Jumaat, Disember 17, 2010

THE PHANTOM OF THE OPERA

Adik aku yang paling bongsu,Si Azhan tu paling tak suka lagu ni.Bila aku buka ja lagu ni,muka dia mesti berubah,macam takut pun ada..
Hahahhaha..
Malah,bos aku masa aku kerja dengan Incik Arkitek dulu pernah datang kat meja aku bila PC aku mengeluarkan lagu ni.Itu jam kerja kat site,aku sorang ja pompuan..aku mesti buka volume lagu kuat-kuat sampai kabin nak runtuh.Bila bulan puasa aku pasang nasyid la..Time tak puasa,lagu-lagu camni berkumandang la..





Bagi yang taktau..lagu The Phantom Of The Opera ni adalah lagu yang diambil dari Filem The Phantom Of The Opera.Filem ni plak diangkat dari sebuah novel karya seorang penulis berbangsa Perancis bernama Gaston Leroux.Kali pertama buku ni diterbitkan pada tahun 23 September 1909.Kerana keglemaran novel ni maka Hollywood pun berbesar hati la menerbitkan novel tersebut ke filem pada tahun 1925 pada kali pertamanya.Selepas tu banyak la orang dok buat filem ni dalam pelbagai versi.Last Novel ni di filemkan pada tahun 2004.Masa tu Amy Rossum jadi heroin dia.

Selain filem,novel ni jugak diterjemahkan dalam bentuk teater..
Fullamak..ayat macam Cikgu BM da..
hahahahhahahha..

Tak silap aku la..Novel ni dijadikan salah satu novel dalam sukatan matapelajaran sastera BI kot..tak silap aku la..Untuk tingkatan 3.Tapi masa aku Tingkatan 3 aku baca novel The Prisoner Of Zenda...
Huhuhuhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!