Selasa, Januari 18, 2011

ANTARA HAPPY DAN TIDAK HAPPY

Dulu masa aku masih lagi dok keja dengan Incik Arkitek,aku pernah menghadiri satu temuduga disebuah company Engineering.Time tu,aku tak terpikir lagi nak kerja dengan TM mahupun nak apply keja kat TM.Time tu,aku berminat nak kerja dalam sektor pembinaan ja.
Tukang interview tu,seorang engineer yang muka dia iras-iras bapak Amelia AF3.Aku rasa aku pernah tulis pasal entri ni 2 tahun lepas.

Lepas ja sesi temuduga,Si Engineer ni sembang dengan aku.Katanya dulu dia bekerja dalam sektor kerajaan.JKR.Sebagai Engineer.Semua orang kata dia bertuah.Sebabnya dia erja kerajaan..tak payah la aku cerita pasal keuntungannya kerja kerajaan.Semua orang tau..hahahhahahahha...Tapi bagi dia,dia langsung rasa tak best walaupun masa mula-mula dapat kerja kat JKR,dia rasa teruja gila..besa la..teruja macamm ciciwi dapat asam.Tapi bila dia start kerja..dia rasa tak syok gila..Tak syok dengan suasana opis..cara kerja..hubungan antara staff-staff lain.Dia rasa tak syok.Jadi pagi-pagi bila nak bangun pi kerja,dia jadi malas.Bangun-bangun pagi pun termenung dulu..Nak buat kerja pun jadi malas..segala-galanya dia jadi malas..Prestasi kerja tak ok..Jadi dia terpikir..buat apa dapat kerja bagus tapi hati rasa tak best..hati tak tenang..So dia amik keputusan berhenti kerja.Reaksi family dia paham-paham la..marah gila la..kerajaan tu..rugi la kalau tolak kan..tapi dia nekad jugak..Dia beherti dan apply kerja kat company swasta.Tahu apa jadi lepas dia bekerja kat company swasta?Dia rasa bersemangat,rajin buat kerja..idea mencurah-curah ..Walaupun banyak kerja bawah panas terik..hati dia happy gila..Masa tu,masa dia dok bercerita tu..aku cakap..apa ke bodohnya mamat ni..kerajaan tu wei..kerajann..kalau aku jadi dia..aku tak beherti la..kerja gak..janji kerja kerajaan..


Sikalang arrr...baru aku paham perasaan dia..Sebab apa?bila aku kena pi bekerja kat Seberang Jaya,aku rasa tak best gila opis tu.Memang tak best sangat-sangat la..Walaupun opis baru aku tu berkali-kali ganda hebat dari opis kat BM yang memang old skool dari segala segi,tapi aku rasa happy gila kerja kat BM dari Seberang Jaya.
Sebab suasana kerja di BM lebih relax..lebih santai..walaupun kerja banyak..tapi aku boleh habiskan semua kerja aku dalam keadaan relax tanpa tekanan.Hubungan antara staff pun ok..Boleh bergurau senda..Walaupun kadang-kadang aku kerja luar..berjemur tengah panas..aku rasa happy..Semangat nak bekerja tu sentiasa ada..Sampaikan bila bangun pagi ja,tarak termenung dah aiihh..terus pi mandi bersiap-siap pi kerja..

Tapi bila kat seberang jaya..Suasana dia sunyi gila..yang dengar hanyalah bunyi orang menaip..Nak buka lagupun takut..apatah lagi radio..Orang kat sana serius-serius belaka.Jarang depa nak bersembang antara satu sama lain.Kalau sembang pun gitu-gitu ja..Corak cara depa bekerja pun nampak lain..Apa?ingat aku tak perati ka seorang-seorang buat kerja..Semua nampak macam da tekanan..Malah ada jugak seorang dua staff yang kepala angin marah orang tak tentu pasal..suka cari pasal..suka amik tau hal orang..ada perangai dengki sikit..
Kesian hang Ida..Mesti hang tak best dok opis tu kan?
Yaa..betul..Ida salah seorang kawan satu company yang baik dengan aku walaupun dia berlainan department.Dia adalah salah seorang pekerja kat opis tu..Dan aku tau dia mesti rasa apa yang aku rasa bila ada kat opis tu.
Bila aku bangun pagi..aku rasa tak semangat..Gila termenung ja...

Tapi semalam..Incik Pegawai 1 call aku..Dia tanya keadaan opis tu..jadi aku cerita la aku tak buat kerja apa pun kat opis tu..just duduk ja.Takdak sapa yang boleh nak ajaq kami cara buat kerja kat kat tempat baru ni.Sistem yang depa guna,aku tak cepat sangat..kena diajaq sikit..tapi sorang pun tak boleh ajaq..Jadi buat apa aku buang masa kat sana?Baik aku kerja kat BM kan..
Akhirnya Incik Pegawai 1 suruh aku balik semula ke BM.yAAHOOOOO!!!! Tau tak betapa gembiranya aku..hahahha...

2 ulasan:

NOOR FATIN berkata...

haha bestnya! akhirnya. hehe

Amira Amair The Poyos berkata...

Noor Fatin..

blum tentu lagi tu...
hurrmmm

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!