Khamis, Disember 02, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH :MAT BUNGA KEREK TU LA ABANG IPAR AKU RUPANYA..!!

Sebagai penjawat jawatan Juruteknik di kilang Suzuki bahagian mengecat,tugas Men agak sukar sikit.Almaklumlah..setiap hari terpaksa bergelumang dengan cat sepanjang 12 jam bekerja.Bukan kerja mudah tu..terpaksa tahan bau cat yang menusuk hidung serta kena sentiasa selekeh sepanjang masa.Marka tengok pun tak lalu.Tapi apa boleh buat,itu bahagian yang dia dapat.Ciss..Men memang tak puas hati.Cadangan mau masuk bahagian body tak kesampaian.Tah macam mana Manager tu cina tua nak mampus tu kasi dia masuk bahagian ni pun dia taktau.Mencemar duli betul la.

Bekerja bahagian cat ini menyebabkan kawan-kawan Men terdiri diantara lelaki-lelaki yang muka macam penyangak hendaknya.Tak pun muka macam orang pecah rumah.Rasanya orang Pecah rumah hensem lagi.Bekerja dibahagian mengecat jugak menyebabkan kawan-kawan Men juga terdiri daripada orang yang agak loqlaq atau clumsy dalam bahasa inglish la.Kalau time rehat makan kat cafe memang makwe operator tak pandang sangat la kat depa-depa ni.Dah la selekeh,kotoq..busuk pulak tu...Makwe operator selalu ushar lelaki yang bekerja bahgian stor yang dah la muka jambu kebnyakkanya,lepas tu ayat mengorat berbunga-bunga..mentang-mentang mereka hensem dan jambu serta kemas sentiasa dan wangi gitu..depa kerek terutama sekali Kri..yang Men umpamakan sebagai ketua diantara semua mamat stor jambu tu sebab dia paling banyak digilai.Kalau diikutkan pada kelulusan..dapat kat Men lagi..Men ada sijil..budak-budak stor takat SRP ja..dasar makwe mata kehenseman.

Hari-hari hati Men bengkek ja dengan tingkah laku Kri tu.Kalau boleh semua makwe operator dia nak sapu,lansung tak tinggal sikit pun..Nasib baik yang pondan dia tak sapu.Sudah la tu..Jalan mendabik dada kononnya dia la hebat.Cisss..memang dia tak puas hati betul.Kalau mereka berselisih ja..Kri selalu jeling Men.Apa yang dia tak puas hati pun taktau la si Kri pada Men ni.Kalau Men ajak berlawan,mesti Men menang punya la sebab Men bertubuh tinggi rangka besar.Maklum la abah Men berbangsa Arab.Kalu takat Kri yang Men agak melayu tulen tu..kuis dengan jari pun boleh.

Setahun bekerja bersama dalam satu kilang walaupun lain department buat hati Men bengkak tunggu nak pecah ja sampai la satu hari Men dapat tahu Kri berhenti kerja sebab dapat kerja sebagai Polis Hutan.Memang happy gila Men tak nampak kelibat mat bunga kerek tu lagi.Beberapa bulan lepas tu,Men pulak dapat surat tawaran bekerja sebagai juruteknik Telekom.Nama pun kerajaan punya kerja.Tunggu lagi..blah la..Selamat tinggal Manager tua nak mampus..


7 tahun kemudian..Tahun 1985..


Sekarang Men dah umur 27 tahun.Lagi beberapa bulan Men nak masuk umoq 28 tahun.Baru beberapa minit tadi Men selamat jadi laki kepada Ziah.Lega hati Cik Ah bila anak laki kedua dia ni dah Kahwin.Mybe perangai liar nak mampus dia ni berubah kot lepas kawin dengan gadis kampung cun ni.

"Ok..mai lekas bersalam dengan abang-abang ipar..adik-adik ipar hang lekas.."Pakcik mana tah bagi arahan lepas Men selesai upacara membatalkan air semayang.Men pun ikut la..

"Yang ni Jie....abang ipar sulung hang.."pakcik tu bagi maklumat.Jie ni muda dari Men.What the hell abang ipar muda 2 3 tahun dari adik ipar ni.Dah la badan macam Arnold Schwarzenegger yang berlakon dalam filem Conan the Destroyer tu..Baru ja dia tengok filem tu tahun lepas..macam hampeh...

"Yang ni namanya Kri..abang ipar no 2"Pakcik tu bagi maklumat lagi..Kri?aaiii..macam pernah dengar ja nama tu..Men segera pandang Kri,Kri pun pandang Men sambil tersenyum.

"Tak sangka hang kawin dengan adik aku noh.."Kri berkata sambil berjabat tangan dengan Men.
What the fish arowana!!! mai mana plak arowana ni?
Kri jadi jadi adik Ipar Men..Men tak sangka..mat bunga kerek yang selalu buat hati dia bengkek dulu tu dah jadi abang ipar dia.Budak hingusan tu!!
Serta merta Men rasa nak muntah.

2 ulasan:

weengurl berkata...

haha...dunia ni kecik ja..yang dok xsuka tu jadik sedara ipar..haha..macam mana la idup men di masa akan datang..nanti...

Amira Amair The Poyos berkata...

Ween..

Men skrg ada anak 4 dh..
hahahaha..
si kri tu dah berbini 2 anak 6..
hahahhaa

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!