Rabu, April 20, 2011

PERASAAN CINTA DATANG DENGAN SENDIRI..BUKAN DENGAN PAKSAAN..

Entri ni untuk seorang kawan yang aku anggap dia macam adik/kakak aku..huhuhuhu....


Sebenarnya lelaki yang aku idamkan selama ni bercirikan seorang yang kelakar,cakap banyak,manja,berambut lurus,tinggi kurus dan cool..
Tapi apala nasib aku bila aku dah jumpa lelaki jenis tu..tapi tak dapat pulak..jadi milik orang lain.Macam-macam cara aku buat..boleh kata aku dah jumpa 2 3 orang la lelaki jenis tu..Tapi still tak lekat jugak..Sehingga la aku berkenalan dengan Incik Bachok.


Masa tu Incik Bachok memang tak memenuhi kriteria lelaki idaman la..Langsung tak tersenarai ciri-ciri yang ada kat dia..Aku tak suka lelaki Kelantan dulu sebab aku rasa lelaki kelantan yang aku kenal kebanyakkan panas baran,dah tu dia tak banyak cakap jugak..langsung tak kelakar..badan plak tegap..aku memang tak suka la lelaki badan tegap..dah tu rambut kerinting plak..aku tak suka la laki rambut kerinting..Suka memaksa lagi,mulut pun boleh tahan pedih.Memang aku takleh la terima dia sebagai marka aku walaupun aku tau dia berusaha banyak jugak la nak ambik hati aku..Tapi tu la..kalau dah tak suka tu..memang tak suka la..dan Aku pulak jenis tak suka paksa diri aku untuk terima benda yang aku tak suka..Jadi aku biarkan ja..


Sehingga la satu hari..Secara tiba-tiba Incik Bachok langsung tak berhubung dengan aku melalui SMS ka..Call ka..3G ka...Webcam ka..YM ka..Diam macam tu ja secara tiba-tiba..Mula-mula tu aku rasa seronok gila sebab takdak gangguan dari dia..Seminggu berlalu..dua minggu berlalu..Incik Bachok langsung tak contact aku..Sehingga aku tertanya-tanya mana la mamat ni pi..Kalau tak hari-hari aku terima mesej dari dia..hari-hari dia Webcam dengan aku...Sampai la aku sedar yang aku mula rindu kat dia..Rindu dia SMS aku..Rindu dengar suara dia..Rindu tengok dia senyum kat aku..Rindu bila dia marah sebab aku lambat jawab panggilan dia..Rindu bila dia paksa aku panggil dia darling..Rindu bila dia panggil aku sayang walaupun berkali-kali aku bagi amaran jangan panggil aku sayang..Rndu dengar suara cemburu dia bila aku bagitau dia aku keluaq dengan lelaki lain..Pendek kata semua benda yang buat aku rimas selama ni aku jadi rindu plak..Lama-lama baru aku sedaq yang sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan lelaki yang aku rimas sekali selama ni..Hari-hari aku tunggu panggilan dia sehingga la satu hari tu..Dia call aku balik..Rasa seronok bukan kepalang lagi..Aneh kan bila orang yang kita tak suka selama ni tiba-tiba kita jatuh cinta pulak kat dia..

Sebab tu la aku cakap..Cinta memang tak boleh dipaksa..biar dia datang sendiri secara natural..Baru kita tau betapa indahnya cinta tu..
Huhuhuhuhu..



Pesanan ni aku nak ingatkan pada sesiapa sahaja yang ada masalah macam aku dulu..Jangan paksa diri bercinta dengan orang yang kita tak suka...Biarkan ja...Tak kira la sebaik mana pun lelaki tu..kalau kita tak suka dia..jangan paksa..jangan hanya sebab kita kesian kat dia..kita pun bercinta dengan dia..Rasa tak adil bila kita dalam diam merana sedangkan dia pulak happy sebab dia ingat kita suka kat dia..


Dan satu lagi..bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat..Sebab kadang-kadang benda yang kita tak suka tu la yang jadi jodoh kita..Jadi hargailah apa yang ada kat depan mata kita..Takut bila hilang secara tiba-tiba,dan kita mula sedaq yang kita sebenaqnya suka kat dia..Menyesalkan pun tak guna dah....


Dan Solat Istikarah adalah jalan terbaik untuk rungkaikan segala kucar kacir yang melanda hati kita...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!