Rabu, Ogos 11, 2010

Bakat membaca Novel...fILEM oMBAK rINDU?

Aku sebenarnya lahir dari keluarga yang suka membaca.Maksud suka membaca ni adalah umum..Apa saja buku yang boleh dibaca aku sebat ja baca.Templet kat klinik pun aku sapu baca jugak kalau rasa betul boring.Aku dapat kesan aku punya hobi membaca ni aku warisi dari bakat tok aku.Mak kepada mak aku.Menurut tok,masa dia tinggal kat singapura dulu,untuk mengisi masa kesunyian dia yang selalu ditinggalkan laki iaitu Arwah tokwan aku,maka dia membaca berpuluh-puluh novel cinta karya bini sapa tah,A.Samad Said kot..taktau la..tapi bini kepada penulis novel jugak la..orang sastera.Semua novel-novel tu dibeli tokwan aku..Bila tok aku berpindah ke Penang,tokwan aku serahkan buku-buku novel milik tok kat Library..library mana aku pun tak tau.Sebab aku bukan pernah pi Singapura pun walaupun mak aku membesar kat Singapura.

Kemudian,bakat membaca tok diwarisi mak aku plak.Menurut tok,mak mempunyai himpunan novel yang banyak sehingga mencecah ratusan..tak sampai 5ratus la...hahahaha..Semua novel tu kemudian dihantar jugak ke Library sebab tokwan kata menyemak sangat banyak-banyak..sayang sungguh..semua novel milik tok dan mak aku ada nilai value yang tinggi tu..huhuhuhu..Tapi sekarang mak masih lagi membeli novel-novel,tu pun stengah darinya dibeli abah sebab abah tau mak minat membaca.jadi agak banyak la jugak kat umah aku novel-novel milik mak...antaranya yang paling terkenal sekali dan pasti orang ramai tau mestila novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.

Tadi,masa aku nak cari tajuk-tajuk terbaru novel keluaran Alaf 21,tiba-tiba ja aku dapat tau..google la ni kan..yang novel ombak rindu bakal di flemkan..Eh,bukan bakal memang di filemkan.dalam penggambaran dah pun..Wah..walaupun aku hanya baca novel berbentuk seram,thriller dan penyiasatan.Tapi aku rasa teruja nak tengok filem Ombak Rindu ni sebab aku pernah baca novel ni masa abah beli kat mak dulu
Antara pelakon yang membintangi filem ni ialah Maya Karin sebagai Izzah(wah,sesuai ka maya karin pegang watak Izzah ni),Aaron Aziz sebagai Hariz(sebenarnya aku harap kat Remy Ishak..hahahaha),Lisa Surihani sebagai Mila(aku rasa Lisa surihani patut pegang watak Izzah dan Maya Karin sebagai Mila..hohoho).Pengarahnya mesti la Osman ali.Yang buat cerita Puaka tebing biru dan Anak Halal tu.

Aku teruja gila dan tak sabar-sabar nak tengok Filem Ombak rindu.Harap-harap filem ni boleh menandingi filem Lagenda Budak Setan jugak.


P/S:Aku harap sangat kalau ada orang nak terbit filem dari novel2 karya Ramlee Awang Murshid.I likeeeeee!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!