Selasa, Januari 11, 2011

CERITA DIANTARA LEMAN,TIJAH DAN BIBAH

Leman seorang yang hansem,ada kerja yang bagus dan penyayang jugak.Kemudian beliau berkenalan dengan Bibah.Dalam masa yang singkat,Leman dan Bibah bertunang.3 bulan kemudian,Leman bertemu pulak dengan Tijah.Entah macam mana hati Leman terpaut pada Tijah pula.Jadi Leman yang sudah menjadi tunangan orang tu tanpa pikir panjang mula mendekati Tijah,akhirnya depa bercinta tanpa pengetahuan Tijah,Leman dah bertunang.Adahkah Leman salah?Yaa...memang Leman salah kerana cuba bermain dengan api.Leman nampak macam tamak..sudah ada Bibah dia nak Tijah pulak..Yang jadi mangsa adalah Bibah dan Tijah.Depa taktau hal sebenar..

Dengan Tijah..Leman bagitau dia sangat sayangkan beliau.Dan selalu tertanya-tanya kenapa dia tak bertemu dengan Tijah lebih awal..Kenapa baru sekarang ia bertemu Tijah.Tijah tak paham kata-kata Leman.Beliau anggap itu cuma kata-kata biasa dari mulut Leman.Leman melayan Tijah dengan kasih sayang..sanggup bergerak jauh mahu bertemu Tijah sebab Tijah bekerja jauh dari Leman.Tindakan Leman buat Tijah rasa yang Leman betul-betul serius dengan beliau..Malah Leman dah bertemu dengan keluarga Tijah..memberi harapan pada kedua ibu bapa Tijah yang Leman bakal menjadi menantu mereka.Adakah Leman Salah?
Yaaa...Leman memang salah kerana Leman dah bertunang dengan Bibah,tapi masih memberi harapan pada Tijah.Kalau betul Tijah adalah pilihan terbaik berbanding Bibah,Leman harus bijak membuat keputusan memilih antara keduanya sementara keadaan tidak terlambat.Tapi tidak..Leman still meneruskan hubungan dengan Bibah dan Tijah...Adakah anda nampak disitu?Leman tamak..Leman mahukan keduanya sekali gus..Dengan Tijah dia cakap kasih,dengan Bibah?kita tak tahu pulak ayat beliau pada Bibah.Mesti dia menggunakan ayat yang sama kan?


Akhirnya..tanpa rasa bersalah,Leman berkahwin dengan Bibah,Dengan Tijah?Yaaa..Leman masih lagi berkasih dengan Tijah.Malah perhubungan depa masih sama walaupun Leman dah kahwin..Bijak kan Si Leman membahagikan masa antara bini dan kekasih..Leman memang bijak.Adakah tindakan Leman itu betul?Salah sama sekali.Leman yang sudah menjadi laki orang berkasih dengan perempuan lain.Curang namanya dan juga berdosa.

Akhirnya,rahsia Leman terbongkar di depan Tijah.Tijah tak sangka Leman begitu.Tapi dah terlajak kasih..Tijah susah nak lupakan Leman.Leman pulak memujuk Tijah sedaya upaya untuk meneruskan hubungan depa tanpa memikir perasaan Tijah yang dah terluka.Leman sedaya upaya tak mahu melepaskan Tijah yang dikatakan sebagai paling yang yang disayanginya..Yaa..mybe benar..tapi Leman tetap salah..!! Masa yang diberikan untuk Leman bertindak dengan sewajarnya tidak digunakan..Leman hanyut mencintai dua perempuan sekali gus dan mangsanya kini Tijah..Tijah yang teraniaya....Leman nak menceraikan Bibah untuk bersama Tijah?Itu satu penganiayaan terhadap Bibah jugak.Kesian Bibah yang sayangkan Lakinya itu..Yang baru bernikah itu diceraikan..sangat kesian..Bibah diceraikan dan dibiarkan menjanda..Itu satu kes Aniaya yang besar sekali...kalau pertunangan diputuskan boleh diterima lagi..Kalau bercerai?? Astafirullah alhazim....

Apa perlu dibuat?

Tijah harus menarik diri..dan Leman harus melepaskan Tijah..Kalau Leman taknak lepaskan Tijah..macam mana nak Tijah melangkah pergi??Masa depan Tijah masih terbentang luas..mungkin Allah dah mengatur sesuatu yang baik untuk Tijah..Yakinlah pada Dia..

2 ulasan:

Penanggah berkata...

apa la lu Leman.. buang karan btul ler.. nak jad romeo tp tak ikut aturan... camno pun hiduppp Abang Leman!!

Amira Amair The Poyos berkata...

Penangah..

lu suka yerr..leman ada dua awek??
lu nk jdkan leman tok guru lu pn bleh..gua bgtau tijah nnti..
hahhahhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!