Selasa, Mei 24, 2011

23 TAHUN HIDUP BERSAMA ISTERI YANG GILA MEROYAN...THIS IS A TRUE STORY...

Ini adalah kisah benar..mengenai seorang Staff TM..
Aku taktau nama sebenar dia..jadi aku gelar dia Pakcik K la..bukan datuk K yerrr...Dan dia bukan staff di Pulau Pinang..



Pakcik ni..telah berkahwin dengan bini dia selama 24 tahun..tapi Isteri dia jadi kurang waras selepas melahirkan anak depa yang pertama...Kembar tak silap aku...Tidak waras selepas melahirkan anak orang panggil Gila Meroyan kan?Betul la tu..aku tanya tok aku tadi..hahahhahaha...

Pakcik ni..Walaupun isteri dia dah tak waras malah tak kenal dia sebagai seorang suami...(Pada pandangan Pakcik K la..) dia tetap jaga isteri dia..dia tak ceraikan isteri dia mahupun nak berkahwin lagi satu walaupun dia boleh kahwin lagi satu dengan keaadan bini dia macam tu..Wowww!!! Aku rasa terharu gila babi la...Dia tetap sabar layan karenah bini dia tu..walaupun kadang-kadang tingkah laku bini dia tu kalau orang lain la bagi aku..memang dah kena penampor dah..tak pun kena pukul..Tapi pakcik ni tak..Siap cakap macam ni lagi..


"Isteri saya tak waras..takkan la saya yang waras ni nak kena pukul dia plak kalau dia ada buat apa-apa..kalau buat macam tu..sama jela saya dengan dia.."



Bayangkan..kalau dia nak pergi kerja...tiba-tiba bini dia ambik kunci motor dia..dia bukan boleh ambik kunci tu secara paksa dari bini dia..Kalau ambik secara paksa,bini dia akan bertindak jauh diluar dugaan la..Pernah sekali sampai nak bakar rumah depa tu..Dia kena tunggu bini dia bagi dulu kunci tu baru dia boleh pi kerja..Tapi pakcik ni jujur..bila jadi keadaan macam tu..Dia akan call bos dia..bagitau dia masuk kerja lewat sikit..Tapi bila dia dah pi kerja lewat..dia akan ganti balik masa mula-mula yang dia takmai tu dengan balik lewat..Memang dia nasib baik la sebab dia ada bos dan rakan sekerja yang memahami...


Masa aku dengar kisah dia ni..aku rasa sebak gila..tapi tak nangis la..hihihihi..Bukan apa..memang susah nak dapat lelaki yang sanggup jaga bini yang keadaan macam tu..Yang aku tau la..ada seorang polis kat kawasan rumah Paklong aku..Kahwin seorang lagi sebab bini dia gila meroyan ja..haram tak balik rumah trus..Dia tak pikir ka?bini dia jadi macam tu sebab apa?sebab nak lahirkan zuriat untuk dia..At least kalau hang kawin lagi satu pun..tolong la mai jenguk bini kan..ingat bini hang sampah..tak boleh guna..terus buang macam tu ja..macam hareemmm ja perangai laki macam ni kan?



Tapi pakcik ni memang aku respek gila..Dia take care bini dia...macam baby..dia la yang masak..dia yang kemas rumah..dia yang basuh baju..Dia la jaga anak yang kembar tu..Semua dia..Kira dia ambik alih tugas jadi ayah dan mak sekali gus..Anak-anak dia memang patut bangga la dengan ayah depa ni..Kalau aku..memang aku bangga gila kalau dia ayah aku..

Bayangkan la...dia memang teringin nak bagitau bini dia..yang dia memang sayang kat bini dia..dia nak ucap terima kasih kat bini dia sebab lahirkan anak-anak untuk dia sampai jadi macam tu..Tapi tak boleh sebab bini dia takkan paham...Kesian betul..

Apa yang aku nak bagitau pakcik tu..Walaupun pakcik K tak boleh nak ucap yang pakcik sayang dan menghargaai la bini pakcik tu..tapi aku rasa walaupun bini pakcik tak waras..dia tau..pakcik sayangkan dia..memang sekarang dia tak waras..tapi bila di akhirat sana..pakcik akan dapat habuan pakcik...Allah nampak segala apa yang pakcik buat pada bini pakcik yang tercinta tu....


Waahh...macam la pakcik tu baca blog aku sampai siap buat ucapan lagi..hahahhahahhahahaha....


Aku cerita kisah pakcik ni kat Incik Bachok..Lepas ja dengar cerita ni..Dia terdiam..lama jugak..aku taktau la apa yang dia pikir..aku pun memang takmau tanya..Pastu aku pun tukar cerita lain..Tapi dia macam berminat ja nak tau pasal pakcik tu..Kalau nak tau lebih lanjut..Pi tanya State GM kita la darling oiii...
hahahahahahahahhahahahha....


Edit*

Ala...lupa nak taruk lagu ni kat Pakcik K....
huhuhuhuihu..Aku rasa macam lagu ni sesuai ja dengan kisah PaKCik K...
HUHUHUHUHU...






Opick - Maha Melihat (feat Amanda)
Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata



aWAT Tetiba ja aku teringat bulan puasa ni..??
Sebab aku dengar lagu-lagu Opick time bulan puasa ja tiap-tiap tahun..
Teruk betoi aku ni...nak insaf time bulan puasa ja..
hahhaha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!