Isnin, April 18, 2011

ELIZABETH BATHORY : KEKEJAMAN DIA BUAT AKU TERCIRIT DALAM SELUAQ..HAHAHAHHA..

Kalau dulu aku pernah cerita pasal Dracula,yang sebenarnya bukan la sekadar watak fiksyen Hollywood tapi sebenarnya beliau memang wujud dengan nama sebenarnya Vlad III Dracul yang merupakan seorang bangsawan Hungary.Kali ni aku nak cerita pasal Elizabeth Bathory.Juga seorang bangsawan Hungary yang mempunyai perangai sebijik macam Vlad III Dracul..Suka makan darah orang...





Wajah Elizabeth Bathory yang nampak baik gilerr





Elizabet Bathory ni lahir pada 7 Ogos 1560 lehih kurang seratus tahun selepas kematian Vlad III Dracul.Mak bapak si Elizabeth ni merupakan Bangsawan paling kaya di Hungary ketika tu dan seluruh keluarga Bathory time tu memang kaya gila la..Aku taktau pulak kot-kot depa kaya dari raja depa ka..sebab salah seorang dari bapa saudara Elizabeth ni merupakan Raja Poland manakala datuk saudara dia dulu merupakan pahlawan kepada Vlad III Dracul mengetuai pasukan menentang kerajaan Ustmaniyah.Lepas tu salah seorang dari sepupu dia pulak merupakan menteri dalam kerajaan Hungary pada masa tu.



Tapi kan..disebalik kemasyuran nama keluarga Bathory ni kalah keglameran Taib Mahmud sejak akhir-akhir ni,rupa-rupanya family Bathory ni ada satu sisi gelap yang jarang orang nak ketahui....Salah seorang dari Pakcik Elizabeth ni menganut fahaman Satanis dan seorang lagi pulak Paganisme.Lepastu ada pulak salah seorang dari sepupu dia plak suka buat keganasan seksual terhadap kanak-kanak lelaki..Gay la tu..yukkk!! Agaknya si Elizabeth ni jadi jahat sebab terpengaruh dengan ahli keluarga dia yang lain la ni..Isshhhh!! Dasyat!!!!



Pada tahun 1575,ketika Elizabeth berusia 15 tahun,dia telah dikahwinkan dengan Count Ferenc Nadasty yang tua 10 tahun dari dia.Oleh sebab si Ferenc ni adalah bangsawan kelas bawahan,jadi si Ferenc ni plak kena tukar nama keluarga dia ke Bathory dan Elizabeth kekalkan nama keluarga dia..Selalunya bini kena tukaq nama keluarga ke nama keluarga suami..ni terbalik plak..Memang eksyen la family Bathory ni..Cissss!!.Lepas ja kahwin dengan Ferenc,Elizabeth berpindah la ke Istana Cacthice milik suami dia. Tapi malang pulak nasib si Elizabeth ni bila suami dia jarang ada kat rumah sebab laki dia kan pahlawan perang..Masa tu Hungary tengah berperang dengan kerajaan Turki Usmani.Jadi memang sentiasa takdak kat rumah la..Elizabeth ni yang kesepian dan gila seks ni(aku saja teka ja dia gila seks..hahahhaha) telah buat onar dengan menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa orang anak ikan..Dan Elizabeth jugak seorang Biseksual sebab ada menjalinkan hubungan lesbian dengan salah seorang dari pembantu dia..memang gila sex..!!!..hahhahahahhaha...Aktiviti-aktiviti sex ganas yang dialkukan oleh Elizabeth ni dibantu oleh 4 orang pembantu peribadi dia yang paling dipercayai..3 orang Wanita dan seorang lelaki iaitu Dorothea Szestes atau nama manja dia Dorka,seorang jururawat muda bernama Iloona Joo,Anna Dravula yang dikataakan jugak sebagai kekasig lesbian Elizabeth dan anak ikan dia..Johaness Ujvari...huuuu!! Mangsa-mangsa Sez Elizabeth pulak merupakan orang-orang gaji dia yang muda-muda belaka tu..Huii..macam dayang-dayang la tu..huhuhuhu..





Istana Milik laki Elizabeth yang merupakan tempat berlakunya kekejaman Elizabeth terhadap dayang-dayang dia..





Pada tahun 1600,bila Ferenc mati..Perangai setan Elizabrth ni makin berleluasa la sehingga la satu hari ketika Elizabeth tengah naik hantu pada salah seorang pelayan dia,dia pun bagi penampaq la kat pembantu rumah dia tu..sekali darah budak perempuan tu terkena sikit kat tangan Elizabeth..Terus Elizabeth rasa yang tangan dia tiba-tiba jadi nampak muda(time tu Elizabeth dah umoq 40 tahun..tangan dah jadi tua la tu..).Elizabeth rasa dia dah temui formula baru nak bagi nampak muda..tak payah jamu-jamu..Hanya perlu mandi darah anak dara..gerenti muka jadi muda..Jadi dia pun apala..gantung pembantu rumah dia tu atas tab mandi dia..then kelaq nadi budak tu..biaq darah menitis sampai habis masuk dalam tab tu..dia masuk mandi..sambil mandi..dia minum darah tu jugak..Yukk!!! nak termuntah aku..buaeekk!!! Bila semua pembantu rumah dia habis mati sebab kerakusan dia..Dia pun rekrut plak anak-anak dara kat kampung-kampung untuk dijadikan pe,bantu rumah..Padahal depa taktau..Dia nak jadikan anak-anak dara tu hidangan dia..huuuu!! sERAMNYA!!






Lukisan yang mengambarkan Elizabeth mandi dengan darah anak dara macam aku..heeee!!






Bila habis semua anak dara kampung dia sapu..dia beralih pulak kepada anak-anak bangsawan..Tapi Elizabeth ni bodoh jugak la kan..Dah tau depa semua tu anak bangsawan..Bila hilang ja..mesti la heboh satu Hungary kan..Dan kehilangan beratus-beratus anak bangsawan ni buat Raja Hungary pun jadi fening la..mau tak pening..Hari-hari para bangsawan mai mengadu anak depa hilang..Ingat dia jadi raja untuk fokus pasal anak orang orang hilang ja ka..huhuhu..Jadi..siasat-siasat punya siasat...Dah jumpa banyak saksi..akhirnya kekejaman Elizabeth Bathory ni terbongkar jugak akhirnya..Haaaa...amik kau..!!Orang yang berjaya membongkar kegiatan kejam Elizabeth ni bukannya orang lain..tapi sepupu dia sendiri bernama Gyogy Thurzo(Mybe mak sedara Elizabeth ni kawin dengan mamat nama Thurzo kot..Sebab tu sepupu dia yang ni nama lain sikit..huhuhuhu)


Ketika Si Gyogy ni bersama pasukan penyiasat dia serbu istana milik Elizabeth ni..Dia betul-betul terkejut bila melihat ada seorang mayat anak dara atas meja makan..tunggu masa untuk dimakan kot..Lepaih tu..satu lagi mayat terikat kat dalam bilik air..darah dia menitik penuh dalam tab mandi..Lepastu bila dia pi turun kat ruang bawah tanah istana tu..Dia lagi terkejut bila melihat banyak mayat yang dah membusuk..Gadis-gadis dalam kurungan tunggu masa ja nak kena ngapp dan jugak alat-alat penyeksaan..Fuhh!!! gila betoi Elizabeth ni..Sampai sepupu dia pun hampir pengsan bila dia lihat sendiri kekejaman Elizabeth ni..



Menurut catatan Gyogy ni..hampir 650 mangsa mati ditangan Elizabeth.Dan hampir 300 orang saksi dipanggil sepanjang perbicaraan kes Elizabeth ni..Tapi biasa la kan..nama pun bangsawan terkenal..Sepanjang perbicaraan kes dia ni..Elizabeth langsung tak muncul di mahkamah.Hanya 4 orang pembantu dia saja hadir..Cilaka betull..Saspek utama diberi peluang lepak kat umah ja sepanjang perbicaraan noh..Akhirnya kelima-lima depa disabitkan bersalah atas pembunuh yang dilakukan.Keempat-empat pembantu dia dihukum bunuh manakala Elizabeth pulak dihukum dikurung dalam sebuah bilik kecil sangat-sangat kat istana dia sendiri.Semua tingkap kat bilik tu ditutup sampai satu cahaya pun tak dapat menembusi bilik tu..pintu pun dipalang dan depa cuma buat satu lubang kecik ja kat pintu bilik tu untuk bagi makan kat Elizabeth..Sehingga la satu hari..Penjaga makanan menemui mayat Elizabeth mati di usia umur 54 tahun.


Akhirnya mati jugak la seorang wanita yang dikatakan paling kejam didunia.Tapi hukuman yang diterima Elizabeth ni macam tak setimpal ja dengan apa yang dah dia buat..Aku rasa dia patut dihukum sebat seratus kali ka..sula ka..Ni takat kena kurung..Cisss!!



Antara Filem yang memaparkan kisah hidup Elizabeth ialah..







Bathory (2008)







The Countess (2009)







Countess Dracula (1971)



Stay Alive (2006)




Cepat..pi cari DVD filemfilem beliau!! buat koleksi macam aku buat..hehehehe...

4 ulasan:

weengurl berkata...

hari ni jugak aku pi carik..huh..best ni....sejarah elizabeth dulu mmg gila2 punya ngeri..

Mrs Poyo berkata...

Ween..

pastikan filem-filem ni tidak ditonton oleh golongan kana-kanak..

hahaha

weengurl berkata...

hoh..mengapakah..hahaha...

Mrs Poyo berkata...

Ween...

byk adegan gitu2..
hahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!