Jumaat, Disember 03, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH:KAMI INGATKAN PEREMPUAN CANTIK..RUPA-RUPANYA..HAMPEH SUNGGUH!

Sebagai seorang tokey kedai makan dan tokey beberapa buat kantin sekolah di daerah Seberang Perai Utara.Cik Ah dikenali ramai sebab keramahan beliau,kelancangan mulut beliau,kebaikhatian beliau serta kisah keluarga beliau dimana suaminya lain dari orang lain.Tahun awal 80an time tu Cik Ah dikategorikan sebagai orang ada-ada la jugak.
Semua orang kampung yang tinggal berdekatan rumah Cik Ah kenal anak-anak beliau.Malah laki Cik Ah yang sekejap ada dan sekejap takdak tu sebab bergilir-gilir ke rumah bini yang lain(beliau kahwin 4) pun orang kenal sebab laki Cik seperti yang telah diberitahu pada ayat diatas adalah lain dari lain.

Anak-anak Cik Ah yang orang kampung tau ada ada 4 semuanya.Dua laki,dua perempuan.Yang sulung nama Men,sibuk dengan dunia permotoran beliau dan muzik.Yang kedua bernama Jon pulak terkenal dengan kegengsteran beliau.Manakala Pina dan Mah pulak masih dibangku sekolah rendah dan tadika.Tapi satu hari Husin Cangak ada syak yang Cik Ah mesti ada seorang anak lagi.Dan pada firasat Husin Cangak,anak yang seorang ni adalah anak gadis yang cantik body mantop macam Cik Ah.Kenapa Husin Cangak berfikiran begitu?Sebab setiap malam bila Husin Cangak baru balik dari kedai milik Cik Ah dan melalui belakang dapur rumah Cik Ah,beliau terdengar bunyi orang membasuh pinggan mangkuk.Kadang-kadang bila beliau singgah sebentar dihadapan rumah Cik Ah melihat Men mengetest bunyi motor beliau,Husin ternampak macam kelibat orang sedang menyapu.Tapi nampak bayang ja.Rupanya tak nampak pun.Takkan Cik Ah kot sebab Cik Ah hanya berdunia dengan Bisnes dia.Mana nak dan uruskan rumah.


"Cik Ah jangan tipu la..Takkan Cik Ah takdak anak perempuan kot yang dah jadi anak dara.."Husin cuba merisik.Beberapa pemuda yang ada kat situ join sama nak tau.


"Hang gelong ka?anak aku yang perempuan kecik-kecik lagi haa..Pina ngan Mah ja ni ha..mai mana plak anak dara ni??"Jawab Cik Ah sambil menuding jari kearah anak-anak dia yang berhingus dihidung tu.

"Ceh..depa dua buat apa..elok depa besaq..saya dah kerepot..ada lagi ni..Cik Ah sembunyi.."Sekali lagi Husin memaksa Cik Ah mengaku.

"Ya Allah..awat la hang tak paham bahasa..tak percaya sudah!!"jawab Cik Ah lalu pergi melayan pelanggan yang lain.
Husin dan beberapa pemuda yang lain tak puas hati.Sepanjang nak dekat setahun Cik Ah berpindah tinggal di kampung depa,baru depa perasan yang Cik Ah mybe ada anak dara.Yang Cik Ah nak rahsia dari depa ni pasaipa pun taktau.Mesti anak dara Cik Ah ni terlalu cantik dan sempurna sampai Cik Ah nak sembunyi.Sambil menyedut air.Husin dan yang lain-lain buat perancangan.

Malam tu,kira-kira pukul 11 lebih.Husin dan rakan-rakannya perlahan-lahan ke belakang rumah Cik Ah.Seperti yang dijangka,depa dengar orang membasuh pinggan mangkuk.Heran..time macam ni la baru depa dengar bunyi orang menyimpan,membasuh.time siang rumah ni sunyi sepi ja.Kadang-kadang Husin tengok kain dah bersidai.Cik Ah memang semua orang tau memang takdan nak buat semua tu.Tapi takpa..Malam ni siap la Cik Ah..depa akan pecahkan rahsia Cik Ah.

Perlahan-lahan depa pergi ke tingkap dapur.Tapi tingkap jenis naco tu bertutup rapat la plak..Jadi depa buka sedikit.Berebut-berebut masing-masing nak tengok.Tapi tak strategik plak.Tak nampak apa-apa.Jadi depa pi tingkap tang lain plak.Sekali lagi tingkap dibuka sedikit..
Depa dah nampak..eh..nampak betis berbulu..depa tengok atas lagi..pakai seluar boxer!! depa tengok atas lagi..eh..tak pakai baju!! dari belakang tubuh kurus kering.Sekali tubuh kering kering tu beralih..Ayarrkkk!! laki rupanyanya..
Husin dan rakan-rakan rasa nak pengsan..

Baru depa tau..Cik Ah ada 3 anak laki..yang ketiga nama Raz..dan Raz memang rajin macam perempuan walaupun beliau tak lembut.
Malam tu jugak Husin dan rakan-rakan dibelasah Jon and the geng sebab mengintai rumah beliau..
Huuuu!

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!