Isnin, Mac 07, 2011

CLEOPATRA..RATU YANG TERKENAL DENGAN SKANDAL TAPI BERJIWA RAKYAT DAN BERANI

Kalau dulu aku ada cerita pasal Raja Tut,Firaun lelaki yang paling terkenal diantara firaun-firaun lelaki lain yang terdapat kat Zaman Mesir Purba.Hari ni aku nak cerita pasal Ratu Cleopatra VII plak..Firaun wanita paling terkenal kat dunia ni sampaikan Hollywood banyak menerbitkan filem pasal Cleopatra VII ni.Cleopatra VII ni merupakan Firaun terakhir dalam zaman Mesir Purba.Kalau tak silap aku la...sebab macam aku pernah cakap dulu..aku ni bukan ahli sejrah kan..hahahahaha..Cerita pun berdasarkan pembacaan aku melalui buku dan internet dan jugak melalui rancangan National Geografic dan Discovery Channel ja..huhuhuhu...




Cleopatra VII



Sebenarnya Cleopatra VII ni bukan la berbangsa Mesir seperti yang setengah orang sangka.Dia sebenarnya berbangsa Yunani..huhuhuhu...Macam mana keturunan Cleopatra VII boleh memerintah Mesir sedangkan Firaun sebelum ni memamng orang dah tau memang berbangsa Mesir kan..?sebabnya ialah moyang-moyang si Cleopatra VII ni menaiki Tahtha sebagai Firaun sebaik saja kemangkatan Alexander The Great.Kan sebelum ni Alexander The Great berjaya menawan Mesir.Bila baginda mangkat ja..Moyang kepada moyang moyang Cleopatra VII ni ambik alih la..huhuhuhuhu..Cleopatra ni merupakan anak ke 3 dari enam beradik.Sebelum dia menaiki Tahtha sebagai Firaun,Bonda dia iaitu Cleopatra V dan kakak dia Berenice IV terlebih dahulu memegang jawatan sebagai Firaun setelah ayah dia,Ptolemy XII diusir dari Mesir kerana dikatakan tidak pandai memerintah.Malah,kakak Sulung Cleopatra VII yang nama sama dengan diia iatu Cleopatra VI pun dibunuh oleh Berenice IV sebab rebutkan tahtha ja..Isshhh..apala depa ni..adik beradik pun nak gaduh ka sampai berbunuh-bunuh sebab Takhta.Tapi zaman la pun sama la..adik beradik sanggup berbunuh berparang sebab tanah sekangkang kera,inikan pulak Takhta kerajaan..lagi la berebut sakan kan..





Lepas ja mak depa mangkat,Bapak depa si Ptolemy XII balik semula ke Mesir dan amik balik kuasa dia lalu hukum bunuh Berenice IV sebab dia bunuh kakak dia sendiri.Nah..amik hang..buat jahat berbalas jahat..Jadi tinggallah Cleopatra VII ni sebgai Puteri Mahkota sebab adik-adik dia semua masih bulum cukup umur lagi..Oleh sebab beliau dah jadi Puteri Mahkota,ayah dia bagi dia pendidikan yang terbaik punyeerr untuk dia.Kalau keturunan Cleopatra yang lain tak pandai berbahasa Mesir dan hanya guna jurubahasa ja..tapi Cleopatra ni pandai gila berbahasa Mesir.Ni buatkan rakyat Mesir memang kagum dengan dia.Selain bahasa Mesir,Cleopatra mahir bercakap dalam 9 bahasa yang berlainan,pakar dalam Matematik dan bidang perniagaan.Tudia..hebatnya minah ni..nak jadi Firaun kena la pandai kan..jangan jadi dungu ikut cakap penasihat ja..Pada tahun 51 SM..Ayah dia pun mangkat..jadi si Cleopatra ni ditabalkanlah jadi Ratu Firaun pada Usia 18 tahun.Tapi undung-undang Mesir Purba ni pelik betoi la..Oleh sebab Cleopatra dah naik Takhta,jadi dia kena kawin dengan keturunan dia sendiri.Tak lain tak bukan dengan adik dia sendiri la..Ptolemy XIII yang masa tu baru berumur 10 tahu..Gila!!





Tapi Cleopatra ni ada rancangan baik punya..dia nak singkirkan adik dia dan mahu memerintah Mesir seorang diri.Tapi rancangan dia dapat diketahui oleh adik dia,jadi dengan serta merta Cleopatra dihalu oleh adik dia dari istana.Apa?Ingat budak 10 tahun tak pandai ka main-main politik?hahahha..Geram dengan adik dia tu,Cleopatra pun apa lagi..tubuh bala tentera dia sendiri..Tengah dok rancang strategi baik punya..Dia dapat tau pulak yang Jeneral Rom,si botak Julius Ceaser tu dah berlabuh kat Sungai Nil..Nak tuntut hutang la kat Mesir sebab bapak si Cleopatra ni banyak berhutang dengan Rom dulu..Jadi,walaupun dia tau Rom tu adalah musuh ketat Mesir,tapi dia rasa dia boleh gunakan Julius Ceaser tu untuk jatuhkan adik dia..Jadi tanpa pengetahuan adik dia..dia datang bertemu dengan Julius Ceaser secara rahsia dengan sembunyi dalam permaidani dan kemudia diseludup masuk ke Julius Ceaser..???Macam mana tu??










Lukisan yang menunjukkan bagaimana Cleopatra bertemu Julius Ceaser








Jadi,dengan bantuan Julius Ceaser..berlakulah perang saudara antara dua beradik ni sampaila Ptolemy XIII ni mati lemas kat Sungai Nil..Dengan Kematian Ptolemy XIII,Cleopatra pun amik alih menguasai Mesir balik dengan Syarat Cleopatra kena berkahwin dengan seorang lagi adik dia iaitu Ptolemy XIV..Deyyy..apala..kahwin dengan adik sendiri..Tapi kalau nak tau,Cleopatra ni telah jalinkan hubungan dengan Julius Ceaser sehingga termengandung..Walaupun dia mengandung,tapi Cleopatra memerintah mesir dengan baik sekali sehingga dia begitu disayangi rakyat Mesir la...Macam-macam masalh negara dia setel dengan baik sampaikan rakyat dia menghormati dia dan akhirnya Cleopatra berjaya melahirkan anak lelaki yang diberi nama Ptolemy Ceaser atau nama manja budak tu,Ceaserion yang bermaksud anak Ceaser..Jadi Cleopatra ni berangan la nak gabungkan Mesir dan Rom ni dibawah penguasaan anak dia..Malangnya Selepas Ceaser mati akibat dibunuh secara beramai-ramai kat Dewan senat,baru Cleopatra tau yang Ceaser langsung tak wariskan takhta kat dia mahupun Ceaserion,sebaliknya bagi kat cucu sedara dia,Octovius Ceaser..Lepastu,adik dia pulak mati..jadi Cleopatra kena memerintah la Mesir seorang diri dengan anaknya dan cuba untuk mengelak dari dijajah oleh Rom..



Ukiran pada dinding Kuil Dendara yang menunjukkan Cleopatra dan anaknya Ceaserion








Pada 41 SM masihi,Cleopatra menerima sepucuk surat dari Marc Antony(bukan suami Jennifer Lopez ya..hahahahha) meminta bantuan dia untuk menawan Parthia,la ni Iran la..Marc Antony ni merupakan sedara terdekat Julius Ceaser dengan Octovius Ceaser,,Jadi Cleopatra pun berminat untuk membantu..Jadi terjalin la hubungan cinta antara depa berdua sehinggalah Cleopatra melahirkan 3 orang anak hasil hubungan dia dengan Marc Anthony.Dengan menjalinkan hubungan dengan Marc Anthony,Cleopatra ingat dia boleh la pasang angan-angan nak dapatkan balik cita-cita dia untuk dapatkan Rom untuk anak dia..Tapi Marc Anthony pi kahwin plak dengan Octavia,adik Octovius..Kecewa lagi la si Cleopatra ni..





Lukisan menunjukkan Cleopatra dan Marc Anthony






Oleh kerana hubungan Cinta dan Marc Anthony ni semua orang dah tau,maka si Octavius ni rasa sakit hati gila-gila la..Yala...dah la kawin dengan adik dia,tapi jalin pulak hubungan cinta dengan perempuan lain secara terang-terangan,kalau aku pun marah...hahahahhaa..Jadi si Octovius ni telah sebarkan satu propaganda yang menyatakan bahawa Si Cleopatra ni seorang wanita penggoda,suka ikut hawa nafsu ,suka berzina,suka paksa orang suruhan dia bersetubuh dengan dia,kalau takmau bersetubuh dengan dia,depa kena hukum bunuh dan kata plak si Marc Anthony ni telah terkena ubat guna-guna oleh Cleopatra.Octovius jugak buat rakyat Mesir jadi marah sebab kata depa ni dungu dan bodoh sebab biar diri depa diperintah oleh seorang perempuan...Detyyyyy..apa ingat perempuan tak panndai memerintah ka?Jadi Octovius telah melancarkan perang ke atas Mesir.Perang tu diberi nama Perang Actium dan Cleopatra telah hantar 500 buah kapal perang beserta 7500 askar yang terbaik punyerrr...haaa..main-main ngan minah ni...boleh tahan gak ni..

Tapi malangnya nasib Cleopatra sebab beliau kalah dalam pertempuran tu lalu berundur.Jadi,pada tahun 30 SM sebaik saja dia tau bala tentera Octovius makin mara ke Mesir,dia bersetuju turun taktha asalkan tempat dia diambil alih oleh putera-puteri dia.
Jadi para pengikut dia telah menggesa dia bersembunyi kat makam dia(Dia bina siap-siap kot makam dia?hahhahaha) dan membunuh diri dia sendiri dengan membiarkan Ular Tedung Afrika mematuk payudara dia...Sebelum Cleopatra membunuh diri, Marc Anthony pun bunuh diri dia sendiri jugak..Waahhh..ni baru orang panggil romeo and Juliet kan..Mereka dimakamkan bersebelahan.

Lepas tu,anak sulung Cleopatra iaitu Ceaserion dibunuh oleh Octovius bagi mengelakkan kalau Octovius besar,dia akan tuntut bela plak dan ketiga-ketiga lagi anak Cleopatra dan Marc Anthony tidak dibunuh oleh Octovius sebaliknya dia kasi ketiga-tiga budak tu pada adik dia,Octivia untuk dijaga.Bagus jugak Octivia ni...Walaupun 3 orang budak tu anak hasil kecurangan laki dia..tapi dia jaga jugak.

Walaupun Cleopatra mati...tapi dia tetap disanjung oleh rakyat dia sebab dia berjiwa rakyat...Walaupun dia banyak skandal,tapi kewibawaan dia memerintah Mesir amat disenangi rakyat dia.Dia merupakan Firaun terakhir Mesir dan Mesir terus jatuh jadi sebuah negara yang mundur selepas kena jajah dengan Rom.Ishh...ishhh..Isshhh..

Mai kita tengok macamana Cleopatra dan Marc Anthony membunuh diri depa.Klip Video ni diambil dari adegan drama bersiri ROM yang disiarkan kan HBO.Aku suka drama ni...hehehe..



4 ulasan:

This Is KL THUGS berkata...

cess.. ini cleopatra memang playgirl!! baik kena ngn gua playboy..hahaha

Amira Amair The Poyos berkata...

Nazee...

apasal jadi lain plak nama?
hahhahaha...

Kalau lu playboy pun..dia mau ka berboyfrenkan hg?
hahahhahahha

Dark Half berkata...

panjangnya entry hang...cam cengkerama

baguih hang crita pasal cleo ni, kalau tak aku x tau sgt kisah2 gelap minah ni

Amira Amair The Poyos berkata...

Dark Half..

tu la...kna pnjang..biaq org phm cikit crita aku..hohoho..

haa..minah ni byk skandal da..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!