Rabu, Ogos 11, 2010

Masa lapang yang digunakan secara berhemah ketika bulan puasa masa kecik-kecik dulu..

Masa aku kecik-kecik dulu,kalau bulan puasa tak tengok rancangan atau drama-drama sempena bulan puasa memang tak sah.Tambah-tambah drama lucu..memang kelakar abis.Slalunya drama lucu-lucu,rancangan best-best mesti disiarkan masa petang hari..tengah lapar pun boleh lupa sebab syok abis layan cerita-cerita ni..siapa-siapa yang dilahirkan pada tahun 80an dan membesar masa tahun 90an memang tau la pasal rancangan-rancangan ni..


1)RUMAH KEDAI

Aku tak ingat sangat tahun bila cerita ni ditayangkan..samada awal 90an atau hujung 80an.Tapi yang aku ingat cerita ni ditayangkan masa bulan puasa ja..tu pun stengah jam ja pun..samada pukul 5.30 ptang or 6.30ptg..tapi dalam area waktu tu jugak la..Rumah kedai ni mengisahkan sebuah keluarga yang ada bisnes kedai runcit..yang aku ingat pelakon dia masa tu Kartina Aziz,Arwah Yusof Mohamad,Harun Salim Bachik(dia ni memang kelakar abis ) dan Arwah Sudiro Sukirman(mesti ramai tak kenal mamat ni..tapi dia glamer masa dalam drama rumah kedai).Aku ngan paksu kalau petang-petang sebelum nak berbuka puasa tu,memang layan abis la cerita ni..hihihi..

2)Naik Tangga Turun Tangga

Haaa...cerita ni pun aku ingat-ingat lupa jugak.Tapi cerita ada ditayangkan masa bulan puasa gak.Tak silap aku cerita ni kemudian sikit dari rumah kedai.Pelakon dia masa tu Rwah Hani Mohsen sebagai anak bujang kepada Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar.Kalau tak silap aku depa ada orang gaji lakonan Arwah Sudiro Sukirman gak kot.Tapi bila imbas sikit-sikit memang cerita ni best la...


3)Lontong

Hahahahaha..dah tulis tajuk die pun dah gelak..cerita Lontong ni memang merapu gila-gila tambah-tambah bila Ogy Ahmad Daud dengan Salleh Yaakub berlakon.Memang sewel abis la..Antara undangan artis dalam sitkom lawak ni mesti la KRU,Ning Baizura,Fauziah Latiff,Shaharudin Tamby,Syanie,Rahmat Mega dan ramai lagi la..memang kecoh gila..

4) Sambal

Ni lagi satu cerita merapu arahan Azwan Ali.Hero dia mesti la pemerapu terhandal masa kinni,Salleh Yaakub.Masa tu Amelina,Maya matahari pun berlakon jugak..heroin dia mesti la Syanie..klakar abis..suka duka family Hamid Gurkha sambut Ramdhan dan Raya..tambah-tambah si bapak kawin dua,lagi kecoh..kikiki...


5)Rancangan Raya bersama Jalil Hamid

Aku tak ingat la rangcangan ni kat Tv apa?tapi kalau dah nama jalil hamid tu memang kelakar abis.ada-ada saja ragam dia..hahahhaha..


Ada lagi sitkom sempena bulan puasa,tapi aku tak ingat la tajuk dia apa.Tapi yang aku ingat kebanyakkan pelakon dia adalah pelakon dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu.Apa yang aku ingat dalam adegan-adegan dalam sitkom tu:

1.Imuda,Sabri Yunus dengan Ahmad Busu adik beradik.Imuda yang bungsu,beria-ia nak sambung raya.Malam raya dia tido awal.Jadi si Abang2 ni tanpa dia sedari dah taruk kain kale itam kat tingkap bilik dia..bila dia terjaga ja tengok luar nmpak gelak,dia tido bali..barapa kali dia trjaga dan tido..last2 abang2 dia buka balik kain itam tu..bila dia bangun,dia ingat dah pagi..pulun la pi mandi2 nak semayang raya..last2 dah petang..dia kejar abang-abang dia keliling kampung..

2.Mak si Imuda ni nak buat ketupat.Jadi dia suh si Imuda ni pi cari daun palas..Si Imuda ni punya bongoknya pi redah bukit bukau gunung ganang semata-mata nak cari daun palas kat mak dia..sampai koyak rabak cedera parah..tapi tak jumpa-jumpa..bila dia balik tengok-tengok mak dia dah siap rebus dah ketupat..bila dia tanya mak dia amik kat mana,mak dia gtau beli je..pengsan terus..hahaha...

3.Satu lagi adegan,imuda ikut ahli falak (Sabri Yunus dan Ahmad Busu) nak tengok anak bulan untuk tentukan tarikh hari raya..jadi oleh sebab dia 1st time nak tengok anak bulan,jadi dia tanya depamacam mana nak tengok anak bulan,jadi depa cakap kalo nampak bulan pakai pampers tu la anak bulan..dia ketawa la ingat depa bohong..last2 betul..pengsan kawan tu...


Kalau la dapat jumpa cerita tu balik memang syok gila la...tengok berulang kali pun tak jemu..Sekarang ni ada jugak rancangan sempena Ramadhan dari pelakon-pelakon terbaru..tapi hanya setengah ja yang best pun..yang lain-lain..faham-faham jela...kadang-kadang merapu sangat..

Tapi kalau tengok cerita Diari Ramadhan Rafique...mesti teringat zaman nakal-nakal masa kanak-kanak dulu..kikiki..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!