Isnin, Ogos 23, 2010

Diketik Tebuan(kisah benar)

Masa tu bulan puasa 2006.Aku tengah praktikal kat sebuah company perumahan kat Bertam.Nak buat praktikal pun kena pakai kabel masa tu.Apa punya turr..nasib baik la makcik aku,adik abah staf kat situ.Boleh la dia jolok aku masuk buat praktikal kat situ sekali dengan sorang kawan sekelas aku,Imah Bachok.Jadi,sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam(cewahhh..macam la aku blajar degree) aku ditempatkan disebuah site buat projek comercial Center(la ni dah siap..tumpuan orang2 kaya..)

Satu pagi,dibulan puasa,aku terlamabt sikit nak pi kerja.Mengenangkan site supervisor aku garang nak mampus..aku pun pecut motor Kriss 110 umpama aku bawa RXZ lagaknya(masa tu dalam perancangan nak beli Daihatsu Mira,kancil turbo aku tu.hahahah).Tengah syok memecut,baru aku perasan yang aku terlupa pakai jaket,semata-mata pakai t-shirt ja..paham-paham la kan kalau pakai t-shirt ja tak pakai jaket,bawa motor laju macam komuter jadi baju t-shirt pun mengembang-ngembang sampai sejuk dada aku pagi-pagi tu..

Tengah syok-syok layan sejuk-sejuk tu,tiba-tiba..(macam novel hantu daa..)
aku rasa ada satu bnda berterbangan masuk dalam baju aku,aku pun try la kuis manja-manja dalam baju aku tu..rasa macam takdak pape pun..so,aku pun terus memecut tanpa syakwasangka.Sampai ja kat depan site opis,aku tengok pintu opis dah terbuka dan site supervisor aku dah cekak pinggang sambil usha muka aku yang dok ataih motor lagi dengan muka singa dia.Aku pun macam besa la..guna taktik simpati aku,dengan muka sedih tahap biawak,aku pun turun dari motor pi dekat dia..takdan aku nak psycho site supervisor aku dengan ayat sedih aku,tiba-tiba(brapa bnyak tiba-tiba da...)
aku rasa masa ada sesuatu menatang ketik(gigit) pusat aku.

Nyeeeeettttt(bunyi kena ketik)diiringi satu rasa panas kat perut aku..aku pun jerit sekuat ati..

"Adoooiiiii mak..sakit mak perut aku...!!!!"

Site supervisor aku terkejut,pekerja indon sama angla lagi la gempaq kan...aku selak sikit baju aku,nak tengok menatang pa yang ketik pusat aku ni..tengok-tengok sekoq tebuan jatuh tergolek kat kaki aku..

"Hang kena ketik tebuan ni..pi klinik lekas..suh doktor bagi ubat,satgi perut ang bengkak macam busung"

Busung!!!! dengaq ja kata boleh bengkak macam busung,aku apa lagi..melompat ataih motor teruih ke klinik..sampai ja klinik doktor pun kata..

"Hang kena cucuk ni..satgi bengkak.."
Ala..aku dah la posa,kalau cucuk batal posa aku,tapi kalau tak cucuk kang bengkak macam busung plak umpama yang dikata site supervisor aku.Aku pun setuju la nak dicucuk..Nurse klinik tu bawa la aku pi bili satu lagi,aku pun ikut..pastu dia suruh aku baring atas katil..aiihhh..xkan nak cucuk kena baring kot?masa cucuk BCG darjah 6 dulu tak kena baring pun..tapi aku pun ikut..pastu dia suh aku tidoq mengiring..awat mengiring plak ni?aku pun ikut la..
Doktor pun mai bawa jarum..aku tengok jarum pun dah ketaq lutut..doktor pi kat blakang aku..tak bleh jadi ni..kena tnya ni..doktor nak cucuk katna ni..

"doktor.ni nak cucuk kat mana ni?tangan saya kat sini,bukan kat blakang"kata aku sambil tunjuk lengan aku.

"Doktor bukan nak cucuk kat lengan,doktor nak cucuk kat pungkuq"kata doktor selamaba.Cucuk kat pungkoq?tak bleh jadi ni..kegiatan tidak bermoral ni harus dihentikan dibulan yang mulia ni..tapi ternyata aku terlambat..takdan aku nak buka mulut..doktor telahpun cucuk kat pungkoq aku..
Arrrrrgggghhhhhhhhh!!!


Perut kita sebenarnya tak bengkak macam busung kalau kena ketik tebuan..ternyata aku tertipu..huhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!