Sabtu, Disember 18, 2010

MUKA CANTIK,TAPI PERANGAI HUDUH..

Aku rasa ramai orang pernah terkena dengan spesis makhluk macam ni.Maksud aku,pernah ada pengalaman buruk dengan orang-orang macam ni.Aku sebenarnya bukan la nak kutuk perempuan sangat,tapi ada setengah perempuan yang berperangai macam ni buat nama perempuan jadi buruk.memalukan kaum ja.

Ada macam-macam jenis orang yang muka cantik tapi perangai huduh ni.Ada yang muka cantik,tapi punya sombong nak mampus.Dengan kawan-kawan sekelas,kawan-kawan satu sekolah ka,tempat kerja ka..atau satu institusi pengajian ka,bukan main menyombong nak mampus.Aku pernah alami benda macam ni masa kat Politeknik dulu.Budak tu belajar satu jabatan dengan aku,tapi dia budak Diploma la.Orang dia memang cantik,pandai bergaya..putih bersih..Tapi macam aku cakap tadi..sombong nak mampus.Pernah satu kejadian,aku masuk tandas,dia pun dalam tandas.Masa aku masuk tu,dia yang tengah pelbetul tudung dia.Dah dia pandang aku,aku pun senyum la..tapi dengan muka kelat nak mampus,dia pandang aku atas bawah,lepas tu terus keluar tandas tanpa balas senyuman aku.Kurang sopan betul.Lepas tu,aku dengar ada orang dok bercerita kat aku,depa pun terkena.Tapi yang peliknya..dengan budak sama cantik dengan dia,dia layan elok plak..mentang-mentang aku selekeh..orang macam ni pun ada ka?

Ada jugak yang muka cantik,tapi pendengki nak mampus.Tak boleh orang orang senang sikit,lebih sikit dari dia.Mula la angin dengki dia mai.Daripada baik,tiba-tiba ja tunjuk perangai tak suka dengan orang yang dia dengki..jeles la tu.Mula jauhkan diri,marah-marah orang tu.Mula la cakap,bukan ada apa pun dekat orang tu,kenapa dia je dapat lebih..kenapa dia ja hebat.Halooo..kalau orang tu senang dari hang..rezeki lebih dari hang..tak payah la nak jeles sampai takmau cakap dengan orang tu.Sebaliknya berdoa la pada Allah supaya hang pun dapat sesuatu benda tu sama seperti orang yang dengkikan tu...ataupun doa dapat lebih sikit ka..Ni tak..oarang pun heran dengan perangai hang..tiba-tiba ja jauhkan diri..Selalunya orang macam ni takkan berjaya dengan perangai huduh dia ni..kalau berjaya pun..mesti ada sesuatu yang tak kena dalam hidup dia..pada pandangan aku la..Sebab mak aku cakap pada akhir-akhir zaman ni,Tuhan bayaq cash ja setiap perbuatan buruk kita..hahahhahahhaa..Isshh,serius sikit mira oiii..


Ada yang muka cantik,tapi berlagak kaya.Orang macam ni memang bermasalah betul la.Merata tempat aku jumpa.Kalau dia memang kaya takpa..ni hidup sederhana ja pun.Tapi bila cara hidup dia tu,macam dia tu betul-betul kaya la sepadan dengan kecantikan dia.Nak semua yang hebat-hebat ja,yang mahal-mahal.Duit takdak.Yang masih belajar tu tak ke menyusahkan mak bapak.Duit pinjaman habis,biasiswa habis..dok minta plak duit mak pak..Kalau mak pak tak boleh kasi,nak korek duit kat mana?paham-paham sendiri la..Yang dah bekerja,berhutang merata semata-mata nak kelihatan mewah.Ishhh-ishh,tak ke menyusahkan diri sendiri dan jugak orang lain yang dia hutang tu.

Ada yang muka cantik,tapi kaki buli.Haaaa...yang ni paling aku benci gila-gila sebab mangsa bulian dia tu mesti orang tak cantik atau kurang cantik macam aku.Huhuhuuhuhu..Aku ada seorang kawan,dia ni sederhana ja muka dia..tapi aku dengan dia,aku selekeh lagi.Dia kira kemas pandai la jugak bergaya.Tapi dia lurus sikit dan tak reti nak defend diri dia.Masa kat Politeknik,dia duduk sebilik dengan seorang budak perempuan,memang cantik gila-gila la.Ramai orang minat.Masalahnya budak perempuan cantik ni suka buli kawan aku.Dah la semua bekalan makanan kawan aku dia sebat tak minta,lepas tu dok suruh kawan aku buat itu,ini..semua la..Ya Allah..tolong la..tak malu ka sampai baju hang pun nak suh orang ironkan..Isshhh..teruk-teruk..

Ada yang cantik tapi perasaan lawa.Hahahahahha..maksud aku ialah..dah la cantik..tapi dok perasan lawa gila-gila..terhegeh-hegeh dengan orang laki-laki konon-kononnya semua orang laki minat kat dia.Pleezz la..walaupun pada hakikatnya memang betul.Tak payah la gedik macam tu sekali.Menyampah tau dak.Aku bukan la dengki..tapi tolong la..jangan la buat macam tu.Hang ingat orang laki suka sangat perangai gedik hang?Lepas tu,dah la perasan lawa,lepas dia anggap kalau boleh semua orang tak lawa.Dia ja lawa..hahahaha..Mental ka weeii?

Ada yang yang cantik,tapi angin tak tentu pasal.Dia ingat kalau dia lawa,dia boleh buat angin kus-kus dia tu ikut suka hati dia ka?Kalau time baik..hang baik..kalau time hang punya angin tak berappa baik.Habis semua orang kalau boleh hang nak kuntaukan.Cisss..hakktuiiii..Tarak heran la kak dengan perangai hang..Apa punya punya orang.Bila angin tak baik,suka suki hang ja marah orang dikhalayak orang ramai.Tak malu ka?mana maruah hang sebagai orang perempuan?Kat lutut?Tak boleh cakap elok-elok ka sama orang lain walaupun hang tu angin tengah tak baik.Orang macam ni memang susah orang nak baik dengan hang.Berseorangan la..Apala..

Ok la..malas aku nak cerita panjang pasal orang cantik ni,kang orang kata aku dengki kat orang cantik plak.Hahahahhahahahaha

2 ulasan:

weengurl berkata...

haha..betul2..aku pun besa terkena...bukan takat tu ja..siap rampas bf aku dulu2...skunk da jdik ex bf la...kdg2 muka lawa..tunjuk macam diri tu lemah lembut sgt...tapi hakikatnya..tikam membe dari blakang tuhhh....

Mrs Poyo berkata...

Ween..

btoi ka?
gila kwn hg da gak cmni..
Isshh..truk gila..bf sndri pun nak amik ka?
mcm xdak jntan lain..
tapi takleh salah kat dia jugak..yg pi mlyn tu pasaipa..
orang laki pun sama naik..
xpa..la ni hg dapat bf yg lagi better dari dulu..
syukur la..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!