Rabu, Oktober 12, 2011

NAMRUD..RAJA YANG GILA..

Patung Namrud






Kalau kita baca kisah-kisah nabi..Raja Namrud mesti disebut sebagai salah seorang penentang nabi yang paling tegar sekali...Dan dia ni penentang Nabi Ibrahim.


Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..(Wah..macam wartawan gitu..hahahha) Raja Namrud ni hidup sekitar tahun 2274 SM hingga 1943 SM.Tudia....berapa ribu tahun yang lalu noh..Raja Namrud ni merupakan salah seorang pemerintah Mesopotamia Purba atau zaman modennya nama negara Mesopotamia ni disebut sebagai Iraq....Nama penuh Raja Namrud ni ialah Namrud bin Kana'an Bin Kush Bin Ham Bin Nuh(Nabi Nuh a.s).Ini bermaksud yang si Namrud ni ialah piut kepada Nabi Nuh kita...Tapi bak kata Raihan.."Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa" (aku menyanyi..hahhahah) sama la macam si Namrud ni..Walaupun Ayah moyang dia Adalah Nabi Nuh tapi dia langsung tak mempercayai kewujudan Tuhan.




Kepala otak si Namrud ni mereng pun aku rasa sebab salah asuhan dari mak dia la yang bernama Semiramis ni..Sebab apa tau..sebab ayah si Namrud ni mati masa dia dalam kandungan lagi..So..bila dia lahir..memang tak berbapa la kan..Tapi si Semiramis ni apa punya akai taktau la..Pi heboh kata seumur hidup dia..takdak seorang pun pernah sentuh dia..Jadi biasala..ada yang percaya dan kata Namrud ni anak tuhan..Tudia...macam Nabi Isa punya cerita plak..Bila dia besaq..dia pun percaya la kata-kata mak dia tu yang dia anak suci..Yang paling tak best sekali..bila dia dah besaq hensem bergaya..dia pi kahwin plak dengan mak dia sendiri..Memang gila la depa dua beranak ni..Huh!







Walaupun dari segi moral..Dia memang teruk gila babi..Tapi Namrud ni dikurniakan akai fikiran yang pandai..Selain pandai dalam ilmu pembinaan sehingga terbinanya Menara Babil rekaan beliau sendiri..Namrud ni pakar dalam matematik dan jugak ilmu falak...Kalau nak tau..dia la insan yang menemui cara mengira masa yang kita guna sekarang ni..1 jam 60 minit..1 minit 60 saat..1 hari ada 24 jam dan permulaan hari bermula dari tengahmalam iaitu pukul 12 tengahmalam la..apada..hahahhaha..Dan dengan kebijaksanaan dia tu..dia berjaya tipu rakyat dia la..sebab dia pakar ilmu falak..dia cipta penggunaan Horoskop untuk tunjuk bahawasanya manusia pun pandai tilik nasib la..tak payah juga tuhan..Macam tu la Alkisahnya..Dia pun bina kuil-kuil dan berhala yang serupa macam diri dia..then suruh rakyat dia sembah..Ek eleh..poyo gila Namrud ni..hahahhaha...







Menara Babil











Persengketaan antara Namrud ni dengan Nabi Ibrahim ni bukan saja tercatat dalam Al-Quran..malah dalam kitab Injil dengan Taurat pun ada jugak.




Raja Namrud ni punya la sakit hati dekat Nabi Ibrahim ni sebab Nabi Ibrahim dah musnahkan kuil dia..Dah tu pandai pulak berpidato melawan cakap dia..Sampai satu tahap..dia pi bakaq Nabi Ibrahim ni..Tapi tu la kan..kuasa Allah..Nabi Ibrahim sikit pun tak terjejas..Jadi anak dia Puteri Razia pun dah tengok kejadian tu..terus peluk islam..Lagi la kawan sakit hati kan..Dia pun suruh askar dia pi bunuh Puteri dia tapi tak berjaya..Tengok..punya jahatnya dia..anak sendiri pun nak bunuh ka?Hampeh..





Di pendekkan cerita la..(aku malas nak tulis panjang-panjang sebenaqnya..hahahha) akhirnya Raja Namrud ni isytihar perang terhadap Allah..Apa dia ingat dia nak perang dengan manusia biasa..Sekali Allah turunkan beribu-ribu nyamuk(mybe juta pa) pi serang askar dia..habis mati lari lintang pukang..Hambek ko..!




Dia sendiri pun kena bila salah seeekoq nyamuk masuk dalam badan dia pi serang otak dia..Berhari-hari jugak la dia merana dan last sekali dia suruh pesuruh dia ketuk kepala dia kuat2 sampai la dia pun mati..Maknanya dia mati tanpa sempat bertaubat la..Padan muka kan...

Maka tamatlah riwayat raja yang bijak tapi mereng.Kalau nak tau lebih lanjut pasai dia dan Nabi Ibrahim..Sila la baca buku kisah-kisah rasul..Rasanya kat buku teks sekolah pun ada...




Dan sisa peninggalan Raja Namrud ni ada terdapat kat Gunung Namrudz kira-kira 150KM dari bandar dari Kota Adiyaman,Turki.Tapi aku keliru gak la sebab ada satu lagi gunung Namrudz ada kat Abul Gharah,Iraq.Yang mana satu betoi taktau la sebab kat Abul Ghrah tu memang ada kuil la tempat Namrud ngan rakyat dia menyembah berhala..Mybe yang Iraq tu betoi kot..

Satu lagi kuil ngan istana dia plak ada dekat Mosul,Iraq.


Try baca The Legacy Of Mesopotamia..dalam library berdekatan anda ada kot..huahuahua...








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best giler ar,,,hehehe,,,sempoi!!!!
:)

godzillakecik berkata...

Seronok tau sirah nabi ni

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!