Selasa, Mei 17, 2011

HIKAYAT HERO DITIPU

Alkisahnya pada satu hari..Hero tengah dok berjalan baik punya dengan kawan-kawan dia dekat Downtown Cheras..Tengah baik punya jalan-jalan sambil cuci mata tengok barang tengok awek baik punyerrr tiba-tiba Hero ditahan oleh seorang lelaki berbangsa cina seiras pelakon korea, Eric Moon.Walaupun tak dapat dipastikan bahawa muka lelaki cina itu seiras Eric..tapi penulis percaya yang mesti muka lelaki cina itu seiras wajah eric sebab kebanyakkan lelaki cina Tanah Malaya berwajah sebegitu..muahahahhaha...






Gua lagi macho dari mamat cina tu ok!!








Adapun lelaki cina itu merupakan promoter untuk menjual kad sim untuk sebuah syarikat telemunikasi yang baru nak bertapak di Tanah Malaya ini.Pada mulanya Hero tidak mahu melayan sangat tingkah laku Lelaki cina itu..Tetapi bila digasak-gasak jugak..akhirnya Hero terpaksa akur mendengar penerangan lelaki cina itu..






"Kalau u pakai ini nombot arr..i kasi u free lagi 3 kad sim maa...mau beli saja u dapat maa.."





Adapun hero yang ketika itu amat setia pada Ananda Krishnan dengan santun dan berbudi bahasa sebab beliau berasal dari timur..eerrr..maksud penulis pantai timur..menolak pelawaan lelaki cina itu tetapi bila mendengar saja mendapat free 3 kad sim..maka hero pun berminat walaupun beliau pada ketika itu berfikir lagi tiga kad sim itu mau beri pada siapa sebab Hero ketika itu masih belum berpacaran dan masih solo molo lagi..Nak ditolak peluang keemasan itu dirasakan rugi..Jadi Hero rasa beliau patut grab saja peluang ni..untung-untung dapar seorang Heroin..boleh la kasi hadiah kad sim..Ciissss!! sungguh tak kelas Idea si Hero itu..






Ayoyo...manyak hepi sama terharu la macha!! itu hero setia sama saya punya line..







Setelah menulis borang itu dan ini..akhirnya hero mendapat keempat-empat kad sim tersebut..maka girang la hati si hero ini...Sebelum melangkah pergi..hero sempat bertanya pada lelaki cina itu..


"Ni kalau I tak guna..tak apa kan?bill tak jalan kan?"



Maka jawab la lelaki cina itu menjawab dengan penuh yakin..


"Tak ada maa...kalau u tak guna..bil tak jalan maa...bila u guna baru jalan ma...."




Jadi dengan hati yang girang beliau menyimpan kad sim itu didalam dompet beliau..berharap satu hari nanti salah satu dari kad sim tu akan dihadiahkan pada bakal heroinnya...
Beberapa bulan kemudian..Hero mendapat seorang heroin..Malangnya Heroin amat setia pada Ananda Krishnan dan menghadiahi pulak pada hero sebuah(sebuah ka?) kad sim jenis Family plan pada Hero..maka rancangan hero terkubur begitu saja....




Beberapa bulan kemudian sekali lagi....Hero menadapat tahu bahawa beliau telah menerima bill tertungak sebanyak 300 lebih..Hairan dan marah bukan kepalang..Hero dengan atas nasihat heroin pergi menamatkan line nombor tersebut kerana heroin yang cerdik ini mengesyaki hero tertipu kerana itu bukan talian prepaid yang disangka hero..tapi talian postpaid..Lagipun sekarang punya trend..guna tak guna kad sim tersebut..tetap kena bayar ikut plan yang dipilih..Lagipun,Ananda Krishnan juga mengguna konsep itu juga..Setelah menamatkan talian..Hidup hero aman damai hendaknya bersama Heroin dan kesetiaannya mereka pada Ananda Krishnan sehingga dua hari lepas....Setelah dua tahun berlalu..hero mendapat surat peguam..nama hero telah diblack listkan kerana tidak membayar bil tertunggak..Bengang dan marah..Hero telah membuat satu repot polis...jeng..jeng..jeng..





Apakah nasib hero selepas ini..Adakah beliau dapat menyelesaikan masalah dihjadapinya..Adakah pihak polis yang selalu dikutuk oleh Hero dapat membantu Hero?Adakah angan-anagan Hero untuk membuat pembiayaan peribadi berjaya jika ke-blacklist-san hero dapat diselesaikan..??Saksikannya hanya di Blog Miss Poyo...muahahahha....




















Bersambung mengikut keadaan semasa..

2 ulasan:

Dark Half berkata...

owhhh...ingat aku sorang je pandai buat siri bersambung-sambung. hang pun tera nooo...menarik2. sila sambung cepat. mana tau, nanti aku pulak kena kencing dgn mana2 telco

Amira Amair The Poyos berkata...

Dark Half..

hg tengok..
tak bersambung la tu...
hahahhahhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!