Sabtu, Oktober 29, 2011

INCIK BACHOK DAH MENGAMUK

Sebenarnya..ada seorang lelaki yang kerja satu tempat dengan aku yang pada pandangan aku la..tak tau la kot-kot aku perasan ka hapa ka kan..selalu tegur aku..tapi cara dia teguq aku tu agak lain macam..Tak macam lelaki lain teguq aku..cara dia pandang aku apa semua..Rasa macam dia suka kat aku la..

Tapi oleh sebab aku ni tak lawa..aku rasa aku patut la buang anggapan aku pada dia yang dia suka kat aku..Sehingga la masa Deepavali lepas..time tu aku tengah kerja.Tengah buat kerja,aku terima la satu mesej.Jadi aku tanya ni siapa la kan..rupanya lelaki tu...Aku pun heran la mana dia dapat nombor aku kan..Kalau kat opis aku ni..Hanya dua ja anak teruna yang ada nombor hanset aku..Yazid dengan Asyraf..Oh lupa..Lan adik Kak Ain pun ada..untung kak Ain ngan Lan..kerja satu tempat walaupun lain-lain bos..hohoho..Eh,ada lagi anak teruna yang ada no fon aku..Fairus,Zohri dengan Abu Haniffah..depa satu bos dengan aku..jadi ok la kalau depa ada atas urusan kerja..Haa..Zaim kat tingkat tiga pun ada nombor aku..sebab dia satu kepala dengan aku kan gila-gila..Tapi lelaki ni bukan saja tak satu bos..department dia pun aku tak pernah masuk..Dah tu..kawan-kawan kat depatment dia langsung aku tak pernah cakap walaupun ada perempuan..sebab depa ni bagi aku berlagak sikit la..Jadi macam mana laki ni boleh tau nombor aku..?Misteri..

Mula-mula dia tanya aku dok buat kerja ka..Aku jawab ya jela..Lepas tu dia last-last dia ajak aku pi dating...So aku balas hahahahahaha saja kat dia..sebab aku rasa agak lawak..Lepaih tu dia hantar mesej lagi kat aku..tapi aku tak balas pun..malas la...Lagi aku rasa agak kurang sesuai la...Bila lima enam mesej dia aku tak balas..dia stop mesej aku.

Kelmarin,Incik Bachok datang makan kat rumah aku dengan family aku.Masa dia dok sembang-sembang tu,dia dan jugak la check hanset aku..huahuahuahuahua..dan..jeng..jeng..jeng..!
Dia baca la mesej tu..Memang aku dah mula takut la sebab muka dia dah berubah gila..Berubah jadi mendung dah..tunggu nak kilat dah tu..Aku memang tau dah..Incik Bachok kalau mengamuk..Habis la...

Dia amik nombor fon laki tu dan mesej..Masa dia dok makan nasi dengan aku berdua pun pun dia mesej lagi..Aku dia tu walaupun nampak relax ja..tapi aku tau la dalam hati dia mengelodak gila tu..cuma sebab dia ada kat rumah aku ja dia tahan buat relax..

Last-last bila dia balik ja..dia cakap telefon dengan aku..Duummmm!!
Marah sakan arrr..hahahhahaha...

Dia cakap dia tak marah dengan aku.Cuma dia geram dengan lelaki tu yang main loyar buruk dengan dia dan siap cabar dia lagi.Dia cakap lelaki tu bagitau dia yang dia mesej dengan aku tu time kerja..nanti dia akan mesej dengan aku time habis kerja plak..Tu ja dia bagitau aku..lain-lain mesej yang laki tu hantaq kat dia..dia takmau bagitau..Yang tak bestnya,lelaki tu siap ajak berjumpa kat luaq lagi tu..Adooiiii!!.Apa ni..aku rasa semak otak la..Incik Bachok ni dah la panas baran,..Satgi kalau laki tu ada cakap bagi dia sakit hati satgi boleh bergaduh bertumbuk ni..

Incik Bacok ada jugak bagi amaran kat aku supaya jagan layan mamat ni..senyum kat dia pun jangan..kalau tak dia akan mengamuk lagi dasyat..Ok la..aku takmau benda camni di perbesaqkan..aku ikut la...

Sekarang ni aku jadi serabut gila sebab Incik Bachok langsung tak bagitau bila depa nak jumpa..tang mana depa nak jumpa..untuk apa depa nak berjumpa?Takkan pasai aku pun nak gaduh kot?Aku bukan puteri raja..Fasha Sandha ka nak gaduh-gaduh demi aku kan,..aku perempuan biasa ja pun..

Isshhhhh..aku semak otak dah ni!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg bkn artis ka ape..tp bkal tunang!!

Amira Amair The Poyos berkata...

Ni mesti u ni kan?hahahhaha...

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!