Khamis, Ogos 26, 2010

Bajet Raya Tahun Ni

Waaahhh..gaji aku dah masuk la...sabtu ni boleh la shopping riang ria hari raya bersama-sama Incik Bachok kan..wah-wah..seperti tahun sebelum ni,tahun ni kami akan beli baju sama kaler..tapi aku tak pasti lagi nak beli kaler apa..wah,gempaq juga la nak cari kaler baju raya tahun ni..huhuhu..Oleh sebab tahun ni aku agak kekurangan sikit la dari segi kegajian aku ni,jadi tahun ni aku beli cadang nak beli dua pasang baju raya jela berbanding tahun lepas..sampai 4 pasang..nah amik ko! Oleh itu,aku kena beli baju yang harganya berpatutan,tak boleh dah nak beli yang harga sampai seratus lebih macam tahun lepas..huhuhu...
Jadi tahun ni aku dah senarai siap2 baju dan barang2 untuk dibeli..

1.Baju raya dua pasang + tudung dua + 2 paasang kasut (mybe satu kot..huhuhuhu)
2.Dua helai tudung untuk mak..(mak dah beli baju dua pasang..jadi aku beli tudung jela..)
3.Baju kedah untuk tok belah mak dengan sehelai kain batik..
4.Baju kedah untuk tok belah abah dengan sehelai kain batik
Depa dua ni tiap2 tahun dapat macam-macam dari cucu depa.Jadi aku kena beli lain dari yang lain sikit untuk depa..baru tradisional..hahahahha..

5.Sehelai kain pelikat untuk Tokwan belah abah
Kalau ada Arwah tokwan Non,mesti aku akan beli sehelai untuk dia..aku rindu dia sangat2..sedihnya....

6.Sehelai kain pelikat untuk abah pakai masa semayang rasa sebab abah kalau pi semayang suka pakai kain,selesa katanya..Abis semayang raya baru dia pakai baju melayu dengan seluar jeans.Abah aku kan Rockers dulu...kikikiki..

7.Kuih raya..hmmm,aku dah tempah kat makcik aku dua jenis kuih raya,tapi bila dia kata dia nak start buat kuih raya minggu depan,sebab minggu ni dia bizi jumpa client-client dia kan..jadi aku rasa nak join dia la buat kuih raya,lepaih tu..aku beli lagi tiga jenis kuih lagi..ok la tu..yang lain-lain abah aku dah tempah(abah aku kalau pasal raya dia lagi semangat dari mak..hahahhaha)

8.Tahun ni bajet untuk bunga pai 30 das atau bunga api merdeka dikurangkan dari harga rm300 ke seratus lebih ja..Azhan,jangan protes,kalau tak akak repot polis kata hang main mercun..hahahhahahhahaha...

2 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

duit raya aku mana?

XD

Mrs Poyo berkata...

Zara..hg bagi dulu duit raya kat aku,baru aku bagi kat hg plak..kita buat mcm sstem barter..hahahaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!