Ahad, Mac 20, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DARI KACA MATA MISS POYO..

Semalam aku layan filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan Incik Bachok dan adik-adik lepasmelantak nasi kenduri kahwin kawan Incik Bachok..Jadi dengan serba sedikit aku nak la jugak cerita pasal filem ni kan.dah jemu dok baca review dari wartawan yang tah apa-apa tambah-tambah review dari wartawan Bi Pop berita harian tadi..macam nak pelangkung ja kepala dia....hahahhahaha...


Aku tak pandai la nak cerita pasal cara pembikinan pemilihan pelakon ka hapa ka sebab aku bukan orang filem.Tapi bagi aku filem ni wajib ditonton rakyat Malaysia sebab filem ni macam membuka era baru filem Malaysia yang sebelum ni tah pape punya cerita kan..Walaupun ada la jugak kekurangan berbanding filem Hollywood tapi tu satu percubaan yang baik la..biasa la mula-mula memang la tak perfect sangat..Tapi lama-lama kalau di bikin selalu..elok la...Lagi pun elok la kalau dok buat filem sejarah selalu..Lawan dengan Thailand tu..depa hebat dari segi filem sejarah depa terutama sekali dalam filem The Queen Of Langkasuka dan jugak filem The Legend Of Suriyothai..Tengok...Thailand pun buat filem pasal Langkasuka...takkan kita orang Malaysia taknak buat kan...Haaa..percubaan KRU memang menjadi..I loiikee..Kalau Thailand buat pasal masa era kegemilangan Langkasuka..KRU buat pulak pasal macam mana Langkasuka dibuka kan..........Malas nak sembang ngokngek-ngokngek..Meh nak cerita sikit pasal filem ni mengikut KRU punya olahan la...







Ini dia hero kita...hihihihi...








Filem ni mengisahkan Zaman sebelum Masihi dimana Raja Rom mahu pengahwinkan putera mahkotanya dengan Puteri dari China di zaman Dinasti Han..Dinasti Han adalah salah satu daripada Dinasti terhebat dalam sejarah China.Ada 13 maharaja yang memerintah Dinasti Han..jadi taktau la yang ni dari yang mana satu kan.hahahhaa..Jadi Maharaja telah menetapkan perjumpaan antara Rombongan pihak Rom dengan pihak China bertemu di suatu tempat yang dipanggil Semenanjung Emas.Ketika itu semenanjung Emas adalah tempat yang tidak mempunya raja la...Sekarang semenanjung emas di sebut Semenanjung Malaysia la baii.sapa taktau kira mangkok jugak.jangan harap baca buku tesk ja..kena baca dari sumber sejarah yang lain sama.hohoho..



Ni la putera berambut emas bak kata Merong Mahawangsa...hahhahahhaha








Yang ni Puteri China yang suka melarikan diri...








Ketika dalam pelayaran,rombongan Rom ditmpa musibah(ribut la tu)yang buat banyak kapal depa karam.Jadi putera Rom dan panglima dia singgah di Goa,India untuk merekrut angkatan baru sebab banyak askar depa mati kan..Di sana la depa bertemu dengan seorang pelayar bernama Merong Mahawangsa.Merong ni digambarkan seorang yang agak lucu sikit dan suka bercakap dalam bahasa yang tidak ketahui oleh sesiapa.Tu bahasa Melayu kuno la..Jadi Panglima Rom telah mengupah Merong Mahawangsa untuk membawa putera mahkota dia ke Semenanjung Emas sementara dia tinggal di Goa untuk menunggu kapal-pakal dan angkatan baru dari Rom sampai..Jadi sepanjang pelayaran tu la Putera Mahkota Rom dapat tau yang si Merong Mahawangasa ni adalah anak seorang pelayar Yunani sementara ibu dia berasal dari Semenanjung Emas tersebut.Sebab tu Merong boleh bercakap dalam bahasa melayu Kuno.

Panglima Rom yang lambat sampai masa last sekali..Cissss!










Sebaik saja sampai di suatu tempat kat Semenanjung Emas tu dan bertemu dengan Rombongan dari China,tetiba ja depa diserang oleh lanun yang menguasai perairan tersebut.Nama kumpulan ni adalah Geruda yang diketuai oleh Taji dan pembantunya yang ganas,Kamawas.Watak Taji sebenarnya takdak yer dalam tesk asal Hikayat Merong Mahawangsa.Tu cuma watak yang ditambah..Tapi menarik la bagi aku sebab setiap kali geruda menyerang ja..Si Taji di guna ilmu kedukunan dia memanggil ribut dan hujan.hahhaha..Jadi teruk la depa dikalahkan lanun Geruda yang ganas-ganas belaka..Yela...depa bukannya nak berperang kan...rombngan pun sikit jela..Jadi Putera Rom ditikam Kamawas lalu hilang dilautan manakala Puteri China diculik.Manakala si Merong ni cedera lalu diselamatkan oleh penduduk peribumi kat situ,seorang pawang bernama Pak Kesum dan anak angkat dia Embok..



Yang ni permaisuri pertama Langkasuka...



Yang ni Pak Kesum..Tok Guru Merong Mahawangsa..Kemunculan dia buat orang dalam panggung gelak...watak serius..tapi orang gelak jugak..sebab penampilan dia kot..hahahha







Jadi Merong ni dijaga oleh kedua beranak angkat dia sampai sembuh dan menurut mimpi-mimpi yang Pak Kesum tu alami..Dia rasakan Merong ni adalah orang yang akan menyatukan suku kaum peribumi ni yang berpecah belah dan menjadi raja kepada suku kaum ni..(melayu la tu..adoyai..).Jadi sembang pi sembang mai..Baru Merong tau ibu dia yang bernama Lang adalah anak ketua salah satu suku kaum ni la..yang mati dibunuh oleh Taji semasa mak dia berlawan dengan Taji.Penggal kepala tu...Dasyattt!!

Taji yang tamak,kejam dan suka panggil hujan ribut taufan dengan ilmu pawang dia.




Mamat yang gila sex dan kaki rogol







Jadi di pendek cerita la..suku kaum ni bersatu dan membina penempatan baru dimana Merong jadi ketua depa dimana tiba-tiba sahaja Laksamana China muncul meminta bantuan Merong untuk selamatkan Puteri China yang dalam tawanan Geruda.Dan Merong jugak dapat tau yang Putera Rom tak mati,sempat diselamatkan Laksamana China tu la...Jadi tanpa tunggu bantuan dari Rom dan China yang ambil masa berbulan-bulan nak sampai dan depa pun taktau bila angkatan tu nak sampai kan..DEpa pi serang dulu la bersama rakyat Merong.Lupa nak bagitau..Merong yang kasi nama negeri baru tu Langkasuka...Aloyah cakap..



"Agaknya Langkasuka tu sempena nama mak dia kot kak long?"



Haahhahahaha...Yela la kot Aloyah..filemm ni takleh percaya sangat..banyak yang diubah.Hollywood pun sama la...Contohnya filem Black Hawk Down dengan Pearl Harbour..Banyak benor menipunyer bak kata usop hantu Kak Limah Balik Rumah..hahahhahaha..




Jadi lawan pi lawan mai dan bila depa hampir kalah dengan pihak Geruda baru la pihak Rom dan China sampai...Jadi sempat la Merong Mahawangsa ni korbankan diri dia untuk bunuh si Taji yang kebal tu..Di situ ada sedikit lari fakta yerrr..Kalau dalam filem Merong Mahawagsa mati meninggalkan permaisuri dia si Embok tu yang tengah mengandungkan anak dia yang menjadi waris membangunkan langkasuka sehingga terbentuknya Kerajaan Kedah Lama tapi kalau dari teks asal Merong Mahawangsa ada 4 orang anak (Semalam aku silap kata 6 sebab aku dok ingat Raja bersiong tu anak dia jugak........padahal cucu dia).



Ini adalah teks tulisan Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J Willinson..






Anak pertama Merong diberi nama Raja Merong Mahapudisat yang ditabal menjadi raja siam.Harus diingatkan yang Raja Siam sekarang bukan la dari keturunan Merong Mahawangsa ya sebab Thailand pun punyai sejarah yang panjang dengan pertukaran banyak raja setelah berlaku peperangan dan Rampasan Kuasa.



Anak Kedua Merong bernama Raja Ganjil Sarjuna.Dia la pengasas kepada kerajaan Gangga Negara iaitu Perak sekarang kalau tak silap aku..Sebab aku bukan ahli sejarah yaaa...banyak fakta aku taktau..yang mana aku tau aku cerita la...huhuhu.



Anak ketiga Merong ialah seorang puteri yang bernama Raja Puteri.Jadi baginda ni merupakan Raja pertama Pattani.



Dan anak keempat Merong Mahawangsa yang bernama Raja Seri Mahawangsa ni la yang menjadi penganti ayahanda dia sebagai Raja Kedah.Kalau nak tau budaya Ufti yang dihantar oleh Raja Kedah kepada Raja Siam ni bermula dari dia la..haaa..macam tu...




Jadi kita nak tau Raja manakah yang menulis Hikayat Merong Mahawangsa ni..Beliau adalah Cicit kepada Merong Mahawangsa yang bernama Raja Phra Ong Mahangwangsa.Dia ni beragama Hindu sebelum memeluk islam dan menukarkan nama dia dan gelaran dia kepada Sultan Mudzafar Shah...Ketika dia diislamkan,masa tu tahun 1136.Kalau dalam filem dia sendiri yang karang pasal sejarah Moyang dia.Tapi kalau yang asal,bukan dia yang karang..Tapi pembantu dia,dia cuma bercerita ja..Tapi aku tak ingat la lama pembantu dia tu..huhuhuhu..





Begitu la al kisahnya..Sesiapa yang minat sejarah macam aku sila rujuk kat library dan jugak muzium..Kat internet ni pun buleh cuma da fakta-fakta yang diubah sikit ja.

Tapi sila la tonton filem dia..memang best...




2 ulasan:

Tiera berkata...

lucu ar jehan miskin lam cter tu..xde dialog pon...tp mmberi kesan jgak ble dia mati..

Amira Amair The Poyos berkata...

Tiera..

Tu la..aku pn mcm tak pcaya tu jehan.tapi tang dia mati kena sembelih agak kesian gak la..
huhuhu.kena kelaq lehiaq.sakit tuh!!

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!