Ahad, April 10, 2011

HAJIME KINDAICH..SUKANYA!!

Sebagai seorang peminat setia komik Jepun,aku memang suka la kalau komik-komik Jepun ni dijadikan live action.Dan semua orang tau kebanyakkan komik Jepun yang glamer-glamer banyak dibuat jadi kartun dan kemudian ke live Action..Antaranya macam Dragon ball..Bleach(dibuat secara teater..)aargghhh!! malas la nak tulis banyak-banyak..tengah segan ni..hahahahhaha...



Jadi ada satu lagi komik Jepun yang aku minat iaitu komik penyiasatan bertajuk Kindaichi Case File atau dalam bahasa Jepun dia Kindaichi Shonen No Jikenbo.Komik karya Yazaburo Knari dan Seimeru Amagi.Komik ni start diterbitkan pada tahun 1992 dan menjadikan kegilaan peminat komik Jepun seluruh dunia selepas tu termasuk aku.hahahahha...



Komik Kindaichi



Seingat aku la...aku start baca komik ni masa aku darjah 4 kot..Tu pun secara tak sengaja terbaca komik kawan aku yang dia bawa mai sekolah masa hujung tahun nak dekat cuti sekolah.Masa tu kan tak belajaq sebab nak dekat cuti..habis masa main dengan baca komik jela dalam kelas...hahahha..





Komik ni mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalas,suka main-main ddalam kelas dan kadang kala agak gatai bernama Hajime Kindaichi yang kononnya merupakan cucu kepada Detective terkenal kat Jepun bernama Kosuke Kindaichi tetapi dia bijak dalam menyelesaikan teka teki pembunuhan bersiri yang berlaku. Bersama Hajime yang membantu dia dalam penyelesaikan misteri pembunuhan yang berlaku ni mestilah kawan baik dia sejak kecil yang dalam diam suka kat Hajime bernama Miyuki Nanase dan Inspector Polis yang kelakar yang Hajime panggil dia pakcik bernama Inspektor Kenmochi.






Apa yang buat aku suka baca komik Kindaichi ni ialah bila dia dah dapat solve problem..dia akan cerita detail time pembunuhan berlaku,barang yang digunakan dan siapa sebenar pembunuhnya..Memang bijak la budak Hajime ni bila dia boleh kira waktu dan jugak menceritakan cara pembunuhan dan tepat la..Sebab tu Inspector Kenmochi kadangkala akan minta bantuan Kindaichi kalau ada kes kan..hohohoho..




Aku dapat tau yang Komik ni di live actionkan pun masa aku dok kat Ipoh dulu..Time tu aku dengan Mirul memang kaki tengok Tv sampai awal pagi kalau hujung minggu.Seingat aku la..drama ni tayang kat NTV7 pukul 12.30 malam..Tu pun beberapa episod ja pun..Lepaih tu takdak dah..Lepaih tu pandai-pandaila pikir kami boleh dapat siri-siri ni dari mana..Tauke Lim maaa...hahahahhaha...





Dalam banyak-banyak siri live Action Kindaichi ni..aku just minat Kindaichi dari siri pertama dan kedua ja.Kalau siri ketiga dan yang filem punya..aku tak minat sangat.Huhuuhuuhuhu.. Siri pertama dan kedua watak Hajime Kindaichi dilakonkan oleh Tsuyoshi Domoto manakala untuk watak Miyuki Nanase plak dilakonkan oleh Rie Tomosaka manakala untuk siri ketiga plak watak Hajime Kindaichi dilakonkan oleh Jun Matsumoto dan untuk watak Miyuki Nanase plak dilakonkan oleh Anne Suzuki.



Hajime dan Miyuke lakonan Tsuyoshi Domoto dan Rie Tomosaka



Hajime Dan Miyuki lakonan Jun Matsumoto dan Anne Suzuki





Walaupun Aku peminat Jun Matsumoto..Tapi aku tak suka la lakonan dia untuk watak Hajime Kindaichi ni..aku tengok dua episode ja yang lakonan Jun Matsumoto ni..Pastu tak tengok dah..rugi..rugi..hahahahha....Walaupun yang Domoto berlakon tu tahun 1996 punya..tapi aku minat yang Domoto berlakon gak..hahahahahah...


Nah..ni adalah sedutan salah satu episode Kindaichi lakonan Tsuyoshi Domoto..





Tak payah tengok kat youtube yerr,...tak puas..pi cari DVD dia kat taukey DVD haram berdekatan anda..hahahhahahahahhahha

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!