Khamis, Januari 13, 2011

BUDAK INDIA DAN ELFIRA LOY

Tadi nak pi kerja,Mirul yang hantarkan aku.Jadi macam biasa kami sembang pung pang pung pang la..Pastu diselit plak dengan panggilan Incik Bachok..jadi kami 3 bersembang pasal cat kereta..
Tengah bersembang baik punya tiba-tiba Mirul bersuara..

"Fulamak awek yang dok kat tempat tunggu bas tadi muka macam Elfira Loy laa..."
Aku yang dari jauh memang nampak dah budak tu pun kata..

"Tu budak India la mangkok..."

"Bohong apa pagi-pagi buta ni..tu melayu la..."Mirul tak puas hati bila aku cakap budak tu budak India..

"Loh..betoi aarrr.."Aku jawab balik..memang la betoi..Ingat aku tak ushar habis ka?Tanda-tanda budak tu adalah budak india ialah first sekali kat Dahi dia ada tanda hitam..ala..yang pompuan India dok pakai tu..kalau dalam bahasa hindi depa panggil Sindoor..Dalam bahasa tamil aku taktau la apa kan,tandey kot..yang aku tau kalau perempuan india pakai kaler merah..maknanya dia dah kahwin la..hohoho..

Keduanya ialah..mula-mula dia berpimpim tangan dengan seorang makcik India yang ada kat situ jugak..bila bas sampai terus dia berlari ke depan nak tahan bas tu(Bas ada kat belakang kereta kami..)

Ketiganya..kawasan yang kami lalu tu adalah kawasan yang kebanyakan penduduknya kaum Cina,India dan Siam..kat tepi jalan kawasan tu pun dah ada wat siam,tokong cina dan kuil hindu.
Kemungkinan si Mak kahwin dengan lelaki cina ataupun lelaki siam..that why la anak dia muka melayu nak iras-iras Elfira Loy..
hahahhahahahahahhaha...

Kat kampung aku ada mamat cina kahwin dengan perempuan India..Anak depa?Fulamak!! Ensem gila..hari-hari naik motor lalu depan rumah tok aku..Nasib baik umoq dia sebaya Aloyah..kalau tak aku dah mengorat..baru jadi 1Malaysia..Opppsss!!
Jangan marah aa Darling..
hhahahahhahahahhaa...




What the fish..Pagi-pagi dah bercerita pasal I..I campuran Arab Cina tau..

What ever la...kami pun campuran gak..hahahahhaha

4 ulasan:

ctnorhatika berkata...

hampa campuran apa plak mira? bl nk knduri ngn en.bachok ni??hehe

Bijen M. berkata...

Tapi orang Siam memang lawa.
Gua ingat gua nak kahwin dekat Siamlah.

Amira Amair The Poyos berkata...

ika..

aku campuran arab melayu siam..

Melayu+arab+melayu+siam=tokwan kami

Melayu+siam=tok kami

tokwan+tok=abah kami..

Mak kami melayu tulen..

jadi cuba agak kami campuran apa?
hehehehe....

Amira Amair The Poyos berkata...

Bijen...

org siam yang lawa tu blah thailand sana..Tambah-tambah bangkok sana..

siam sini lebih kurang mcm melayu kita ja..depa kan bumiputera..

ada siam yang berkulit gelap macam abah aku pun ada..contohnya ayah kawan baik aku..Suphai..depa siam sejati from kelate..

Lu kahwin dekat siam dengan orang siam takpa..
Lu kahwin dekat siam..dengan orang sini tapi secara lari=larian,itu salah..
hahahhaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!