Selasa, Ogos 31, 2010

Cuti Merdeka..apa aktiviti di waktu pagi?

Tadi aku keluar dengan mak pergi beli barang-barang untuk memasak waktu berbuka nanti.Mentang-mentang la hari ni hari cuti umum,pekan Tasek Gelugor punyala Bizi dan jem umpama bandar New York.Sana sangkut,sini sangkut..parking kereta ikut suka hati yang penting depa happy ja.Melayu,cina dan India sama naik.Indon dengan Bangla turut serta dalam aktiviti menyesakkan market Tasek Gelugor serta kawasan sekitarnya.Aku punya tension sampai aku rasa nak angkat kereta kat depan aku ni ke tepi.Tapi apakan daya,aku bukanlah Superman..(macam tajuk lagu plak dah..)

Lepas ja aktiviti beli dan tawar menawar,aku bawa plak tok ngan mak pi kedai perabut.Tujuannya bukan nak beli perabut,tapi tok nak beli tikar getah plak nak taruk kat dapuq rumah dia sempena raya ni..sakan aih tok aku ni..bukan dia dok kat umah tu pun..dia dok ngan family aku haa..

Cina perabut tu(ni gelaran untuk cina yang jual perabut,ada 5 buah kedai prabut kat Tasek Gelugor,tapi cina ni glamer skit la walaupun kedai dia kecik)bukan main bizi lagi..dah tu,bila nak raya ja jadi sombong plak dalam menetapkan harga barang dia..tiap2 tahun macam tu,tapi orang mai jgak beli kat dia sebab dia pnadai amik hati pelanggan.Tambah-tambah bini dia orang Filipina tu..ramah nak mampus..cakap melayu punya la fasih.Laki bini cakap bahasa melayu ja.Bini dia tukang jahit..hang suruh la dia jahit apa pu..suma dia sapu..cantik lagi kemas plak tu..

Tadi,cina perabot tu bagitau mak,oleh sebab bulan puasa ja dia bizi,jadi dia import adik ipar dia 3 orang dari Manila untuk tolong depa laki bini.Pandai noh hang cina perabot,adik-adik ipar dia muka macam pelakon filipina..patut la banyak pompuan masuk kedai dia..rupa-rupanya sambil pilih barang,dapat layanan dari mamat hensem tau cakap omputih ja..Dari pompuan muda macam aku,sampai la ke nenek tua macam tok aku..pakat kerumum..hahahahha..
Lepas ja beli barang..mak pun beli jugak..kami balik la..sekian sahaja cerita aku kali ini..


Tengok la nanti..malam raya nanti kedai dia licin..memang betul punya cerita..barang dia habis di jual setiap kali sampai malam raya.macam crita cerita Abdul tu..yang kedai licin sebab orang mai amik barang..macam tu la umpamanya..gila etoi..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!