Isnin, Ogos 16, 2010

Zaman kanak-kanak..nak pi semula...

Zaman kanak-kanak aku merupakan zaman kegemilangan aku la..memang best gila zaman kanak-kanak aku.Kalau tak rasa kena pukul dengan tali pinggang,penyangkut baju,kena tarik telinga sebab tak reti duduk dia tu bukan poyo la namanya..hakhakhak..
Antara benda yang ingatkan aku pada zaman kanak-kanak aku ialah..




Makjang selalu shampoo rambut aku dengan shampoo ni..kikiki..



Holiday Aiss!! Nostalgia habis la...



Try Cari bedak ni tak jumpa dah..


Beratur panjang-panjang dengan kawan kelas nak amik milo free..hahahaha..



Sekarang mana da Oveltine dibungkus macam ni dah..



Susu Klim..ada lagi tak susu ni?



Setiap kali cuti sekolah hari sabtu dan ahad mesti bangun awal semata-mata nak tengok Dragon Ball!



Setiap petang sabtu,pukul 7.30malam...kat Tv1 ada doreamon!!



Lepas tengok citer ni,mesti lawan-lawan ngan paksu..selalunya aku jadi jahat la..cisss!!


Setiap pukul 5.30 petang kat TV2 ada..Go..Go..Power Ranger!!


Dulu pergi balik sekolah jalan kaki ja..jangan harap abah nak hantar..bila balik sekolah dalam keadaan panas terik,kat tangan mesti da plastik air menet..fuh..hilang dahaga Ceq..



Petang-petang masa tengah main ngan kawan-kawan,bila mamat roti lalu,terus tahan mamak tu semata-mata nak beli super ring..


Balik sekolah je mesti beli kek Hiro kat gerai makcik mana tah kat tepi sekolah..


mesti capai benda ni kalau singgah kat kedai runcit ngan abah..


Tora datang lagi dengan...tu la ayat mat sentul bila iklan Tora start kat TV..hahaha



Kasut sekolah jenama bata..kalau jenis bertali tak reti ikat sendiri,mak tolong ikatkan..kikiki



Buku Tamar Jalis yang buat aku teringat-ingat sampai la...seram siot!


Petang-petang selalu main macam-macam dengan kawan-kawan..macam-macam permainan..contohnya batu selambut(seremban),datuk harimau,tom tom bak..enjit-enjit semut,polis sentri,congkak,tuju kasut,tarik upih pinaang..lumba basikal,galah panjang,masak-masak,pondok-pondok..kawin-kawin..kelakar betul la...
Kadang-kadang rasa macam nak kembali zaman dulu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!