Sabtu, Mei 28, 2011

JIWA YANG SAKIT

Kadang-kadang aku terpikir laju gak kan...Kebanyakkan rakyat Malaysia ni(merangkami semua..bukan satu kaum saja..) yang mempunyai satu masalah..Iaitu masalah jiwa yang sakit..Jiwa yang sakit tu bukan maksudnya sakit jiwa...tapi jiwa yang penuh dengan nanah..luka-luka yang buat jiwa dia sakit...jadi dia pun jadi seorang yang busuk ati..pendendam...pemarah tak bertempat..Sebenarnya aku banyak dah tengok-tengok benda macam ni..Tak kira laki ka pompuan ka..dua-dua sama saja...

Apa yang aku merepek pun aku taktau la....hahhahahahhaha...


Semalam...Incik Bachok call aku..katanya kereta dia terkena buatan orang...Terkena buatan orang tu bukan la maksudnya kena bomoh..tapi kena perbuatan tangan orang la..Viper dia dipatahkan..Bonet depan kereta dia di calarkan..What The Fuck betul la ...Kereta tu baru dicat...takdak sampai 5 bulan...dah kena calar dek perbuatan orang?Jadi aku tanya Incik Bachok kenapa benda ni boleh jadi macamni..? cer cite..ce cite..


Menurut IncikBachok..2 hari lepas...dia balik kerja lewat..dah malam dah time tu..Yerrr...yang tu aku tau sebab Incik Bachok buat OT...wah...rajin betul boyfriend aku ni buat OT..hahahahhaha...Jadi bila dah malam..sampai ja kat block Kondo dia..keadaan parking kat rumah dia tu gelak..ada la cahaya sikit-sikit dari blok tu..Parking bukan didalam blok yerr...macam sesetengah kondo atau apartment..Parkingnya diluar ya...berbumbungkan awan sahaja...Jadi..dengan keadaan letih..Incik Bachok main parking ja kereta dia kat salah satu petak yang ada kat situ...

Jadi..esoknya dia pi kerja dengan motor saja begitu jugak la dengan hari seterusnya...Dia langsung tak pi tengok pun keadaan kereta dia sehingga la semalam...Balik ja dari kerja tergerak la hati dia nak pi tengok kereta dia..sampai ja kat kereta dia..alangkah terkejutnya dia(ayat macam novel seram da..hahahhaha) bila dia tengok viper kereta dia dipatahkan dan bonet depan dia dicalarkan dengan teruk..tengok gaya macam digores-gores dengan kunci kereta sampai nampak cat putih tu..Fuhhh!!! macampenuh kebencian ja cara orang tu goreskan kereta dia tu..So,dia pun ubah la kereta dia kat tempat yang terang sikit sebab nak tengok la kot-kot kat body lain pun kena gores ka..tapi syukur la..takdak...cuma kat dua tempat tu sahaja...Dan bila dia tengok kat petak parking tu..dah tertulis nombor plat kereta yang maksudnya petak tu berpunya...

Jadi..walaupun takmau syak..tapi IncikBachok terpaksa syak jugak yang buat tu adalah pemilik petak tu..Kalau betul la apa yang disyak oleh Incik Bachok tu..memang aku nak claim orang ni..dimana aku gelar dia mamat la..(sebab aku rasa lelaki sebab dia boleh patahkan dan bengkokkan viper tu..fuyoo..) sebagai seorang yang kurang ajar,sakit jiwa serta hati penuh busuk..Kenapa aku cakap macam walaupun nak diikutkan Incik Bachok salah sebab parking kat tempat dia..

Pertama..petak-petak parking kat situ tidak dikenakan caj sewa atau pun tidak perlu dibeli macam kat kondominium yang makcik aku dok kat KL tu..Jadi maksudnya ialah..petak tu adalah hak semua orang..sapa-sapa pun boleh letak..lagipun petak parking tu melebihi jumlah unit rumah kat situ..Dan petak tu bukan la spesial sangat pun kot-kot la bawah pokok rendang ka..kalau Incik Bacok terparking la kat petak tu..dia bleh parking kat tempat lain tanpa rasa sakit hati..Semua petak sama saja..

Kedua..Kalau ye la Incik Bachok tersalah parking kat petak yang dia claim tu milik dia...tak payah la nak gores-gores dan patahkan viper orang..Kalau tulis nota..

bro..ni petak gua bro..lu dah pi parking ni..lu tolong ubah boleh tak bro..

Itu dah kira ok la dan berbudi bahasa..Ini main gores macam tu..memang kurang ajar dan tak berbudi la tu kan...


Keempat..Dia tak pikir ka tindakan dia tu boleh mengundang perbuatan balas dendam...Nasib baikla dia pi gores kereta mamat panas baran yang kuat dendam tapi dapat awek cool macam aku yang boleh coolkan dia dari beli cat nak simbah kat kereta VIOS ko tu....Kalau mamat panas baran kuat dendam ni dapat awek 2x5 ja macam dia...bukan takat kereta kena simbah cat saja..cermin kereta dia pecahkan..siap nak tunggu ko balik kerja nak belasah terus lagi...hahahhahhahha...Tak ke naya...Nak bawa geng plaktu..



Aku hairan betul denga norang zaman sekarang ni...Jiawa memang sakit la..benda remeh temeh nak diperbesarkan sampai nak rosakkan harta benda orang..Gilala tu kan..

Tapi tu la Incik Bachok..Duluu gelakkan amoi cina body macam Cameroon Diaz..tapi muka macam Adlin Aman Ramlie buat repot polis sebab kereta dia kena calar dek orang..U cakap amoi tu bengong...kan dah kena kat U...hahahhahahaha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!