Rabu, September 07, 2011

TIBA-TIBA MISS POYO CERITA PASAL CINCIN TUNANG PLAK..AGAK KEPEREMPUANAN LA PLAK..EUWWWW!!

Sebenarnya Incik Bachok ada bagitau aku yang mybe dia akan hantar rombongan risik sekali ngan bertunang terus bulan December ni..Agak terkejut jugak la kan..Ingatkan apa yang dia cakap selama ni hanya cakap ja..rupanya betul-betul siap dah bagitau parent dia masa dia balik raya hari tu lagi..agak terharu di situ yaa...huuuuu!!





So..kalau takdak aral melintang,dan dah memang aku jodoh dengan dia mybe aku dan Incik Bachok akan bertunang hujung tahun ni..Yahoo!!(sambil melompat sampai terselak kain..hakhakhak).Yang bestnya..Masa hari ahad lepas masa dia mai beraya kat rumah aku..Dia dah bagitau dah mak abah aku...Waahh!! agak berani dan gentlement tau dak bila dia luahkan perasaan dia kat mak aku..Bukan dia luahkan perasaan cinta dia kat mak aku pulak hampa pikiaq..tapi luah perasaan dia terhadap aku kat mak aku..Haaaa..cenggitu la bila mak aku tanya dia betul-betul ka dia mau kat aku sebab nikah kahwin ni bukan benda main-main...Tapi jawapan dia dengar-dengar agak memberangsangkan la sebab time dia cakap kat mak aku tu..aku da kat dapur..hahahahah..Pirahhh!! dok kat dapuq plak macam perempuan Melayu terakhir..Cuiiiisshhh!!








Dan sekarang Incik Bachok bagitau aku yang dia dok pikir-pikir nak beli cincin tunang plak.Tu la kan..kalau dia nak beli cincin tunang siap-siap baguih dok ada la sebab bulan december ni tak lama dah...la ni bulan 9..pejam celik pejam celik sat ja dah bulan december kan..Dan Incik Bachok cakap dia nak beli cincin kat Kelantan sebab harga emas kat kelantan lagi murah kat Penang ni..Aku taktau la pasaipa emas kat Kelantan murah sebab aku bukan amik kisah sangat pasal emas-emas ni..tau beli pakai ja..tu pun aku bukan minat sangat ngan emas ni..bila aku kerja ni ja aku pakai la seutas gelang emas yang mak beli dulu masa zaman sekolah menengah dulu..hakhakhak..Last aku beli cincin emas dengan duit aku sendiri dua tahun lepas..pastu tak beli apa-apa emas dah pun..bila rumah aku kena pecah masuk penyamun dan habis segala emas depa sapu..memang tak beli dah la..hahhaha..fobia..Jadi bila Incik Bachok bagitau kata harga emas kat Kelantan murah dari kat Penang ni agak heran jugak la..sebab apa ekkk??tak paham aku..








Kata Incik Bachok dia nak kasi duit suh mama dia beli ja..Incik Bachok..saiiz jari manis cheq 13 ok...hahahha..bagitau siap-siap tu..Aku ni kalau bab cincin ni jenis apa pun takpa dia nak beli..aku tak kisah..ikut kemampuan dia dan keikhlasan dia la nak bagi kat aku kan..Tapi yang aku tau selalu orang bagi cincin belah rotan kalau bertunang..Sebab masa paksu aku bertunang tahun lepas..dia beli cincin belah rotan..aku tau la..aku follow dia pi beli cincin tunang dengan mak dan makjang aku..hihihi...Jadi aku tak kisah la..Tapi kalau nak beli cincin ada berlian pun takpa jugak..dah kata kat sana murah kan..hahahhahahahhahahahahha....






Tapi aku da surver gak kat tenet rupa bentuk cincin belah rotan selain rupa bentuk yang paksu beli tu..ni kira rambang mata jugak la kalau tengok..tapi aku bab pilih bentuk cincin terkini aku bukan tau sangat..tapi aku nak bagitau yang aku suka jenis yang simple ja..hahahahha...








Nindia rupa bentuk cincin belah rotan..ni aku curik kedaiemasnazman.blogspot




Ok la..aku dah pening pasal cincin mincin ni..ni Incik Bachok boleh la pikir ni..hahahhahahhahahaha...





4 ulasan:

Penanggah berkata...

wowwww!!! tahniah ler miss poyos yang berjaya disunting oleh incik bachok dengan begitu berjaya dan cemerlang.. mesti senyum 24 jam.. huhhuhu

aiii alang2 incik bachok nak beli cincin tu borong le skali dengn gelang.. rantai ker atau mahkota yang ada berlian tu.. pasti melotop...

Amira Amair The Poyos berkata...

Penanggah..

tima kasih..smpai lnguh pp aku asyik dok snyum..ni awat aku nak komen kat blog hg tak boleh ni..heran btoi la..

Penanggah berkata...

aperr?? lu x bleh nak komen kt blog gua.. heran gak tu.. ni mungkin angkara cin peng komunis tu kut.. suka sngat mamat tu sabotaj blog gua.. ceh!

Amira Amair The Poyos berkata...

Penanggah..

tu la..aku pn syak mcm tu jugak la...smua entri hg aku bc..tp takleh bg komen..rasa mcm nak tumbuk pangkreas chin peng ni..hahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!