Khamis, Ogos 12, 2010

NOSTRADAMUS..HENSEMKAH DIA?HIHIHIHI.....

Tajuk kat atas tu saja lawak-lawak..hahahahahaha..


Miss Poyo agak-agak saya hensem dak?

Sepanjang aku membesar,abah selalu bercerita tentang Dajjal,Yahudi,Hitler,Freemason,lucifer,Tamadun Mayan,Tamadun Islam,Zaman Gelap,Propaganda Yahudi dalam Filem-filem Hollywood dan Nostradamus.Masa tu aku rasa abah aku banyak pengetahuan,benda-benda yang masa tu aku rasa budak-budak sebaya aku masa tu pun tak tahu dan tak paham.Semakin besar,aku semakin berminat dengan benda-benda ni sampai aku banyak membeli buku,menonton History Channel,National Geografic dan macam-macam lagi maklumat yang boleh dicari aku rujuk..

Bila dah ada Internet,aku banyakkan masa aku dengan mencari lebih banyak pengetahuan aku,sehinggakan bila aku berbual balik dengan abah,abah macam terkejut..wah,anak dia lebih jauh pergi dari dia...Salah satu dari maklumat yang aku perolehi yang aku rasa menarik ialah Nostradamus....Siapa Nostradamus?artis ka?tak pun VIP yang ada hubungan sulit dengan artis?Apa yang buat aku minat untuk tahu lebih pasal dia?sebabnya,Nostradamus adalah seorang daripada peramal tentang kejadian 2012 selain dari orang-orang Tamadun Mayan.


Nama sebenar dia ialah Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal sebab dia menghasilkan puisi yang ditulisnya pada tahun 1555.Puisi dia ni jadi perhatian sebab ia seolah ramalan masa depan dan lebih pelik lagi ramalan-ramalan tu betul-betul terjadi contohnya kemunculan Hitler,Peran dunia 1 dan dua dan yang paling tak boleh lupa ialah peristiwa 11 september.
Aku sebenarnya heran jugak la kan..macam mana la mamat ni boleh nak ramal benda-benda macam ni dan kita sebagai seorang islam memang tak patut percaya pada benda-benda macam ni.Yang lebih sedih sekali ada dikalangan orang-orang islam yang berpendidikan tinggi sangat menyangjungi beliau termasuklah beberapa rakan yang aku kenal...Dan sebenarnya..(macam lagu Yuna plak..hihihi)..Tau tak macam mana mamat ni boleh ramal peristiwa yang dah terjadi ni?haaaa..rupa-rupanya...

Dia sendiri pun mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam iaitu berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.(Ni aku baru tau..sebelum ni aku tak tau..jahilnya aku...)

Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.(hai..panjang lebar aihh penerangan).


Macam mana mamat poyos ni boleh tau mengenai hadis-hadis ini sebelum dia cilok bagi jadi puisi and then boleh terkenal satu dunia..?macam ni cerita dia....

Menurut cerita para pesakit dia la.,setiap kali berubat,mamat ni selalu baca sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab.Pastu,adala mamat mana plak boleh jumpa satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.(haaaa..dok agung lagi mamat ni kan..)

Mestila ramalan dia benar sebab dia dok cilok dari sumber Percakapan Nabi kita.Hampeh sungguh la..Kalau tak percaya sila rujuk ramalan-ramaln dia yang banyak terjual kat kedai buku(kedai buku popular pun ada dik-dik nun semua ya..)Lepas tu compare balik tentang pasal akhir zaman ni sama dak dengan cerita yang ustaz atau ustazah kita cerita masa kelas agama dulu,dalam ceramah-ceramah(bukan ceramah politik yee..i hate that!),dan dari kitab hadis.

Sampai disini sahaja perkongsian maklumat saya untuk kali ini,
Kalau aku cerita panjang pun bukan orang nak baca abis kan..sikit-sikit sudah la..



Saya Merujuk MISTISFILES

4 ulasan:

Penanggah berkata...

artikel yg menarik... ni klau nostradamus baca ni mau dio lantik lu jadi asistan.. hahahaa

Mrs Poyo berkata...

penangah..dr gaya penulisan gua,layak dak gua jd org paper mcm lu?kikiiki

Penanggah berkata...

gaya penulisan yang begitu bombastika meterialiska.. ayat2 yg begitu melintang jiwa dan mengguling rasa... x per nt gua tnyer guanyer editor Mr. John Karimbo Masboteng.. maner ler tau lu pun ada bkat jd reporter bahagian masakan.. hahahaaa

Mrs Poyo berkata...

Penanggah..reporter bhgian masakn pun jd ler..bleh gua jar pmbaca masakan uganda dn jugak masakan zulu..hahahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!