Rabu, Disember 08, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN:SIAPA YANG KETAWA?

Pada tahun 2003,masa tu aku masih lagi ditingkatan 3.Time tu boleh dianggap berhinggus lagi la.Muka pun tak boleh lagi..Shiitt!! apasal aku cerita pasal muka aku plak ni??





Masa tahun 2003,masa tu time cuti.Tapi time tu cuti bulan bila aku tak ingat la.Benda dah lama kan..Time tu tah macam mana sepupu sepapat aku banyak yang balik kampung.Selalunya setahun sekali baru nak jumpa.Yang balik kali ni kesemua anak paklong aku.Anak Paklong aku pulak kesemuanya laki-laki.Yang sulung nama Aiman,time tu dia sekolah kat MRSM Pendang,Safuan sama umor dengan Mirul,Fahmi tua setahun dari Aloyah dan Fauzan muda setahun dari Azhan.

Macam biasa gak,depa kalau balik kampung,depa lebih suka melepak kat rumah aku berbanding rumah Tok kami sebab rumah aku boleh buat aktiviti macam-macam..tak orang nak larang..maka abah aku kan sempoi..kecuali aktiviti haram la contohnya isap dadah ka..hahahahahahha...Satu malam,setelah beberapa hari depa melepak kat rumah aku,mak sama abah aku pi rumah Tok..tinggal la kami adik beradik sepupu sepapat ja.Yang sempinya malam tu mak abah tidoq sana plak.Itu jam adik aku kecik-kecik lagi tambah-tambah Aloyah dan Azhan.Jadi depa pun pi sana jugak la..kecuali aku,Mirul,Aiman dan Safuan.

Aku pulak..oleh sebab mengantuk tahap cipan,lari la masuk dalam bilik aku nak tidur.Time tu dah pukul 12 malam lebih sikit.Tapi yang menghairankan aku,walaupun mengantuk,tapi aku takleh tidoq..rasa gelisah ja.Yang Mirul dan Safuan layan filem kat Astro,Aiman plak layan tenet kat PC aku..kat ruang tamu gak la..
Tengah mengelisah takleh tidoq berpusing badan kiri kana atas katil..tiba-tiba aku dengan macam orang melompat-lompat atas bumbung rumah aku.Punya kuat..macam ramai plak tu.
Tapi aku boh layan ja..tapi aku dengar macam kat ruang tamu kecoh ja..Aku buat tak reti..layan pejam mata balik walaupun tak leh tidoq..

Beberapa minit lepas tu tiba-tiba aku dengar macam orang ketawa..mengilai..

"HIhihihihihihi.."

Punya la panjang lagi nyaring.Masa tu aku rasa bulu roma aku yang sedia lebat ni terus ja naik menegak.Tapi akal baik aku pikir mybe budak-budak kat luar tu main sesama depa.Tapi tiba-tiba aku dengar lagi..

"Hihihihihihihi...!!!"

Lagi agresif bunyi dia..bunyi cam garang gitu.Aku yang tengah berbaring terus bangun duduk atas katil.Terpikir gak..awat pelik ja bunyi.Kalau budak-budak tu yang buat bunyi..memang lain bunyinya..ni nampak bunyi ni macam angker lagi..Tengah aku melenggung..aku nampak mirul,Aiman sama Safuan berlari-lari masuk dalam bilik aku.Masing-masing melompat atas katil aku macam superman.Nasib baik katil besi time tu..kalau tak runtuh kati aku.Muka masing-masing pucat..

"Wehh..sapa mengilai tu???"Tanya Safuan.Kami masing-masing diam.Last-last keempat-empat kami tertidoq atas satu katil..
Huuuuuuu...

Suara sapa la tu..?

2 ulasan:

weengurl berkata...

bahaya btul la..manyok betul penunggu mlm yg hg jumpa..dasyat lah..awat hampa xkeluaq pi siasat??rumah hg jauh dari org lain ka??

Mrs Poyo berkata...

Ween..

tarak pasai aku nak siasat,..aku kategori penakut gak..hahahhaha..

Tak la jauh..tapi situ dulu bekas gelanggang silat..Zaman dulu sblum main silat mau darah ayam berbulu hitam kat setiap penjuru gelanggang..tok aku la crita..tu yg jd mcm2 tu..bkas org dulu2..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!