Rabu, Mac 16, 2011

IKAN BERKUMPUL SEBAB TSUNAMI??



Aku ingat lagi macam mana kawan abah aku yang tinggal kat Kuala Muda,Kedah cerita kat kami sebelum Tsunami datang menyerang 24 Disember tu,banyak ikan tiba-tiba terdampar dipandai tanpa ketahui punca depa jadi macam tu..Rupa-rupa ada pentanda yang Tsunami nak muncul..

Macam kes gambar yang aku pos ni,Kejadian ni berlaku dekat Acapulco, Mexico bila tiba-tiba ja beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul secara setempat dengan padatnya berhampiran pantai.Nelayan kat situ rasa yang fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini. Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, betul ka kejadian ikan-ikan berkumpul macam tengok konsert Indie ni ada kaitan dengan bencana alam tu?Tu la kan..Kejadian alam ciptaan Allah ni memang banyak yang misteri yang sukar kita nak pikir atau cari punca dia..Apa-apa pun layan lagi dua gambar kat bawah..Zaassss!!





Kalau macam ni punya gaya..aku pun nak terjun jugak pi tangkap ikan sekoq-sekoq buat gulai..hahahhaha..


Uikkk..tengok..orang dok mandi manda kat situ pun ikan tak lari pun...
Misteri..memang misteri!

2 ulasan:

weengurl berkata...

mujuq bukan ikan jerung yg dok bekumpul kt tepi pntai..haaa

Amira Amair The Poyos berkata...

Kalau ikan jerung..jurukamera tu pun tak berani nk amik gmbar..hahaha

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!