Jumaat, April 22, 2011

I BELIEVE I CAN FLY: PART 1

Macam aku bagitau kat entri yang lepas..Aku nak tulis balik cerita I believe I Can Fly ni..Tapi oleh sebab nak dapat feel nak tulis balik sambungan dia tu..aku kena buat remake balik la..hahahhahahhahhaha.....Ni kisah benaq ni..jangan main-main.




Hampir tersedak aku bila Nab bagitau dia nak keluar asrama.Angin takdak..ribut takdak..tiba-tiba ja nak jadi budak luaq pulak dah..ni mesti da yang tak kena kat dorm dia ni,kalau tak buat apa dia kalut sangat nak keluar asrama.

"Yang hang kalut sangat nak keluar ni pasaipa?hang ada problem ka dengan budak dorm hang?"Aku menyoal Nab tanda nak kepastian..Anis,Ctah dengan Putri mengangguk ja sambil menyumbat nasi dalam mulut depa..pelahap betoi kawan-kawan aku ni..tambah-tambah Si Anis tu..tak cukup nasi dia..nasi dalam pinggan aku pun dia sapu..badan maintain ramping jugak aku tengok walaupun pelahap..

"Tahun ni kita nak SPM..Aku rasa kalau kalau aku dok hostel..memang tak boleh blajaq ar..asyik sembang ja.."huiii...macam mengata aku sama ja minah ni..aku pun kuat menyembang jugak..waktu prep orang dok study..aku melalak sakan..bukan dengan orang lain..dengan depa-depa ni jugak..

"Aku dah tulis surat..satgi aku bagi surat ni kat pakcik Mat Noor..petang esok aku blah kot.."sambung Nab lagi sebelum menghabiskan makanan dalam pinggan dia..Aku diam ja..maknanya lepas ni salah sorang dari sekutu aku takdak dah kat asrama..kesunyian betul la...



*******************************



Seperti yang dikata oleh Nab kelmarin,petang tadi dia dah blah..sedih betul..nanti kalau cuti minggu balik kampung..aku menapak naik bas sorang-sorang la..kalau tak aku menapak dengan Nab..Aku rasa kekurangan gila bila salah sorang dari kawan baik takdak kat asrama..Apa dah jadi dengan Wanted Girl pasni?Aku pulak yang Emo..depa yang lain relax ja aku tengok jalani kehidupan harian depa dengan penuh sifat nakal2 manja tu..

Setiap hari dari bangunan vokasional yang mengadap dengan pintu pagar sekolah,aku tengok Nab happy ja melangkah keluaq dengan penuh semangat..Tiba-tiba aku rasa jeles la plak tengok..Nab boleh balik rumah hari-hari..sedangkan aku tak boleh..Nab boleh makan nasi mak dia masak setiap hari..aku nak makan masakan mak seminggu sekali pun belum tentu..Nab boleh tengok tv setiap hari lepas study..aku plak..lepas study tidoq ja..tak menjana minda langsung..dunia luar jadi apa pun aku tak tahu..Kadang-kadang aku rasa Nab makin cerdik dari aku..semua berita dia tau..Aku?yang aku tahu hari-hari aku ngadap muka Pak jek,kena rotan..boleh jadi kematu tapak tangan aku kalau macam ni..Bila balik dorm,aku rasa kosong..walaupun ramai orang dalam dorm..aku rasa macam aku sorang ja..dok memikiaq..mesti best dok rumah...keinginan aku untuk balik umah menebal..sampai nak menangis pun ada..

Satu malam,aku tengok salah sorang dari budak dorm aku takdak..masa tu pkul 12 malam dah..kalau tak masa la budak ni ada dah dalam dorm aku..dok menyembang..malam ni..bayang hidung mancung dia pun aku tak nampak..

"Wei,Hawa pi mana?"aku soal Suhada,budak kelas PKA2..katil dia sebelah katil aku ja..

"Dia takdak,dia pi rumah kawan sekelas dia.."jawab Suhada sambil susun buku dia dalam beg sekolah..

"Aikkk...macam mana tu?"Soal aku lagi..tak faham...

"Dia fly la...masa balik sekolah tadi,dia keluar jugak sekali dengan budak kelas dia..budak tu dok luar.."jawab Suhada lagi sebelum dia baring pejam mata dia..hampeh! takdan aku nak tanya lanjut lagi..dia dah lena...Tapi biar ar..aku dok pikir pasal budak Hawa tu..boleh plak dia buat macam tu..Pakgad tak perasan ka?Yala..budak asrama keluar sesuka hati ja masa waktu balik sekolah..takkan Pakgad makan rasuah kot..?



Bersambung...

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!