Jumaat, Disember 24, 2010

BERJUMPA CIKGU

Aku baru ja sampai opis.Aku masuk lewat harini sebab aku bawa Aloyah pi Sekolah Teknik aku dulu.Sekolah Teknik Butterworth.Aku pi sana sebab apa?Jangan dok tanya.Masa aku pi sana tadi ada la cikgu muda yang agak kerek sikit perangai,aku tanya sepatah jawab sepatah.Macam mulut tu ada batu sampai berat sangat nak jawab lebih-lebih.Entah mangkok mana tah cikgu ni..mybe cikgu baru kot sebab dari muka dia macam sebaya aku.

Then tiba-tiba seorang Cikgu berumur sikit mai..dia tegur aku..

"Mangkuk..hang belajar mana dah..??"

Wahh..mangkuk dia panggil aku.Aku cam muka dia.Tapi tak ingat nama.Tapi dia salah seorang dari cikgu yang pernah mengajar aku dulu.Aku pun jawab aku kerja TM..

"Dah jadi orang rupanya..bagus-bagus..Ni bekas student sekolah ni..budak BB (Binaan Bangunan)"Cikgu tu bagitau cikgu muda tu.Cikgu muda tu pun baru pandang aku sambil tersengih-sengih.Cissss!
Lepas tu aku tanya cikgu aku mana Pakjet.Pakjet masa time aku sekolah sini dulu adalah guru bahasa Inggeris merangkap ketua cikgu disiplin.Aku dulu hari-hari kena rotan dengan dia.Depan perhimpunan,dalam kelas,kat pejabat disiplin..kira dia rotan aku tak kira masa la.Berbirat tangan aku,kadang-kadang sampai bengkak,nak menulis pun tak boleh lepas dia rotan.Kalu sekali rotan takpa..ni sekali 20 kali..kiri kanan dia balun..Sebab aku suka buat salah.Bayangkan kalau buat ujian,kalau satu soalan salah,dua rotan aku dapat dari dia.Huhuhuhuhu..Pasal rotan ni aku dah cerita masa entri lepas..malas nak cerita..

"Dia dalam opis dia."Cikgu tu jawab sambil tunjuk pejabat Pakjet.Penolong kanan KOKO tu..wah,naik pangkat bai..takdan aku nak masuk opis dia,dia dah keluar...

"Ha..Wan Nur Amirafarhana Binti Wan Amairrudin(dia ingat nama aku tu..) pehal ko datang ni.."hohohoho..agak kasar pertanyaan dia.Tapi dah memang macam tu stail dia,kalau jenis lemah lembut punya perasaan mau bleh kecik hati gak dengan orang tua ni.Pakjet kalau marah abis mencarut keluar dari mulut dia.Tak kira laki ka perempuan ka..dia sapu sama rata dulu..

Puki ko..

pandat ayam..

pantat lu..

mangkok ayun..

hempuk muka lu..


Tu memang ayat glamer dia la kalau marah budak-budak dulu.Tapi dia baik..suka tolong orang.Cuma perangai dia ja macam tu..Kalau tak kerana dia,aku tak la berjaya jugak la kan,..Sebab takmau kena rotan,aku belajar jugak bersungguh-sungguh..tapi nak buat macam mana,otak aku bukan pandai..dimaafkan la kalau pencapaian sederhana ja..hahahahahhahaa..

Jadi aku bagitau tujuan aku kat dia.Dia cakap bagus.Dia tengok Aloyah.dan dia cakap..

"Ada can budak ni nak kena hempuk dengan aku macam ko dulu.."

Hahahahahahaha..Sir nak hempuk pun hempuk la si Aloyah ni..aku tak kisah langsung.Biaq dia rasa apa yang aku rasa dulu..hihihihi..
Dan jugak Pakjet amik nombor henset aku tu.Papehal dia cakap boleh contact.hahahaha..
Ada lagi cikgu lain yang kenal aku lagi lepas tu..

"Budak kelam kabut ni ka..haaaa..cakap banyak sekali..nakal jugak ni.."Seorang cikgu lagi kata bila nampak aku..
Apa?ingat budak pandai ja terkenal dikalangan Cikgu-cikgu?Mangkuk hayun macam aku ni pun cikgu-cikgu kenal pa sampai la..
hihihihi..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!