Ahad, Julai 17, 2011

FILEMFEVERET:ONCE UPON A TIME IN THE WEST(1968)

Filem koboi ni kadang-kadang best jugak layan..Tambah-tambah filem koboi zaman dulu-dulu la..Oleh sebab aku aku minat cerita koboi..aku pun terlayan sama tengok walaupun pelakon yang berlakon dalam filem-filem koboi ni aku tak kenal sangat kecuali pelakon Clint Eastwood dengan bapak mentua Chatherine Zeta Jones ja..depa dua ni memang terkenal la kalau berlakon dalam filem-filem koboi kan..


Salah satu filem koboi yang aku suka tengok ialah filem yang bertajuk Once Upon A time In the West..Filem ni memang best gila la..Dah tu..hero dia plak tak banyak cakap..tau lawan-lawan ja..Tapi dari gerak bahasa tubuh dia..kita boleh tau niat dan jugak apa yang bakal dia buat..




Poster filem ni yang nampak gempaq..hahahahaha...




Filem ni mengisahkan mengenai konflik yang berlaku dekat pekan Flagstone.Pekan ni adalah milik seorang janda kaya yang suami dan anak-anak dia mati dibunuh dengan kejam oleh penjahat yang seingat aku la..berebut jugak tanah tu..Pekan tu kira bakal membangun dan pemilik dia akan jadi kaya raya la sebab landasan keretapi dan jugak stesen kereta tengah dalam pembinaan kat situ..Kan dulu pengangkutan utam Amerika kan keretapi..Kalau satu-satu pekan tu ada stesen kereta api tu dikira hebat la kan..huhuhuhu..





Janda kaya tersebut yang aku taktau apa nama pelakon dia...hahhaha..telah mengupah seorang penjahat terkenal untuk melindungi dia dan para pekerja dia serta penduduk kampun tersebut dari diganggu penjahat-penjahat yang kejam yang telah bunuh laki dan anak-anak dia tu..Tudia..dasyat janda ni..Dah jahat sangat kan dok kacau dia..dia upah orang orang yang sama jahat jaga dia..kiranya penjahat lawan penjahat la..hahahha...baru adil dan saksama kan...Geliga betoi janda ni..



Janda kaya yang bernasib malang..kena buli ngan penjahat tamak..



Pada masa yang sama,tiba-tiba muncul plak seorang penembak misteri yang digelar Harmonika sebab dia suka main harmonika sebelum membunuh di tengah-tengah kemelut jiwa antara janda kaya tu dengan ketua penjahat yang membunuh laki dan anak-anak dia yang bernama Frank..Si Harmonika ni berjaya membunuh kebanyakkan geng-geng si Frank ni sampaikan menimbulkan misteri la sebab apa tujuan dia nak bunuh Frank and the Geng padahal Janda kaya tu tak upah dia pun..Sebalik penjahat yang lain dia upah..Jadi penjahat yang diupah oleh janda kaya yang bernama Chenneye ni pun ambil la Harmonika ni berkerja dengan dia untuk jadi bodyguard janda kaya ni..




Harmonika dengan harmonica dia..Haii..pelik betul ayat aku..haahahaa





Jadi pikiaq pi..pikiaq mai..akhirnya baru depa tau yang si Harmonika ni rupanya adalah adik kepada mangsa yang penah Frank ni bunuh dulu..Cara Frank ni bunuh abang si Harmonika ni agak kejam la jugak sehinggakan si Harmonika ni tak boleh lupa sampai la dia dah berumur...

Masa abang Harmonika dibunuh..Depa gantung abang Harmonika ni pada sebuah gerbang..Tapi depa tak gantung teruih..Depa bagi abang Harmonika ni berdiri atas bahu harmonika..Jadi kalau harmonika ni terjatuh ja..maka abang dia akan mati la..so,nyawa abang dia berada atas tangan dia..Tapi oleh sebab Harmonika tu budak lagi time tu..dia terjatuh jugak..tu yang abang dia mati tergantung..Dia plak depa tinggai camtu ja kat gurun..Konon nak bagi dia mati kekeringan la..Tapi tak sangka la plak mamat tu hidup..hahahha





Adegan yang tunjuk mcm mana abang Harmonika dibunuh






So..macam biasa la kan filem koboi ni..lawan pi lawan mai..banyak yang mati apa semua..Last-last Frank pun mati jugak ditembak Harmonika ni..Dan Chenneye plak mati jugak last sekali..Jadi filem ni habis dengan Harmonika bawa pergi mayat Chenneye tu sambil menunggang kuda pergi jauh dari pekan tu dan Janda kaya tu pun akhirnya hidup aman bersama para pekrja dia..huuuu!


Macam tu la ending dia..Sedih wooooo!!



Ni adalah sedutan dari filem tu..Macam mana abang dia mati..








Dan ni plak Trailer dia..




Fuuuhhhh!!!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!