Rabu, Januari 12, 2011

LUAHAN HATI JANTUNG DAN LIMPA MISS POYO MENGENAI JODOH

Dulu aku pernah target yang aku akan berkahwin pada usia 30 tahun..
Aku rasa mybe target aku tu menjadi kenyatan kot..Melainkan la tiba-tiba jodoh aku sampai agak awal kan..Jadi maknanya lagi 6 tahun la mybe aku kahwin kan..oleh aku aku nak guna sepanjang masa 6 tahun tu bergembira dengan family dan menghabiskan duit gaji aku pada benda yang bermanfaat..hahhahaha..

Orang mesti kata..tak lama lagi hang kahwin la dengan Incik Bachok hang tu kan..
Tapi aku kata kalau ada jodoh adala..kalau takdak jodoh redha jelah..Buat apa kita mengharap sangat benda yang ditentukan Allah..betul tak?Jadi selagi ada jodoh berkapel dengan dia,aku kapel jela..jangan beromen sudah la..hahhahahaha..tapi kalau jodoh kapel aku dengan incik bachok tiba-tiba putus..maknanya memang aku takdak jodoh dengan dia la..kan..kan..kan..


Mak selalu pesan..kalau sayang pada seorang lelaki tu..jangan sayang sepenuh hati..nanti akan bakar diri kita sendiri.Kenapa mak cakap camtu?Sebab hati manusia sentiasa berubah mengikut nafsu depa sendiri.Sekarang mybe depa sayang sangat kat kita.Tapi satu hari nanti,kalau tiba-tiba ja dia bekenan kat orang lain dan tak pilih kita..sekurang-kurangnya kita tak sakit hati sangat sebab kita tak bagi sepenuh hati kita kat depa.Orang lelaki pun patut ikut petua mak aku sebab orang perempuan pun zaman la ni banyak spesis macam tu.Orang lelaki yang ikut petua mak aku sekarang ni ialah Incik Bachok..hahahahhaha..ye ke darling?? hahahhaha..

Abah selalu pesan,sebagai seorang perempuan kita mesti ada harga diri yang tinggi..kita kena sombongkan diri kita.Tapi bukan bersifat sombong dengan orang..Maksud pesan abah aku tu ialah kalau lelaki tinggal kan kita.Tak payah merayu-rayu pada dia jangan tinggalkan kita sebab nampak sangat macam kita ni kurang daya tarikan dan harga diri kita rendah sampai merayu-rayu macam tu..Mesti pesan macam ni kat diri kita..Satu pergi..sepuluh mari..tau!! hahahahah..

Incik Bachok pula selalu pesan...
"Jangan tinggalkan I.."
hahahhahaha..tapi aku tak boleh janji kalau bab-bab jodoh ni ok..

Aku lahir dalam keluarga yang kebanyakan ahlinya mengamalkan poligami,curang pada pasangan masing-masing dan kedekut pada keluarga pasangan depa sendiri.Jadi sebab tu aku selalu bersedia dari segala segi sebab aku tak mahu nasib yang menimpa sedara mara aku mungkin terjadi kat aku sama.Sebab tu aku berusaha nak membina kerjaya dan harta aku sediri walaupun tak banyak mana.Sebab bila sesuatu perkara terjadi kat aku sekurang-kurangnya aku ada segala-galanya dah


Ada orang kata aku nampak macam tak serius ja dengan Incik Bachok.Tipu la walaupun aku hanya berserah pada jodoh yang ditentukan tuhan aku tak berharap apa langsung dengan hubungan kami.Mesti la ada kan..aku dah berangan bagus punya tau..Detail sekali dengan kos kahwin,tema kahwin,baju apa nak pakai..nak beli rumah macam mana,anak berapa orang,nak pakai kereta apa lepas kahwin ada nak..nak duduk kat mana..semua aku dah pikir tau..Tapi tu la kan.semua tu angan-angan ja sebab masa depan kita dalam tangan Tuhan..Usaha kita cuma Doa sahaja...

AKU AKAN MENANGIS JUGAK KALAU PUTUS HUBUNGAN DENGAN INCIK BACHOK SEBAB AKU PUN DA PERASAAN..HAHAHAHAH..

Tak boleh belah betul kena buat huruf besaq-besaq jugak sebab ada yang pertikai perasaan aku ni yang nampak macam tak kisah ja kalau sesuatu jadi kat hubungan kami..hahahahah..


Aku pernah bagitau incik bachok yang dia kena jujur dengan aku tentang perasaan.Kalau satu hari nanti dia ada berkenan pada orang lain..Cakap ja dengan aku..aku rela hubungan putus dari ditipu hidup-hidup macam aku seorang ja kekasih hati dia....Tak ke habis masa aku bertahun-tahun cinta dengan dia,tapi last-last dia pilih pasangan dia yang seorang lagi..kalau putus awal-awal boleh la aku cari lain,tak rugi sangat masa..Dan habuan yang aku dapat ialah beliau merajuk dengan aku..hahahahhahaha..


Abah cakap zaman sekarang takdak istilah anak dara tua dah kecuali dari mulut-mulut yang berfikiran kolot nak mampus.Jadi maknanya aku bukan anak dara tua dan orang yang yang unur 30 tahun tapi tak kahwin lagi pun bukan anak dara tua..Cayalah abah!!



Jadi..aku tak perlu susah hati nak pikir pasal kahwin,sapa jodoh aku kan..relax sudah la...tunggu jela jodoh yang bakal diberikan pada kita nanti..

SEMOGA AKU DAPAT JODOH YANG SEBAIK MUNGKIN..AMIN!!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!