Jumaat, April 29, 2011

I BELIEVE I CAN FLY : PART 5

Aku bangun sambil kibas-kibas bontot aku kot-kot la ada habuk terlekap ka kat baju kurung aku..Sambil-sambil tu aku mencarut jugak..Geram..Cilaka puteri sanggup buat kawan baik hang macam ni..Dah la tahan kaki bagi aku jatuh..Siap gelak kat aku lagi..Dah tu,aku kena bangun sendiri plak..Kalau dia bukan kawan baik aku dah lama kasut kulit kaler hitam aku ni masuk dalam mulut kecik dia tu..

"Woi pompuan! hang pa mana seminggu takdak?"Tanya Puteri sambil mengekor belakang aku bila aku mula start berjalan.

"Aku tak pi mana la..aku ada pa..mai kelas hari-hari.."Jawab aku acuh tak acuh.

"Tu aku tau la hang mai kelas hari-hari..kelas kita kan sebelah-sebelah ja..Aku tanya hang pi mana seminggu takdak kat dorm..Merempat mana plak?"
Owh..aku lupa plak kelas Puteri sebelah kelas aku ja pun..Dia kelas Pengurusan Perniagaan..aku kelas Binaan Bangunan..Si Puteri ni pandai jugak..PMR dapat 6A...Tapi aku taktau la awat dia amik aliran Vokasional macam aku..Keputusan dia layak masuk Aliran Teknik Baii....Bodoh punya punya perempuan..

"Woi..aku tanya hang pi mana seminggu ni..haram takdak kat dorm pun!!"Puteri menjerit kat telinga aku.Salah satu Faktor buat aku pekak la ni sebab budak ni la..suka jerit kat telinga aku.

"Aku balik rumah la Si Put oiii!!"Aku jawab pertanyaan Puteri....Si Put tu nama manja dia..aku sorang ja panggil dia Si Put..orang lain tak pun..Sebab dia jalan lembab macam Siput Babi..lenggang lenggong..sebab tu Aku panggil dia Si Put..

"Aku dah agak dah..saja aku tanya..hahahhaa..Weh,Azreen memngamuk hang tau dak..hang hilang tiba-tiba.Kalau warden dapat tau dia yang kena..Gila semalam terbang habis buku sekolah dia lempaq kat kami semua.."Puteri bercerita bersungguh dengan buat mimik muka lagi..Ah..aku tarak percaya la cerita Puteri tu..Azreen ketua dorm aku tu kalau bab-bab macam ni..dia memang tak peduli pun..dia pun kaki fly jugak..Lagi dia suka kalau aku buat macam ni adala..Azreen ni kalau nak mengamuk time dia dapat tau ada orang cuba tackle pakwe dia si Ammar budak Automotif tu..Siap main pisau lagi tu..Aku tau la..dulu aku pernah ikut dia serang budak Junior sebab cuba try ngorat Ammar..Gila bawa kuaq pisau tu..Sebagai pengawas yang tak berdedikasi..kalau bab main pisau ni..aku rasa tak patut la..Jadi aku pun tenangkan dia la..kalau tak taktau la apa jadi..Aku pun heran la budak macam Ammar tu pu depa nak berebut..Bukan hensem pun..kepala botak.bawa kondom mai sekolah..aku tau la..dulu aku ikut Pak Jet buat spotcheck kat kelas dia..kaki minum lagi..apakejadahnya budak sekolah dah pandai minum..gila!!

"Azreen cakap hang la Biro Disiplin Dorm yang paling haprak dia pernah jumpa.."sambung puteri lagi sambil gelak sakan..

"Ni Si Put hang takpayah nak domba kat aku la.."Aku tau Si Azreen takkan kata macam tu..dan Azreen memang takkan mengamuk..

"hahhahahhahaha..aku saja la wei..nak gempaq hang.."dia jawab sambil mengekor kat belakang aku lagi..Aiikk...Minah ni apasal plak ikut aku ni..dah nak dekat ngan pintu pagar sekolah dah ni..Tak reti-reti balik pi asrama ka anak orang kaya ni?

"Wehh..pi la balik asrama noh....aku nak belah ni.."aku tolak-tolak badan Puteri ke arah jalan nak ke asrama..

"Aku takmau la balik asrama.."jawab Puteri sambil keraskan badan dia bila aku tolak badan dia..

"Habis tu hang nak pi mana bangang wei kalau hang takmau balik asrama??"Aku soal lagi sambil cuba tolak badan dia lagi..tak guna..tak padan dengan kurus..kuat jugak daya tahanan dia ni..huuuuu...

"Aku nak ikut hang balik..aku nak fly jugak..!!"Jawab puteri sambil senyum..Aku macam biasa..buat muka terkejut ala drama Indonesia...



Bersambung...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!