Isnin, Disember 27, 2010

TAHNIAH..ANDA LAKI BINI TELAH DAPAT JUBLI PERAK..!!

Pada 25 Disember yang lalu,genaplah 25 tahun usia perkahwinan mak abah aku(permulaan ayat cam karangan da..).Ingat senang ka nak mencapai usia perkahwinan yang ke 25 tahun pada zaman la ni.Alhamdullilah la sebab mak abah aku bahagia sampai sekarang dan masih lagi gila-gila macam dulu.Dah aku kagum sekali sebab mak abah aku kahwin bukan atas dasar cinta pun,atas pilihan family ja..

Bukan senang jugak dua laki bini ni nak hidup senang lenang macam sekarang walaupun si laki pernah hidup dalam keluarga ada-ada.Penuh onak dan duri gak la..dah kahwin,kena berdikari la hidup sendiri..makan ka tak makan ka..tak pernah kasitau orang mahupun family sendiri..bukan macam orang la..susah sikit ja..cari la mak pak walaupun dah kahwin..moga-moga aku pun dapat bersabar macam mak abah aku jugak dalam menempuh alam rumah tangga..tu pun kalau aku kahwin la..hahahahhahaha..

Bukan senang jugak nak jaga 4 orang anak yang macam 10 orang anak ni.Yang nakalnya..hiperaktif la..yang lengai pun ada..yng mulut bising,kaki gaduh bagi masalah kat sekolah jenuh mengadap cikgu..macam-macam perangai anak-anak depa ni haa...Depa sabar jugak la..Sampai terpaksa balun anak depan dengan tali pinggan dan jugak pengangkut baju..(aku dan Aloyah ja rasa..Mirul ngan Azhan tak..).


Bukan senang oiii..nak dapat mak pak macam depa...apa kami nak semua bagi..nak makan apa,semua depa kasi..nak berjalan pi mana..bawa ja..tanpa ada bangkangan..haaa..sampai macam tu la..tapi diselang seli dengan ketegasan jugak la..kalau tak kami jadi anakku sazali la bai..hahahahhahaha..

Setakat ni..kami tak pernah tengok depa bergaduh besaq..sikit pun tak..takat kecil-kecilan tu adala..kalau takdak selisih paham,tak normal plak kan..
Macam mana filem arwah Yasmin Ahmad buat pasal kemesraan suami isteri dalam filem-filem dia..macam tu la mak abah aku.Sebab tu la aku suka tengok filem arwah yasmin Ahmad.
Melawak suami isteri..melawak,bergurau senda depan anak-anak..main kejar-kejar..Buat apa nak malu kan apa yang depa buat..tunjuk jela..kami lagi rasa bahagia tengok mak abah kami macam tu..

Wah..rasa sayu plak nak cerita kan..padahal ni kisah happy.hahaahahhaahha..
Punya la bahagia hidup aku sebagai anak depa sampai tak tergambar dengan tulisan dan kata-kata la..hahahhahhhaaa..

Jadi,aku ucapkan selamat ulangtahun abah..mak..
semoga kebahagian hingga ke akhir hayat..
Sekarang dapat jubli perak dah..nanti tak sabaq nak tunggu jubli emas plak..
hehehehe..



2 ulasan:

Bijen M. berkata...

Selamat menyambut Jubli Perak mak bapak Kancil!
Ha ha ha.

Amira Amair The Poyos berkata...

bijen..

hahahhaha..
lawak la ko ni..
hahahahha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!