Rabu, April 20, 2011

50 TAHUN YANG LALU NOH..NAYA..NAYA..

Masa arwah Tokwan Non hidup dulu,mana keluarga aku pi bercuti..mesti dia dengan tok ikut..Boleh kata seluruh Malaysia kami dah jelajah(kecuali Sabah dan Sarawak) bersama-sama arwah Tokwan..Dalam banyak-banyak negeri kami pi..Masa kami pi bercuti kat Johor la yang paling lawak sekali..hahahahahha...


Time tu dah tengahari..Perut masing-masing dah mengerodak la sebab lapaq kan..Jadi abah amik keputusan nak cari kedai makan..Tiba-tiba tengah dok tinjau-tinjau kedai makan..Tokwan pun cakap..

"Men..aku tau kedai mana sedap..hang jalan teruih lagi.."

Sebagai menantu yang baik hati dan mendengar kata..cewaahhh! abah aku pun ikut la cakap tokwan aku...Dua tiga biji kedai makan dah lepas..tapi dah tokwan cakap dia tau kedai makan baik punya sedap..kami boh layan jela kedai-kedai tu kan..Agak lama jugak la abah dok bawa kereta tapi tokwan tak jugak suh berenti kat mana-mana kedai kan..Jadi abah pun tanya arwah tokwan..

"Jauh lagi ka bos?"Abah memang panggil tokwan bos sejak dia kawin ngan mak dulu..Tak pernah sekali pun dia panggil tokwan aku ayah..Kat tok aku dia panggil Mem besaq..hahahhaha...

"Tak jauh aaihh..depan lagi sikit ja pun..sabaq la.."Tokwan pun jawab..Jadi abah pun teruskan pemanduan..Nak dekat dua jam jugak la..last-last dah tak tahan sangat..Mak plak tanya Tokwan aku..

"Ayah ni betoi ka?mana dia ni?tak jumpa lagi pun kedai.."

"Betoi la..jalan ni la...aku ingat..dulu aku dok makan kat kedai tu.."


"Kalau ada mana dia kedai tu?"mak soal lagi..

"Depan lagi kot.."jawab tokwan.

"Kot??ayah makan kat kedai tu tahun bila..??"mak soal lagi

"Ada la dalam 50 tahun yang lalu..sedap kedai tu punya masakan.."jawab Tokwan selamba..

"50 tahun??awat bos tak cakap ja 100 tahun yang lalu...???"

Hahahahahha..lepas ja abah cakap macam tu..teruih abah berhenti kat satu kedai makan yang ada kat kawasan tu..hahahahahahhaa..
Tokwan aku memang lawak aarrr..benda yang berpuluh tahun yang lalu dia dok ingat lagi..hahahahahhahaa...Buat naya kami semua ja..satu keluarga makan dengan rakus gila sebab lapaq sangat kan..Yang Tokwan plak dok pikiaq tak habis-habis lagi pasai kedai tu..

"Awat takdak dah noh?kedai tu laku tu...sayang depa pi tutup.."

Hahahahhahahahahahahahhahaha.....Adoi..macam-macam hal Arwah Tokwan aku ni..

2 ulasan:

Dark Half berkata...

terbaekkk la bos!
padan muka hangpa..kikiki

Amira Amair The Poyos berkata...

Dark Half..

Memang padan muka kami semua..
tu salah satu kenangan lucu la dengan Arwah..
huhuhuhu..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!