Isnin, Januari 17, 2011

AKU DAN LEMBU

Hari ni Miss Poyo nak cerita pasal aku la...yahooo!!!
Walaupun aku lahir pada tahun arnab dan bukannya pada tahun lembu,tapi aku rasa aku punya jiwa lebih dekat dengan lembu dari arnab sampai aku rasa macam aku ni lahir pada tahun lembu plak contohnya masa kecil-kecil dulu aku minum susu lembu dalam tin,bukannya susu arnab.
Malah masa aku kecik-kecik jugak badan aku memang debab macam lembu,bukannya kevik macam arnab,mungkin penangan susu lembu kot buat aku punya badan macam tak normal ja masa kecik dulu..besaq semacam..hahahhaha...
Arwah Tokwan jugak ada pernah membela lembu berekor-ekor tapi taklah satu padang ragut..sedang-sedang aja.Jadi bermesra dengan lembu adalah hobi aku.Aku la tolong kasi makan lembu,aku la bagi mandi lembu,aku la tolong buang taik lembu kat kandang..aku selalu usap-usap badan lembu sampai tapak tangan aku berbau lembu..taik mybe..hahahha..Aku pernah ikut paksu bawa lembu-lembu pi tambat kat padang tepi bendang bagi lembu tu makan..huhuhu..Lepas tu duduk belakang lembu buat macam lembu tu kuda..kesian lembu terpaksa tanggung badan aku yang gemuk itu..hikhikhik..
Aku jugak pernah kena kejaq dengan lembu pakcik mana tah masa meronda-ronda kayuh basikal dengan kawan-kawan keliling kampung.Yang tak bestnya,pakcik tu boleh gelak ja bila dia tengok kami kena ligan dengan lembu.Hampeh betul pakcik tu...Nyaris-nyaris aku nak terhumban dalam parit tali aiq..huhuhu..
Masa aku sekolah rendah dulu,darjah satu..ada cikgu pernah gelar aku bodoh macam lembu sebab aku buat matematik salah.
Contoh soalan..
sila tukar ayat yang diberi kepada angka...
1. Dua puluh tiga
2. lima puluh enam
3.tiga puluh tiga.
Jadi pemahaman aku..
1.Dua puluh tiga...maknanya dua puluh tu adalah 20 manakala tiga adalah 3.jadi..20 + 3 = 203
2.506
3.303..
Tengok..macam tu la jawapan aku sampai cikgu panggil aku bodoh macam lembu..Last-last anak cikgu tu yang fail matematik masa SPM..hahahahhahha..




Sapa kata aku bodoh!!! cakap!!

Begitulah riwayatnya aku dengan lembu..Walaupun aku suka pada lembu dan muka poyo lembu tu..tapi aku tak suka makan daging lembu sebab aku akan sakit gigi kalau makan daging lombu..huhuhuhu..Jadi lembu memang terselamat la dari jadi bahan kunyahan usu aku kecuali kadang-kadang aku hantam jugak la labu..

Aku suka makan sup kaki lembu..Yeahhh!!










2 ulasan:

Afif Sani berkata...

awat dok lembu sangat nih

Amira Amair The Poyos berkata...

Afif..

lembu dn aku tak dapat dipasahkan..
heeee!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!