu..Obi Wan pun terpaksa pisahkan depa dua beradik..Luke Skywalker dia bagi kat abang abang tiri Anakin yang dia tak suka dan si Leia plak dia kasi kat kat seorang senator dari planet planet alderaan...Jadi akhirnya selutuh galaksi jatuh ke tangan Darth Sidious yang jahat tu lalu membentuk kerajaan empayar Galaktik daripada kerajaan asal iaitu republik Galaktik..Siap anggap diri dia maharaja lagi tuh..Cuuuuiii!! Puiiiihhh!!








Dibawah adalah trailer Filem Star Wars dari Episode 1 sampai 3...




Star Wars Episode 1 : The Phantom Manace









Star Wars Episode 2 :Attack Of The Clones












Star Wars Episode 3 : Revenge Of The Sith








Yang episode 4 samapi episode 6 aku cerita plak la lain kali..huuu!!


P/S :Hairan betul la awat Incik Bachok tak suka tengok filem ni..padahal dia tak pernah tengok pun..huuu!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!