Rabu, Mac 02, 2011

HANTU RAYA..ADAKAH BELIAU HANYA MUNCUL PADA HARI RAYA SAHAJA?

Siapa yang tak kenal hantu raya.Semua orang kenai..Kalau sapa-sapa terserempak malam-malam dengan menatang berbadan besaq dan berbulu-bulu serta mata dia merah menyala,jangan la dok anggap tu Bigfoot ka..Yeti ka..menatang tu semua tarak ada kat sini nah..anda cukup bertuah sebab menatang tu adalah hantu raya..hahahahah..

Orang dolu-dolu menggelar hantu raya ni sebagai raja segala hantu sebab tu dia diberi nama hantu Raya.Bukan sebab dia tu muncul time raya..tapi maksud raya ni dalam bahasa Inggiris adalah Great.Kalau kita pernah dengan perkataan Malaysia Raya,Indonesia raya mahupun Bunga raya,maksudnya dalam Malaysia hebat,Indonesia hebat atau bunya hebat..haaaaa...macam tu la asal usul nama hantu raya ni,..





Tujuan hantu raya ni diwujudkan adalah untuk dijadikan SAKA...Saka ni sebenarnya terjadi apabila seseorang tu mempelajari ilmu tertentu lalu bila dia mati ja,dia wariskan pada keturunan dia ATAU apabila seseorang tu membela jin untuk dijadikan haiwan peliharaan (apakejadahnya bela jin..binatang banyak la nak dibeli..kucing..tikus..arnab..jin jugak dia nak bela) untuk membantu dia menjalankan tugas-tugas seharian dia.Contohnya tolong dia memabajak sawah,menebang pokok dan membuat kerja-kerja berat yang lain,tak pun sebagai perlindungan dari ancaman penjajah(Inggeris,Jepun,Belanda dan lain-lain..).Jadi kalau ternampak orang tua umur dalam 90an tanggung baik punya kayu balak besaq macam Arnold shawageger(aku taktau eja nama family dia..hahaahhaa) tanggung batang balak besaq punya dalam filem Commando tu,makna dia membela la tu..bukan sebab dia bekas Commando..bekas Commando pun takleh buat macam Arnold buat kecuali la si Arnold ni pun membela..hahahhaha..Selain dari kerja-kerja berat,Hantu raya jugak akan merasuk seseorang jika mendapat arahan dari tuan dia.





Cilaka Miss Poyo..muka aku punya relax ja tanggung kayu balak ni..dia cakap aku tipu..aku tak membela hokeeyyyhh!







Bila seseorang tu dah membela hantu raya ni,dia perlu bagi makan kat hantu raya ni mengikut persetujuan yang telah dibuat antara si Tuan ni dengan Hantu raya.Sajian untuk hantu raya ni dipanggil ACAK dan dalam sajian ni mesti ada telur ayam(lagi sempoi kalau teloq ayam kampung la..),ayam panggang(ayam kampung berbulu hitam keseluruhannya..Tu yang dia nak..takpun putih keseluruhan bulu dia) dan pulut kuning.Selalunya sebulan sekali la kena bagi makan.Tapi kalau tak bagi makan ja sebulan sekali...Hantu raya berpotensi akan serang tuan dia,mahupun ahli keluarga tuan dia..Tudia..ganas ooo..boleh tahap merogol hampa tau dak...





Aku bukan hantu raya la begok..!!aku gorila..apa motif hang taruk gambar aku kat entri pasai hantu raya pun aku taktau..

Kalau si tuan ni tak dijaga dengan elok atau tak diwarisi kepada keturunan dia,Si tuan ni akan jadi seperti bangkai bernyawa takpun mayat hidup la..Kalau diikutkan si Tuan dah mati..tapi hantu raya ni akan tinggal dalam tubuh tuan dia.Jadi kadang-kadang kalau kita tengok ada yang sakit teruk..muka cengkung gila-gila..kadang-kadang ada yang sampai tahap belakang badan dia dah berulat,tapi dia still lagi hidup dan bila bagi makan ja..2 periuk nasik pun belum cukup bagi dia..makan dah la lahap plak tu..huhuhu..Tu ada hantu raya la tu...



Bagi kita yang beragama islam ni..jangan la sesekali nak cuba membela hantu raya ni.Banyak haiwan lain lagi Allah cipta kita boleh beela..Masa hidup memang la syok bela..cuba pikiaq bila kita nak mati..terseksa wwwoooo..roh pun tak aman...aniaya diri ja hampa tau dak..Dah la hantu raya ni kira macam gila sex jugak..tak ke naya kalau yang dah berkahwin..malam-malam dia mai romen bini hampa..takpun rogol anak dara hampa..kalau yang perempuan bela plak..malam-malam mai goda laki hampa baik punyererrr..Tapi hantu raya ada yang betina ka?Isshhh...Musykil betoi la...Jadi jantina Hantu raya tak dapat dikenal pasti la..huhuhuhu..

Tiada ulasan:

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!