Isnin, Ogos 30, 2010

CUTI

Masa sekolah dulu,kita cuti ikut apa yang tertulis dekat kalender.Kalau tertulis kata cuti raya seminggu,seminggu la kita cuti..Depaavali,raya cina,semua pakat-pakat cuti.Memang seronok la bila cuti sebab tak payah pi sekolah,tak payah nak mengadap cikgu garang sebab tak siapkan kerja rumah takpun tak payah gaduh dengan dengan kawan sebab kawan amik kerusi kita padahal kat kaki kerusi tu dah tertulis nama kita.Bila cuti merdeka,lagi teruja sebab pagi-pagi boleh tengok orang kawat kat TV.Gamak rasa TV1 punya siaran tak ceria kaler dia,tukar pi TV3.Kira teruja la kalau bercerita pasal cuti masa zaman sekolah.Cuti Nuzul Quran,Awal Muharam,Besday Agong,Hari Buruh,Kalau negeri yang ada Sultan,cuti ikut Besday Sultan.Kalau negeri yang pakai Gabenor macam Penang,cuti ikut Besday Gabenor.Kira masa zaman sekolah memang penuh dengan aktiviti cuti jela..

Bila masuk pusat pengajian tinggi(tinggi ker aku blajar?kuang3x..),cuti boleh dikira banyak lagi..cuti raya,cuti besday gabenor atau sultan,cuti hari buruh..macam-macam cuti kita boleh dapat..bila cuti depa semua meronda sakan.Aku yang pakai kereta,balik melepak kat rumah mak.tu pun dah cukup seronok sebab nama pun cuti kan..

Cuti boleh buat kita rasa segar walaupun masa cuti kita kena masak,kemas rumah.Cuti buat kita rasa best sebab dapat pi berjalan-jalan dengan family walaupun kadang-kadang abah aku tak boleh cuti sebab kerja.Memang marah jugak la sebab apa abah tak cuti,bapak orang lain yang kerja kerajaan terutamanya bila time cuti,depa cuti..

Bila aku aku masuk zaman pekerjaan baru aku tau sebab apa setengah orang tak cuti masa kena cuti.Sebab tu tugas depa.Contohnya sepupu aku,dia technician kilang.gaji ribu-ribu..tapi ada masanya waktu cuti umum dia terpaksa kerja sebab permintaan barang yang tinggi,kalau dia cuti,sapa nak tengok mesin,kalau mesin rosak,sapa nak baiki..bila mesin tak dibaiki macam mana barang nak siap,kalau barang tak siap,macam mana nak ual,kalau tak jual macam mana nak dapat duit,kalau takdak duit,macam mana nak bayar gaji pekerja..

Macam abah aku,dia kena siapkan projek dia..kalau projek tak siap macam mana orang nak dapat line telefon,line tenet..kalau tak dapat orang marah,maki hamun dalam paper..kata tenet lembap..aku dulu pun maki-maki jugak..bila dah kerja,baru aku nampak rupa sebenarnya sampai abah tak cuti..

Macam Incik Bachok jugak..permintaan terhadap barang tempat dia kerja tinggi..kalau semua satu kilang cuti,macam mana orang nak dapat hard disk..bukan malaysia,satu dunia nak pakai hard disk..kalau hard disk takdak,macam mana nak jual..kalau tak jual,macam mana nak dapat duit..kalau takdak duit,macam mana nak bagi pekera gaji(kes Incik Bachok macam sepupu aku ja...hahahaha)

Kiranya dunia indah bercuti panjang masa sekolah tak sama dah bila kita masuk kerja.Kalau kita kena bertugas,kita kena laksanakannya..kalau nak cuti ja..baik tak payah kerja..Dok rumah je seumur hidup..cuti la sampai mati.

Aku pun taktau pa benda aku melalut ni..
aku cuma kesian sebab esok Paklong aku,Pakngah aku,Abah aku,sepupu-sepupu aku,Incik Bachok dan rakan se opis aku kena kerja walaupun cuti umum..Sebab tu aku tulis entri ni..
hahahahahahha..

Bukan kata esok ja..masa raya pun depa kena kerja..
Kesiannya...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!