Isnin, Julai 25, 2011

PEKENA AMIRUL

Masa aku sekolah Teknik dulu..Kelas aku cuma ada 9 orang ja budak perempuan..Selebihnya budak laki-laki.Oleh sebab kami just 9 orang,jadi kami punya tahap perangai da jadi macam budak laki dah..Dulu aku ada berkawan baik dengan seorang budak laki yang nama manja di(nama manja?hahhaha) Tapah sebab dia budak Tapah,Perak.Pasal Tapah ni aku dah cerita banyak kali kat blog ni haa..Dalam kelas tu Tapah ni suka buli jugak budak-budak yang agak skema ataupun nampak baik la..Aku pun terikut sama..gila jahat betul kami ni..Dalam kelas kami ada la seorang budak lelaki..Nama dia Amirul.Amirul ni kami panggil dia Jambu.Hahhahahaha..Mungkin sebab muka dia comel la jugak..Dan kaki jiwang..hahhaha..Semua perempuan dia nak.








Jadi oleh sebab tapah ni menyampah dengan perangai Si Mirul ni,kami dua pun berpakat..Nak pekea dia..hahhahahha..jahat gila kami ni..Kami dapat tau plak Si Mirul ni ada minat kat sorang budak pompuan dari Aliran Teknik..So,lagi senang la kerja kami kan..hahahhahaha..Si Tapah ni pun suh la aku menyamar jadi budak pompuan ni dengan menulis surat kat Mirul ni..Aku pun tulis la..Lepas ja tulis,kami taruk surat tu bawah meja dia..hahahah..Biladia masuk kelas ja pagi tuh,kami sengaja ushar muka dia bila dia baca surat tu..Bukan kemain senyum sampai ke telinga..Gila lawak la kami rasa time tu..Jerat dah mengena..

Seminggu jugak la kami dok tulis surat kat Mirul..Yang karang ayat Tapah arr..aku mana tau ayat jiwang mawang ni kan..Dan setiap kali kami bagi surat kat dia..Dia akan balas balik..Lawak gila..serius jiwang ayat dia..hahahahaha...Kami rasa syok la gila-gila sampai la satu hari...Amirul balas balik surat kami..Katanya dia nak jumpa..
Alamak!! macam mana ni???masa tu aku dah mula panik..Tapi tapah relax ja..Dia kata lagi baguih kalau Mirul nak jumpa..Aku tanya macam mana kan..Dia cakap tulis ja balasan surat Mirul tu..kata setuju jumpa..So aku pun tulis la atas arahan Tapah..Aku tulis nak jumpa kat Astaka depan padang sekolah pukul 4.15 petang..

Jadi esoknya..aku dengan Tapah pi la kat Astaka tu..kami nyorok kat balik tiang bangunan..Masa tu kami tengok Mirul kat Astaka dah ada dok menunggu la..Lama jugak la kami dok perati dia..gila sabar budak ni..Sampai nak dekat mahgrib gak la dia tunggu..Last-last dia blah camtu ja..Aku tengok Tapah gelak gila-gila..Aku pun gelak jugak la..Tapi ada jugak rasa kesian kat dia..Balik ja dorm..Aku menangis..Sial la!! Aku menangis sebab kesian kat Mirul..huhuhu..Gila sampai la aku rasa bersalah la kat dia dengan apa yang aku buat..huhuhuhuhu...

Sampai la ni aku dok pikir..Mirul perasan ka dak aku dengan Tapah punya kerja ni?Yang pasti Mirul dah Bertunang dan 8 Ogos ni Mirul nak belanja kami satu kelas berbuka puasa..Hihihihi..

2 ulasan:

DeQWa berkata...

ooo..keja hang la nie...ish3....
weh,mirul yg mn 1 ek...budak aspura ka??aku xleh nk imagen nih...

Mrs Poyo berkata...

budak aspura tu la..yg spek mata tu..shhhhhh..diam2

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!