Khamis, Mac 31, 2011

NAK TIDOQ PUN MASIH PIKIAQ HAL KERJA

Macam mana rasanya bila kita ada kat rumah,nak tidoq..tapi masih dok pikiaq hal kerja..dok pikiaq apa yang kita kena buat esok..

Arrgggghh!!

Sekarang aku ada masalah ni la. Demmm!!
Argghhhhh!!!!


Arggghhhh.!! ceq pun sama la Miss Poyo oiiii..time bercuti pun ceq dok ingat dialog filim ni..Argggghh!!

LAGU FEVERET:ARIGATOU-UTADA HIKARU

Tadi Incik Bachok call aku..Tak payah la cerita apa yang dia cakap dan cara dia cakap kat..malu laa..Pompuan macho macam aku mana leh dengar cara cakap macam tu..Geli siot wa cakap lu..Dah la jarang-jarang Incik Bachok cakap macam tu..Selalu cakap macam sembang sesama kawan ja..Demmm!! Aku geli gila..hahahha..

Secara otomatik ja..aku dengar lagu Arigatou nyanyian Utada Hikaru tu macam muzik latar kami bercakap..demmm!!!
Waaa..apasal lagu sedih ni..tak best langsung..Walaupun lagu ni dah lama..still ingat lagi tu.huhuhuhu




Arggghhh!! tak boleh blah gila..!!!
Kena dengar muik yang bingit sikit ni.

Arrrgghhh!!!
Demm..demm..demm!!

P/S:Ada satu adegan si hero tendang-tendang besi jambatan tu kan..agak-agak Incik Bachok pernah buat macam tu kalau dia marah aku?hahahhahahhaha!

HADIAH BESDAY...SYABAS BETA SYABAS..I LOIIKEEEE!!!

Semalam kawan Aloyah si Hazwan dongga tu ada mesej aku ucap Happy Besday..Sebenarnya dia la orang pertama yang hantar mesej kat aku wish besday...Bukan macam Incik Bachok itu..orang terakhir wish kat aku..(ok...esok mesti dia marah sebab aku bagitau dalam blog dia orang terakhir yang wish kat aku.hahahhaha....).Jadi aku balas mesej kat budak tu yang tak dapat dipastikan status dia samada kawan saja ka atau boyfriend Aloyah(what the hell budak sekolah sekarang main cintan cintun..masa aku sekolah dulu tak main pun.) supaya kasi hadiah kat aku..


Tadi..melalui facebook Aloyah(aku dah delete facebook aku sebab ada orang jeles dan mengamuk bila tengok friend aku ada 3 ribu dan kebanyakkan lelaki dan ada orang gila mana copy gambaq aku taruk dalam facebook dia..gilak!!),dia kasi hadiah sama aku.hahahhha..lawa betoi...tarrraa!!!





Memang takbleh blah betoi tengok muka usup ayuh basikal sambil nyanyi lagu besday untuk diri sendiri..siap beli kek lagi...Waaaawawawawawawawa..

DAH MASUK 24 TAHUN...HAHAHAHAHAHAHA

Kelmarin balik ja dari kerja aku letih sangat-sangat samapai rasa macam nak merangkaK ja..hahhahaha..Lepas tu..dah setel semua makan mandi dan buat apa yang patut,aku layan tenet barang dua tiga jam..Lepas tu masuk tidoq sampai tak sedaq apa dah jadi..kalau orang ambik aku humban dalam laut pun aku tak sedaQ pa..hahhaha..


Sehingga la pagi tadi dalam pukul 4 lebih Incik Bachok call aku bagitau dia dah pun sampai kat Penang dari Kelantan.Tu pun aku cakap stail layan tak layan ja sampai dia suh aku tidoq balik..Tapi tu la kan..aku ni kalau dah sekali orang gerak memang payah nak tidoq..Jadi mata aku berkelip-kelip sampai aku amik keputusan nak mesej Incik Bachok.hehehe..Tapi aku tengok Inbox aku macam banyak ja mesej masuk ni..jadi aku buka check tengok... Waahhh!!! ucapan happy besday dari kawan-kawan dan jugak sepupu aku..Wuuu...! Macam mana aku boleh lupa besday aku sedangkan tengahari kelmarin aku ingat..hohohoho..Mesej last sekali dari Incik Bachok..heh!!


Waahhh! tak sangka pulak aku dah berumur 24 tahun tahun ni..macam tak percaya usia aku bertambah setahun lagi..Masa kecik-kecik dulu nak menuju ke alam dewasa punya la lama..tapi bila dah sampai usia dewasa nak ke usia tua kerepot nak mampus,sat ja..Huhuhuhuhuhu... Menurut mak aku due date untuk melahirkan aku ialah pada 1 April 1987.Tapi tah macam mana tah masa malam sebelum 1 April mak aku dah sakit nak beranak..Jadi pukul 11.53 malam,31 Mac 1987(aku rujuk surat beranak aku..haha)..aku pun lahir..yaaa...lagi 7 minint nak ke 1 April kan..agaknya sebab tu aku kaki menyakat orang,pekena orang dan suka buat lawak kot..muahahahhaha..


Tapi usia bertambah tak semestinya aku punya perangai pun dah berubah kan..Menurut sumber-sumber yang rapat dengan aku(terutama ahli keluarga) perangai aku masih macam dolu-dolu gak..Perangai macam budak-budak,selekeh,kaki gelak..suka buat lawak..dan loqlaq terutamanya(cemerkap la tu)..hahhahahahha.. Dan aku rasa bersyukur sangat di usia 24 ni aku dah ada kerjaya yang menjamin masa depan aku,dah ada kereta,bakal memiliki sebuah rumah,mempunyai keluarga yang bahagia dan gila-gila macam aku serta seorang boyfriend yang mampu paham diri aku walaupun dia seorang yang kepala angin..hahahahahahaha..si pelawak dengan kepala angin?macam tak kena ja..hahahahahha..


Dan sempena hari jadi aku ni..Aku harap aku akan dimurahkan rezeki sentiasa..apa yang aku impikan akan tercapai..Dan aku happy selalu..hohoho..bukan ucapan ni dari orang untuk aku ka?Awat aku ucap untuk diri aku sendiri.??hahahahhaha...




Terimalah gambaq terbaru aku..hahahahhaa

Rabu, Mac 30, 2011

HUJAN PUNCA NAK TERKENCING

Sejak seminggu ni..Penang dilanda (ayat karangan siot..hahahha) hujan tanpa henti.. Pagi petang siang malam hujang ja..Tapi hujan tak la lebat sangat..yang sedang-sedang saja..Tapi bila dah hujan mesti la sejuk kan..tu yang buat aku berulang pi tandas selang 15 minit tu..hahhahahah..

Dulu takdak hal kalau hujan sebab aircornd bilik aku rosak..Tapi sejak Incik Pegawai Panglima Mata Satu muncul kat opis ni dan mengamuk sebab pihak mentenan tak repair aircond aku,esoknya aku mai opis aircod terus ok..hahahahhahat Tau pun takut..hahahhaha Tengahari tadi Khausar belanja aku makan KFC.Dia belanja aku makan KFC sebab besok aku punya besday.Sebab apa dia belanja aku makan hari ni dan bukanya esok..Sebab esok aku nak lunch dengan Incik Bachok..hihihihihi..Gatai!!(aku cakap diri aku sendiri gatai..jujur jugak aku ni..hahahahaha)

Hujan-hujan macam ni rasa mengantuk gila..rasa nak pi surau dan tidoq ja..hahhahahahhahaha...Memang cilaka dapat pekerja macam aku ni..hahhahahhaha..

LUAHAN HATI SEORANG ANAK DARA

Memang pelik bila kita melepak dengan rakan sekerja tiba-tiba depa sembang pasal anak-anak masing-masing sedangkan aku..haaa...Sebenarnya kat opis aku ni aku la satu-satunya masih anak dara tak kawin lagi...fuuuuuu...

Memang pelik jugak bila kita jumpa kawan-kawan masa sekolah dan masa belajar secara tiba-tiba ja depa sembang pasal anak depa..anak dah pandai buat bunyi,anak dah pandai meniarap..anak dah pandai merangkak,anak dah pandai berjalan..anak dah pandai sebut perkataan mak..bububu..gugugugu...Fuuuuhh!!..

Memang rasa pelik jugak bila kawan-kawan yang sedang mengandung bersembang pasal hal-hal mengandung..jumpa doktor..makan vitamin..minum susu..waaaa!!


Semua pasal anak..anak..anak..dan anak...

AMOI..BOLEH KASI NOMBOT EKOR SAMA WA TAK?

Masa aku belajar kat Politeknik dulu,aku pernah buat praktikal kat sebuah company perumahan yang memang glamer kat Penang.Bertam Properties Sdn Bhd sebagai penyelia tapak.Time tu aku ditugaskan penyelia sebuah projek commercial center yang sekarang ni dah siap dan makin maju pun dibawah seliaan penyelia tapak dari company tu sendiri yang memang kaki berleter setiap masa pantang silap sikit..hahahahhahaha...


Turut sama buat praktikal kat situ ialah Imah Bachok yang sekelas dengan aku,seorang budak perempuan dari IKM Sungai Petani yang aku tak ingat nama dia dah,Seorang kakak yang boleh dikatakan tua dah sebab masa tu dia umuq 24 sedangkan kami baru 19 tahun dari ILP Kuala Lumpur dan dua orang student lelaki dari Uitm Seri Iskandar,Perak. Kontraktor yang diupah untuk jalankan projek tu adalah kontraktor milik seorang cina.Jadi kedua penyelia tapak dari company kontraktor tu pun berbangsa cina.Jadi kami berlima memang baik la dengan dua orang cina ni. Satu hari,selepas ja solat johor kat kabin yang disediakan untuk kami,tiba-tiba ja salah seorang dari dua orang penyelia tapak tu datang berjumpa kami sebab hal kerja.Jadi time tu,akak yang berumur 24 tahun tu baru sudah semayang teruih ja keluaq dari kabin dengan bertelekung lagi berbual pasal kerja dengan cina tu sehingga la tiba-tiba cina tu cakap..

"Ah moi aarr..u baru mau semayang ka atau sudah semayang?"

Jadi akak tu pun jawab.. "Wa baru sudah semayang..apa pasat?"

"Haiya..wa baru mau minta tolong u maa..."

"Tolong apa?"kakak tu tanya lagi..

"Wa tau u olang punya doa tuhan senang makbul ma..tolong doa kita nombot cantik punya amoi.."

Masa tu kami semua gelak gila-gila punya la..Mereng ka cina ni..gila nak doa minta nombot ekoq..hahahhaha..Tapi bila kami tengok muka penyelia tapak tu serius sangat kami tau dia tak bergurau..Tapi kakak ni yang memang suka bergurau try nak pekena penyelia ni..jadi dia pun bagi la nombor kat cina tu..

"U amik nombot ni aaa....@#$%..."
Tak boleh bagitau nombot tu..nanti orang try plak..hahahhaha

"Haaaa..ok-ok..thank aa amoi..wa yakin dapat punya la..hihihi.."

Lepas tu penyelia Tapak tu blah dari situ sedangkan kami dok gelak sakan sebab dia kena tipu dengan kami sampai la kami dapat tau dia menang besaq untuk nomboq tu..hahahahahha.. Akak tu rasa berdosa gila..hahahhaha...

30 MAC 2011

Hari ni 30 Mac 2011.. hehehehehe...

Selasa, Mac 29, 2011

LAGU FEVERAT: DARLING DARLING-V6

OK...Aku dah minat dengar lagu tema untuk drama KimiWa petto..hahahhaha.. Sebelum tidoq kena layan lagu ni dulu baru boleh tidoq lena..hahhaha..




Ok fine..ada adegan yang tak sepatutnya dalam klip ni...Sori!! hahahhahahhahaha.





Tadi Incik Bachok tanya aku.

"Tengah buat apa??"
Jadi aku pun jawab.. "Layan komik jepun.."

"Heeiii...I cukup menyampah tau tak u asyik layan komik ja..dari dulu lagi...Tengok kawan kat tempat kerja i..baca komik memanjang..tak peduli orang lain dah..time rehat pun baca komik,tunggu nak masuk kerja pun baca komik.naik motor pun baca komik!!(dia jadi pembonceng..hahahha)"

Hahahhahaha.. Welll..Kenapa serius sangat eh darling?? Cepat tua nanti...hahahhaha....


Nanti kalau kita ada jodoh kawin...U jangan buang plak semua komik-komik yang I kumpul..Kalau dijual balik boleh jadi jutawan tu..hahhahahahh

Sukanya menyakat Incik Bachok...hahhaha

SAMURAI..PAHLAWAN YANG DIPINGGIRKAN

Aku mula minat pada Samurai sejak aku menonton filem Seven Samurai karya Akira Kurosawa.Walaupun filem tu keluaran 1954,tapi bila first time aku tengok filem ni masa kecik-kecik dulu..terus aku minat pada Samurai walaupun adik aku cakap samurai punya pemakain buruk..hahahhahahaha..


Samurai dalam pakaian Perang depa.


Samurai ni adalah golongan tentera bangsawan yang mahir dalam bermain pedang dan memanah sera mempunya disiplin yang tinggi dalam kehidupan depa.Mengikut sejarah Jepun la..Samurai ni wujud sejak dari sebelum zaman Tempoh Heian lagi.Pada masa tu Samurai di sebut sebagai Saburai(hahaha..huduh gila sebutan dia...hahahhaha).Samurai ni berasal dari petani yang terpaksa mengangkat senjata untuk menentang hakim yang yang dilantik maharaja untuk mengutip cukai.Oleh sebab cukai tinggi dan hakim yang kejam taktau hati perut,depa pun menubuhkan puak perikatan dari puak-puak yang berkuasa. Ada jugak yang cakap samurai ni berasal dari dari pengawal istana yang bertindak sebagai polis mengawal keslamatan Jepun ketika zaman dolu-dolu.. Kebanyakan Samurai menganut agama Buddha Zen dimana ajaran agama tu mengajar supaya tidak takut mati dan jugak tidak takut membunuh.Budaya Kamikaze jugak berasal dari golongan Samurai.Selama beberapa abad Samurai dikatakan amat setia pada maharaja depa sampai sanggup bermatian-matian untuk maharaja depa dan menjadi golongan bangsawan yang paling dihormati ketika zaman kegemilangan mereka sehinggalah pada abad ke 19,ketika pemerintahan Meiji,Samurai dihapuskan sebagai kelas yang berbeza dan digantikan dengan tentera moden yang menyerupai negara barat dan mengikut kod etika barat berbanding samurai yang mengikut kot etika Bushindo. Ini menyebabkan ramai samurai yang memberontak dan ramai berpendapatan yang memberontakkan tu terdiri dari golongan samurai rendah dari semua daerah.Tapi mereka berjaya dihapuskan.Ada sesetengah Samurai yang secara rela hati menawar diri menajdi askar dan dijadikan pegawai kerana mereka ni adalah golongan bijak dan rajin.Tentera Jepun memenangi peperangan Sino-Jepun pada tahun 1894 dan peperangan Jepun-Rusia pada tahun 19004 pun atas dari usaha pihak pegawai yang berasal dari golongan samurai ni la..

Filem The Last Samurai.Kisah mengenai pemberontakkan Samurai ketika pemerintahan Meiji. Seorang Samurai selain dari pandai bermain pedang dan jugak memanah,depa jugak mesti pandai matematik,pandai menari,penulisan,sastera dan ilmu Teh(Ok..Ilmu Teh ni yang aku tahu cara membuat Teh dan jugak cara menghidangkan Teh.Memang detail gila..).Samurai jugak pandai dalam ilmu botani dan jugak sains perubatan.Malah depa dikatakan pandai menterjemahan buku dari negara lain ke bahasa Jepun.

Samurai ketika zaman Pemberontakan Satsuma.

Walaupun Samurai tidak lagi wujud dalam masyarakt Jepun moden kerana dikatakan samurai terakhir yang wujud pun pada tahun 1877 ketika pemberontakan Satsuma dan pertempuran Shiroyama tetapi sestengah cara hidup samurai ni masih lagi digunapakai..dan jugak diminati oleh bukan saja setakat Jepun ja,tapi seluruh dunia.

SERABUT LAGI

Argghhh...awat serabut taktau..macam ada benda aku nak cerita..tapi tak boleh..Macam tersekat kat kepala otak ni lepas tu tak boleh keluaqkan.. Waahhhh!! tension gila macam ni..dah la kerja banyak..kepala otak plak buat hal...!!! Fuh..Fuh..Fuh..relax-relax...

Isnin, Mac 28, 2011

KIMI WA PETTO(YOU'RE MY PET),MANGA(2000)..DRAMA(2003).

Sebagai seorang peminat komik(Manga) Jepun ,kebanyakkan masa aku jugak banyak dihabiskan dengan membaca komik-komik tersebut.Tak kira la..dari genre apa.Seram,percintaan..lawak-lawan..Semua aku layan.Walaupun Incik Bachok cukup menyampah dengan komik Jepun(Sungguh tidak indah Incik Bachok ni..Komik Jepun adalah paling diminati oleh pemuda-pemudi masa kini..tapi dia tak minat..Waaa......),Tapi aku tak peduli..janji aku minat kan..Kalau dulu aku banyak habiskan wang ringgit aku membeli komik Jepun takpun kartun dia..tapi sekarang tak lagi sebab dah boleh membaca secara online kan..selamat sikit duit aku..hahahhahaha... Jadi harini aku nak cerita sikit pasal salah satu dari komik yang aku minat..Bukan bleach..Naruto atau pun Kimi Ni Todoke ka..tapi komik yang bertajuk Kimi Wa Petto atau dalam bahasa Inglish dia You're My Pet atau dalam bahasa melayu dia..Kamu Ialah Haiwan Peliharaan Saya..hahahahha..gila panjang tajuk dia dalam bahasa Melayu...hahhaha..

Kimi Wa Petto versi Komik dan Drama.






Komik karya Yayoi Ogawa ni diterbitkan pada 2000 dan kemudiannya dijadikan sebuah drama pada tahun 2003.








Kimi Wa Petto ni mengisahkan Iwaya Sumire,seorang wartawan dari sebuah akhbar terkenal Jepun yang bersikap dingin dan mempunyai masalah kemurungan yang teruk,tidak berapa disukai oleh sesetengah rakan sekerja dan jugak seorang perokok yang tegar.Dia yang berketinggian 170cm jdan merupakan bekas student Universiti Tokya dan bergaji terlalu tinggi buatkan ramai lelaki takut nak mendekati dia..Malah teman lelaki dia sendiri meninggalkan dia untuk perempuan lain.Jadi hidup dia kesunyian selalu dan hanya berkawan baik dengan rakan sepermainan dia sejak kecil yang telah berkahwin beranak satu..



Poster Drama



Satu hari,dalam keadaan tertekan pulang dari kerja..Sumire telah terjumpa sebuah kotak besar didepan kondominium tempat dia tinggal.Setelah melihat ke dalam kotak tersebut,Sumire terkejut besaq la sebab ada seorang budak lelaki berwajah comel dalam keadaan cedera didalam tu lalu di bawa pulang budak tu ke rumah untuk merawat luka..Tapi keadaan menjadi kelam kabut bila budak tu dah sembuh dari luka..Dia mahu tinggal bersama Sumire plak dengan alasan masakan Sumire sedap..hahahahha..Mulanya Sumire memang tak kasi siap bergurau lagi kalau nak tinggal dengan dia,kena jadi haiwan peliharaan dia,tambah mengejut lagi bila budak tu setuju.Nak tak hendak..Sumire menjaga lelaki kiut miut itu seperti haiwan peliharaan bernama Momo bersempena nama anjing yang dia bela semasa dia kecil dulu.

Masa first time Sumire menemui Momo dalam kotak besar



Semakin hari Sumire semakin menyayangi Momo dan rasa tak boleh kehilangan Momo sampaikan dia terpaksa membahagikan masa dia bersama teman lelaki barunya yang berjawatan tinggi dengan Momo yang suka sangat merajuk jika Sumire tidak memasak untuk dia.Malah jika Momo menghilangkan diri selama beberapa hari ja..mesti hidup Sumire tak keruan.Walaupun Sumire memang tegas terhadap Momo..Tapi bila dia ada masalah ja berkaitan kerja mahupun dengan boyfriend dia..dia pasti akan luahkan perasaan dia pada Momo.Sumire jugak mudah risaukan Momo.Walaupun kawan baik dia sering ingatkan Sumire yang Momo ni seorang manusia dan mampu jaga diri sendiri kalau nak kemana-mana,tapi Sumire tetap risaukan keselamatan Momo dan kalau dia tengah dating dengan pakwe dia yang tinggi nak mampus tu,tiba-tiba dia teringat yang dia tak masak lagi kat Momo,dia sanggup tinggalkan pakwe dia semata-mata nak balik memasak untuk Momo..Dan Sumire jugak menipu pakwe dia dengan mengatakan dia membela seekor anjing.Padahal seorang manusia.Memang kelam kabut la bila Pakwe dia rumah dia..hahhahahahaha..



Untuk pengetahuan,Nama sebenar Momo ialah Takeshi Goda.Dan merupakan sebuah student kelas tarian ballet elit(Tarian balet untuk lelaki pun ada noh?ingatkan perempuan ja..hahahhahahahha).Yang mana anak orang kaya ja pi.Tapi Takeshi ni lebih meminati tarian moden.Jadi kalau Sumire pi kerja ja..Takeshi ni akan ke kelas tarian dia la..Kalau dia ada persembahan,Sumire akan pi tonton la persembahan dia.





Adegan yang terdapat dalam drama



Watak Iwaya Sumire untuk drama dipegang oleh seorang model terkenal Jepun,Koyuki dan Watak Takeshi 'Momo' Goda dipegang oleh Jun Matsumoto.Pelakon Lelaki Jepun yang paling aku minat..hahhahahaha...Kalau Jun Matsumoto jadi Pet..Aku pun mau..hahahhahaha..dah la manja..nakal plak tu...hyper aktif..cumil lagi..hahhahahha..I loike!!!!





Koyuki









Jun Matsumoto..waahh!!!! suka2!!!




Sekarang ni aku baru ja tengok drama ni episod 5 manakala untuk yang komil aku baru baca Chapter ke 10..Jadi taktau la apa yang jadi pada akhir cerita ni kan..Kerana keglameran Komik dan drama ni sampai ke Jerman nak orang minat kan..Jadi Korea pun buat dalam versi depa jugak(Banyak jugak drama Jepun yang Korea tiru dalam versi depa).Tapi yang korea aku tak tengok lagi pun..huhuhuhuhuhu..

DAH TAK BETUL AGAKNYA..

Aku rasa aku tak betul kot sebab asyik bercerita pasal meja aku plak dah..kalau minggu lepas aku punya meja punya la teruk..Tiba-tiba ja pagi ni mai kerja bersemangat aihh kemas meja..muahahhahahha...Susun semua dokument dalam fail..Mr Eksekutif mai ja pagi tadi tengok bilik aku teruih tersenyum girang..ahhahahhahahaha....


Gila nampak suci gila meja aku ni..muahahhahahhaa





Kiri kanan depan atas suci gila....hahahhahaa

Bos!! bila nak tukaq pc ceq ni???kata dah minta kat pihak pengurusan dah...



Hari ni mybe meja aku kemas gila..tengok la dua tiga hari lagi...berselerak balik la...hahahaha..

HANYA TIME KERJA SAJA DIA MAI..

Aku baru perasaan yang sepanjang cuti hujung minggu dua hari ni..Aku langsung tak update blog aku.Bukan sebab apa..sebab aku bizi dengan aktiviti riadah dengan family aku..hahhaha... Sekarang bila masuk kerja ja baru rasa nak ada idea tulis blog balik..Awat time cuti takdak idea??Awat time kerja baru idea nak mai..!!! aku dah buat kerja pun tak sedang selagi aku tak melampiaskan tulisan aku kat blog ni..Waaa...

Jumaat, Mac 25, 2011

SUBTITLE CINA DAN REMOTE HILANG

Sebagai seorang penyokong DVD cetak rompak drama bersiri korea,tadi aku ada beli cerita terbaru sama tauke Lim.Baik punya beli dan pilih,pilih untuk kakak Incik Bachok sekali sebab dia pesan sama,aku pun balik rumah dengan hatinya girang.Sampai ja kat rumah aku sembang ngu.ngam..ngu..ngam dengan family aku,gelak sakan.makan-makan..Lepas mahgrib target nak tengok la..Jadi aku pun buka la..tapi pelik plak awat subtitle dia bahasa cina ni..awat tak bahasa english..??selalu buka bahasa english..ni aku bengang nih!! So aku pun mesej Tauke Lim..

Tauke arr...apa pasat ini celita takdak english subtitle..??haiyaaa..!!

Nak mesej dengan orang cina kena tulis penuh..takleh singkat-singkat.Nanti depa tak paham..walaupun ejaan dan sebutan tak betoi..takpa..janji depa paham.jangan tulis singkat-singkat.Jadi dia pun balas..

Haiyoh...biasa ada ma..u ambil mai i kasi tukar bagi u la..

Lihat disitu..mesej dia..'u ambil mai i kasi tukar bagi u'...????..Dia nak tukar aku ka?hahhahahahhaha...

esk i p tkr

Ok...aku terlupa.aku dah buat ayat singkat..Jadi dia pun balas..

malam i tak tentu ada mai atau tidak

Bila masa aku kata nak mai malam?aku kata esok la...lagi satu mai atau tidak tu dia nak tanya aku mai atau tidak ka kedai dia atau dia nak mai atau tidak malam ni kat kedai dia..?hahhaha..aku confius maa..jadi aku jawab ok sahaja..hahhaha..

Last-lasy baru aku ingat..kena pilih subtitle sendiri sama ada nak bahasa cina atau english.Jadi aku cari la remote DVD aku nak tukar subtitle.Cari punya cari tak jumpa plak.Jadi aku hantaq mesej balik kat Tauke Lim..

Tauke..kena pilih kan itu subtitle apa kita mau?


haiya..memang la..guna remote u sudah pilih..sudah tengok banyak kali tak pandai lagi ka?

Tu dia nak kata aku bodoh la tu..hahahha.aku lupa la bengong...selalu aku dok buka terus bahasa english..tiba-tiba ja bahasa cina.Mau tak bengang.Dah la remote hilang.Waaa..!!!
Bila nak boleh tengok ni??!!

SAYA NAK BUAT KERJA LUAQ SEPENUH MASA

Tadi macam biasa,bos masuk dalam bilik aku..Jadi,sebagai pekerja bawahan yang peramah,aku pun sembang dengan dia..

"Bos..Minggu depan,1 April.ada staff baru masuk."

"Hah! iye?? bape orang?"

"6 orang ja...tapi lagi 10 akan menyusul kot,tapi taktau la depa nak taruk budak-budak tu kat zon mana"wah..ayat drama siot..menyusul tu..hahahhahaha

"Mana ko tau?"Mr Eksekutif tanya aku.

"Salah seorang daripada depa kawan laki-laki saya.."Padahal boyfriend..muahahhahahahaha..

"Kawan laki-laki dalam kurungan tetttt!!!! Hahahahha"Wah..bos aku ni macam tau-tau ja..huhuhu..."

"Mana da bos..."aku cuba menidak..padahal betul..

"Eleh..yela tu..perempuan ada tak?"

"Taktau la bos..awat kalau perempuan..??nak suh dia dok tempat saya sekarang ka?"

"Nape plak nak dok tempat ko plak??"

"Yela...kalau dia ganti tempat saya..boleh saya buat kerja luaq sepenuh masa..hahhahahhahahahha"

"Banyak la ko..boleh blah!"

"Hahahahahahhaha.."

Awat la bos takmau cari pengganti untuk aku..aku nak kerja kat luaq sepenuh masa..waaaaaa!!!

SILA KEMAS MEJA KO..

Tahun lepas,ada aku tilis pasal entri yang Mr.Eksekutif tegur aku supaya kemas meja aku sebab terlampau la semak sampai dia pening tengok meja aku..hahahahhahaha..Jadi aku pun kemas la..Tapi biasala..lama-lama dia jadi semak balik.Tapi walaupun semak dengan kertas kerja dan lain-lain barang tapi aku boleh tau kedudukan kerja atau report yang aku buat bila aku minta.Tapi tak payah kemas pun takpa kot..hahahahha..
Pagi tadi,Mr.Eksekutif masuk dalam bilik aku.Sambil pandang sekeliling..Dia senyum sambil kata..

"Sila kemas meja ko yer..Aku naik pening.."


hahahahhahahha..Tapi aku tengok ok ja pun meja aku...apa yang buat Mr.Eksekutif runsing aku pun taktau..hahahahha..










Biasa jek aku tengok meja aku..bos ni saja la....




Meja aku semak sebab bos jugak..kasi kerja banyak sangat..hahahhaha..

Walaupun aku sekarang bekerja di zaman milinium..,tapi aku rasa macam kerja dalam tahun 90an plak..hahhaha..Tengok la PC aku ni..tah zaman pak kaduk mana tah PC ni tercipta kasi kat aku..Tak kelazzzzz langsung..hahahhahaha...Sabaq mira sabaq...!!

Khamis, Mac 24, 2011

SELAMAT DAPAT BABY BARU

Tengah aku ralit dok wat keja..tiiba-tiba ja ada mesej masuk dalam hanset aku...



Alhamdullilah..Wife and baby selamat..saya dapat baby boy..





Jadi aku termenung sat..mamat mana plak yang tiba-tiba bagitau aku dia dapat anak ni?Pikir takdak 5 minit,baru aku teringatkan Ida..Yela..sepatutnya semlam ialah due date dia nak beranak..Tapi semalam baik punya sembang ngan aku dalam telefon..Siap gelak sakan lagi..Sampai aku rasa takut plak..yela..gelak sakan sangat..takut terberanak plak..dah la due date..Jadi aku pun call nombor yang tak dikenali tu..Jadi tuan empunya pun jawab..



"hello??"Aku soal.Soal ka tu..tu bagi helo la..bukan soal..

"Ye hello.."Suara lelaki tu jawab..

"Ni sapa?hantaq mesej kat aku tadi..?"haaa..ni baru orang panggil soalan kan..

"Mira..Shequl ni..Ida da bersalin..pukul 8.30 tadi.."
Lohh..laki Ida ka..ceh..hahahhahahhaa...Aku tengok jam..pukul 8.51 pagi..Wah..cepatnya mamat ni sampaikan berita..teruja la tu..hoohoho...

Jadi aku cadang nak pi tengok Ida hari sabtu ni dekat Pendang.Dia nak berpantang kat sana.Tapi Incik Bachok plak..

"Loh..I pun nak pi tengok jugak anak die..Sabtu depan la kita pi sama-sama..I balik kampung kan sabtu ni.."


Yola....terpaksa la aku pi sabtui depan..tak sesabar rasanya nak tengok anak Ida..huhuhu..

Rabu, Mac 23, 2011

SELAMAT JADI WARGA TM

Incik Bachok dah berhenti kerja dan akan balik ke Kelantan esok..
Sedihnyaa...


Hahahhahaha..Sebenarnya Incik Bachok dapat kerja kat TM sebagai Juruteknik.Sama jawatan dengan aku la tu..hohohho....Walaupun kontrak(Leasing),tapi takpala..Janji dapat kerja kat TM jugak..Jadi 1 April ni,dia akan lapor diri kat TM Seberang Jaya.Dah tu..sama Division dengan aku plak tu..hahahhaha..Walaupun kami dibawah AGM yang sama..tapi mybe dia bekerja dibawah Eksekutif yang berlainan kot...

Tapi Kalau nasib baik...mana tau dapat posting bawah Mr.Eksekutif ka...hihihihi..harap jugak tu..hahahha..
Ok-ok..dia dah hantar mesej..

Tak balik lagi ka????

Kalau tanda soal banyak tu..tau la maksud dia..hahahahahhaha...

NAK TERKELUAQ TEKAK AKU RASA

Masa aku tengok video ni tadi..rasa macam rahang aku nak terkeluaq ja..hahahhahahaha

Gila hebat makhluk bernama ular nii..Besaq mana pun habuan dia..relax ja telan..huhuhuhu

Selasa, Mac 22, 2011

SERABUT

Hari ni hari yang tak best bagi aku..gila tak best lansung samapi aku serabut gila...
hohohohoho...


Bukan sebab masalah kerja ka,masalah keluarga ka..masalah cinta ka..Tapi benda ni buat aku serabut mak aii..huhuhuhuhu...

ENTRI YANG BUAT AKU RASA NAK TERMUNTAH,SENAK PERUT,RASA NAK TERBERAK,DADA BERDEBAR-DEBAR,SERONOK,RUNSING,SERABUT,MACAM TAK PERCAYA,MACAM-MACAM ADA..!!

Semalam kakak Incik Bachok bagitau aku yang perangai Incik Bachok lebih kurang macam Gu Jun Pyo dalam drama bersiri Korea, Boys Over Flowers.Lebih senang macam watak Dao Ming Si dalam drama Taiwan Meteor Garden takpun macam watak Tsukasa Domyouji dalam drama bersiri Jepun,Hana Yori Dango.
Hahhahhaa...ketiga-tiga watak ni karektor yang sama la..dah lain-lain negara buat,jadi nama dengan tajuk cerita lain-lain la..Deyyy!! apa aku melalut ni??!!!

Lepas ja aku aku baca ayat kakak Incik Bachok tu(kami chatting..jadi kena tulis baca..takkan dengar plak..dengar untuk bercakap..ok! sekali lagi aku melalut),aku terpikir kejap..cuma imbas balik watak-watak tu dan yela...betul la...sama la...perangai memang sama..Walaweyyy!! betul sama dengan ketiga-tiga karektor tu la..Dari segi perangai la..kalo yang kaya anak jutawan gila babeng tu tak la..Dari segi perangai ja..

Panas baran,Ego,Manja(wuhuuu!!!),kuat cemburu,pendiam,tak boleh orang lelaki lain tengok aku(macam la aku hot sangat),macam nak kontrol aku tapi tak boleh kontrol aku(aku tergelak disitu yaa,jangan harap selagi kau bukan laki aku..hahha...),mudah risau pasal aku,suka ushar aku bila aku bercakap..gelak..makan..bawa kereta..sembang dengan orang lain,nak yang perfect ja..tak boleh comot-comot(aku comot,so what?) dan dia pernah bagitau aku yang buat aku rasa oh!!...

"I tak boleh orang sentuh barang yang I sayang,ambil barang I dan akan jaga barang I sampai bila-bila..Siapa cuba ganggu barang I,siap la..I tak peduli I ada kat mana,kawasan mana..kalau I naik angin..habis la.."

Ok..walaupun time tu dia bercakap sambil pegang jam tangan dia yang dia pakai sejak dari darjah 6(woo..lama tu) tapi aku tau dia merujuk pada aku..

Kalau aku tengah jalan-jalan dengan dia..tiba-tiba ja dia tarik tangan aku,(kami kalau keluar tak pegang tangan..heee!) secara kasar,cengkam lengan aku dengan kuat samapi rasa macam nak putus ja urat lengan aku dan jalan secara laju-laju sampai aku rasa macam aku nak terjatuh ja..tu maknanya ada sumthing wrong la tu..huhuhuhu..Kadang-kadang kalau kat tempat sesak dengan orang ramai..dia akan berjalan di belakang aku sambil tolak-tolak badan aku supaya jalan lebih cepat..Ceh!! orang ramai..takkan nak redah macam tu..tah pape kan?


Jadi ketiga-tiga watak ni memang ada persamaan dengan Incik Bachok serba sedikit la...

Jadi kalau jadi pasangan kepada spesis ni tak kira la bini ka.kekasih ka..tunangan ka..kena kuat semangat,kena banyak sabaq..kena berani..kalau tak..tak kekal lama..

Dan aku rasa aku punya perangai macam watak heroin kepada ketiga-tiga karektor ni plak..San Chai..Jan di dan Makino Tsukushi.Hahahhahahahahhahahahhahaha...
Cuma kalau depa tu versi hot dan cute..aku versi debab..hahhahahhahahahhaha...



Dao Ming Si



Gun Jun Pyo






Tsukasa Douyomji



Incik Bachok

Ketiga-tiga watak mempunyai wajah tang seiras kecuali Incik Bachok..hahahahahhahahhahahhahahhah...

Semak perut aku tetiba ja dok bercerita pasal Incik Bachok..Plezz!!


Isnin, Mac 21, 2011

PI BERBULAN MADU

Hari ni mak ngan abah takdak sampai esok sebab depa pi bulan madu yang ke berapa kali taktau la kat Tasoh Lake Resort..Tempat tu la dimana penyanyi Alyah buat pengambaraan video klip dengan Remy Ishak.Ahhh..jeles I..


Jadi mak bagitau tempat tu cantik sangat sampai mak ngan abah jalan berpimpin tangan kat tepi tasik yang indah tu..Waaa...jelesnya aku..
Bila la aku nak kawin..???Bleh jalan berpimpim tangan macam tu..hahahhahahhahha..

Kalau nak tau pasal Tasoh lake Resort ni..
Sila la klik sini yerr..

http://www.tasohlakeresort.com.my/

Ah..apahal cerita pasal mak ngan abah pi bulan madu ni.
huhuhuhu..

GAJI NAIK.

Yahoo!!!!!!


Alhamdullilah...nak kena study bagi dapat diploma nih..Basic untuk diploma Rm1800 tuh...
Wah!!!!!

Sijil pun naik derr basic dia..waahhh!!! Bestnya hidup aku!! Lepas bayar duit beli rumah bulan-bulan..Yippi!!!

Yibba..yibba!! andre! andre!!

Ahad, Mac 20, 2011

MULLAH OMAR NAMA BARU BABY?

Tengah aku kasi Baby makan dapoq,tiba-tiba abah muncul sambil tengok aku dan Baby..

"Abah ushar apa?"soal aku

"Mullah Omar...!"Kata abah sambil tuding jari kat Baby..

"Awat abah panggil Baby Mullah Omar?"Aku soal lagi.

"Sebab dia bermata satu.."Jawab abah selamber sambil keluar dari Dapoq..Aiyohh! mentang-mentang la Baby cacat sebelah mata.Abah kata dia Mullah Omar.Dulu abah panggil dia pirate..huhuhuhu



Mullah Omar

SERANGAN KE ATAS LIBYA,HAL MINYAK DAN AHLI POLITIK KITA

Heh...aku gelak ja bila Presiden Obama,Presiden Skarvoky dengan Perdana Menteri David Cameron buat kenyataan Media tujuan depa serang Libya sebab nak tolong rakyat Libya yang banyak terkorban angkara Gaddafi..hahahahha..Aku rasa serangan depa keatas Libya ni lagi buat banyak orang awam terkorban la...hahahhaha...



Ni pasal minyak ja..Libya kan kaya dengan minyak..Awat masa Mesir huru hara dulu depa tak masuk campur..Sebab Mesir takdak apa..Tapi Libya...

Dulu bukan baik lagi dengan mamat Gaddafi ni..la ni buat musuh la plak..

Sejarah yang berlaku kat Iraq memang bakal berulang la...



Takat serang Libya pakai peluru berpandu,lepastu bila tentera Libya lumpuh baru nak guna tentera darat masuk tak payah la...Memang dasar pengecut..



Waahhh..apahal plak aku nak marah ni?hahhahaa...

Ni hal Gadaffi dengan rakyat dia la...biaq depa la setel sendiri macam mesir tu..yang bawa masuk campuq pasai pa..uhuhuhu..Pasai minyak la bai..pasai minyak..



Berapa kali aku nak sebut pasai minyak daaa....hahhaha





Tapi pagi ni ada cerita lucu pasai pakcik ni..Dia ni fanatik dengan parti politik pilihan dia..pantang orang sebut sikit pasal salah seorang pemimpin parti politik ni..tudia baik punya maki hamun...

Dia cakap macam ni..



"Tu dia la Gadaffi..memerintah lama sangat..orang jemu..bagi la kat orang lain plak..."



Hahahahha..sekali abah aku jawab..


"Ala....yang si polan tu berpuluh tahun dok pegang jawatan dia..orang lain dah turun dah dari jawatan..dia tak turun-turun lagi..Jemu sangat aaihhh.."



hahahhaha...Terdiam teruih..haaaaa...
padan muka...

Apa-apa pun..pada pendapat aku,tak setuju langsung serangan ke atas Libya tu..baik habiskan duit tolong rakyat Jepun tu lagi baguih..

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DARI KACA MATA MISS POYO..

Semalam aku layan filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan Incik Bachok dan adik-adik lepasmelantak nasi kenduri kahwin kawan Incik Bachok..Jadi dengan serba sedikit aku nak la jugak cerita pasal filem ni kan.dah jemu dok baca review dari wartawan yang tah apa-apa tambah-tambah review dari wartawan Bi Pop berita harian tadi..macam nak pelangkung ja kepala dia....hahahhahaha...


Aku tak pandai la nak cerita pasal cara pembikinan pemilihan pelakon ka hapa ka sebab aku bukan orang filem.Tapi bagi aku filem ni wajib ditonton rakyat Malaysia sebab filem ni macam membuka era baru filem Malaysia yang sebelum ni tah pape punya cerita kan..Walaupun ada la jugak kekurangan berbanding filem Hollywood tapi tu satu percubaan yang baik la..biasa la mula-mula memang la tak perfect sangat..Tapi lama-lama kalau di bikin selalu..elok la...Lagi pun elok la kalau dok buat filem sejarah selalu..Lawan dengan Thailand tu..depa hebat dari segi filem sejarah depa terutama sekali dalam filem The Queen Of Langkasuka dan jugak filem The Legend Of Suriyothai..Tengok...Thailand pun buat filem pasal Langkasuka...takkan kita orang Malaysia taknak buat kan...Haaa..percubaan KRU memang menjadi..I loiikee..Kalau Thailand buat pasal masa era kegemilangan Langkasuka..KRU buat pulak pasal macam mana Langkasuka dibuka kan..........Malas nak sembang ngokngek-ngokngek..Meh nak cerita sikit pasal filem ni mengikut KRU punya olahan la...







Ini dia hero kita...hihihihi...








Filem ni mengisahkan Zaman sebelum Masihi dimana Raja Rom mahu pengahwinkan putera mahkotanya dengan Puteri dari China di zaman Dinasti Han..Dinasti Han adalah salah satu daripada Dinasti terhebat dalam sejarah China.Ada 13 maharaja yang memerintah Dinasti Han..jadi taktau la yang ni dari yang mana satu kan.hahahhaa..Jadi Maharaja telah menetapkan perjumpaan antara Rombongan pihak Rom dengan pihak China bertemu di suatu tempat yang dipanggil Semenanjung Emas.Ketika itu semenanjung Emas adalah tempat yang tidak mempunya raja la...Sekarang semenanjung emas di sebut Semenanjung Malaysia la baii.sapa taktau kira mangkok jugak.jangan harap baca buku tesk ja..kena baca dari sumber sejarah yang lain sama.hohoho..



Ni la putera berambut emas bak kata Merong Mahawangsa...hahhahahhaha








Yang ni Puteri China yang suka melarikan diri...








Ketika dalam pelayaran,rombongan Rom ditmpa musibah(ribut la tu)yang buat banyak kapal depa karam.Jadi putera Rom dan panglima dia singgah di Goa,India untuk merekrut angkatan baru sebab banyak askar depa mati kan..Di sana la depa bertemu dengan seorang pelayar bernama Merong Mahawangsa.Merong ni digambarkan seorang yang agak lucu sikit dan suka bercakap dalam bahasa yang tidak ketahui oleh sesiapa.Tu bahasa Melayu kuno la..Jadi Panglima Rom telah mengupah Merong Mahawangsa untuk membawa putera mahkota dia ke Semenanjung Emas sementara dia tinggal di Goa untuk menunggu kapal-pakal dan angkatan baru dari Rom sampai..Jadi sepanjang pelayaran tu la Putera Mahkota Rom dapat tau yang si Merong Mahawangasa ni adalah anak seorang pelayar Yunani sementara ibu dia berasal dari Semenanjung Emas tersebut.Sebab tu Merong boleh bercakap dalam bahasa melayu Kuno.

Panglima Rom yang lambat sampai masa last sekali..Cissss!










Sebaik saja sampai di suatu tempat kat Semenanjung Emas tu dan bertemu dengan Rombongan dari China,tetiba ja depa diserang oleh lanun yang menguasai perairan tersebut.Nama kumpulan ni adalah Geruda yang diketuai oleh Taji dan pembantunya yang ganas,Kamawas.Watak Taji sebenarnya takdak yer dalam tesk asal Hikayat Merong Mahawangsa.Tu cuma watak yang ditambah..Tapi menarik la bagi aku sebab setiap kali geruda menyerang ja..Si Taji di guna ilmu kedukunan dia memanggil ribut dan hujan.hahhaha..Jadi teruk la depa dikalahkan lanun Geruda yang ganas-ganas belaka..Yela...depa bukannya nak berperang kan...rombngan pun sikit jela..Jadi Putera Rom ditikam Kamawas lalu hilang dilautan manakala Puteri China diculik.Manakala si Merong ni cedera lalu diselamatkan oleh penduduk peribumi kat situ,seorang pawang bernama Pak Kesum dan anak angkat dia Embok..



Yang ni permaisuri pertama Langkasuka...



Yang ni Pak Kesum..Tok Guru Merong Mahawangsa..Kemunculan dia buat orang dalam panggung gelak...watak serius..tapi orang gelak jugak..sebab penampilan dia kot..hahahha







Jadi Merong ni dijaga oleh kedua beranak angkat dia sampai sembuh dan menurut mimpi-mimpi yang Pak Kesum tu alami..Dia rasakan Merong ni adalah orang yang akan menyatukan suku kaum peribumi ni yang berpecah belah dan menjadi raja kepada suku kaum ni..(melayu la tu..adoyai..).Jadi sembang pi sembang mai..Baru Merong tau ibu dia yang bernama Lang adalah anak ketua salah satu suku kaum ni la..yang mati dibunuh oleh Taji semasa mak dia berlawan dengan Taji.Penggal kepala tu...Dasyattt!!

Taji yang tamak,kejam dan suka panggil hujan ribut taufan dengan ilmu pawang dia.




Mamat yang gila sex dan kaki rogol







Jadi di pendek cerita la..suku kaum ni bersatu dan membina penempatan baru dimana Merong jadi ketua depa dimana tiba-tiba sahaja Laksamana China muncul meminta bantuan Merong untuk selamatkan Puteri China yang dalam tawanan Geruda.Dan Merong jugak dapat tau yang Putera Rom tak mati,sempat diselamatkan Laksamana China tu la...Jadi tanpa tunggu bantuan dari Rom dan China yang ambil masa berbulan-bulan nak sampai dan depa pun taktau bila angkatan tu nak sampai kan..DEpa pi serang dulu la bersama rakyat Merong.Lupa nak bagitau..Merong yang kasi nama negeri baru tu Langkasuka...Aloyah cakap..



"Agaknya Langkasuka tu sempena nama mak dia kot kak long?"



Haahhahahaha...Yela la kot Aloyah..filemm ni takleh percaya sangat..banyak yang diubah.Hollywood pun sama la...Contohnya filem Black Hawk Down dengan Pearl Harbour..Banyak benor menipunyer bak kata usop hantu Kak Limah Balik Rumah..hahahhahaha..




Jadi lawan pi lawan mai dan bila depa hampir kalah dengan pihak Geruda baru la pihak Rom dan China sampai...Jadi sempat la Merong Mahawangsa ni korbankan diri dia untuk bunuh si Taji yang kebal tu..Di situ ada sedikit lari fakta yerrr..Kalau dalam filem Merong Mahawagsa mati meninggalkan permaisuri dia si Embok tu yang tengah mengandungkan anak dia yang menjadi waris membangunkan langkasuka sehingga terbentuknya Kerajaan Kedah Lama tapi kalau dari teks asal Merong Mahawangsa ada 4 orang anak (Semalam aku silap kata 6 sebab aku dok ingat Raja bersiong tu anak dia jugak........padahal cucu dia).



Ini adalah teks tulisan Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J Willinson..






Anak pertama Merong diberi nama Raja Merong Mahapudisat yang ditabal menjadi raja siam.Harus diingatkan yang Raja Siam sekarang bukan la dari keturunan Merong Mahawangsa ya sebab Thailand pun punyai sejarah yang panjang dengan pertukaran banyak raja setelah berlaku peperangan dan Rampasan Kuasa.



Anak Kedua Merong bernama Raja Ganjil Sarjuna.Dia la pengasas kepada kerajaan Gangga Negara iaitu Perak sekarang kalau tak silap aku..Sebab aku bukan ahli sejarah yaaa...banyak fakta aku taktau..yang mana aku tau aku cerita la...huhuhu.



Anak ketiga Merong ialah seorang puteri yang bernama Raja Puteri.Jadi baginda ni merupakan Raja pertama Pattani.



Dan anak keempat Merong Mahawangsa yang bernama Raja Seri Mahawangsa ni la yang menjadi penganti ayahanda dia sebagai Raja Kedah.Kalau nak tau budaya Ufti yang dihantar oleh Raja Kedah kepada Raja Siam ni bermula dari dia la..haaa..macam tu...




Jadi kita nak tau Raja manakah yang menulis Hikayat Merong Mahawangsa ni..Beliau adalah Cicit kepada Merong Mahawangsa yang bernama Raja Phra Ong Mahangwangsa.Dia ni beragama Hindu sebelum memeluk islam dan menukarkan nama dia dan gelaran dia kepada Sultan Mudzafar Shah...Ketika dia diislamkan,masa tu tahun 1136.Kalau dalam filem dia sendiri yang karang pasal sejarah Moyang dia.Tapi kalau yang asal,bukan dia yang karang..Tapi pembantu dia,dia cuma bercerita ja..Tapi aku tak ingat la lama pembantu dia tu..huhuhuhu..





Begitu la al kisahnya..Sesiapa yang minat sejarah macam aku sila rujuk kat library dan jugak muzium..Kat internet ni pun buleh cuma da fakta-fakta yang diubah sikit ja.

Tapi sila la tonton filem dia..memang best...




Sabtu, Mac 19, 2011

CERITA BEST..TAPI ADA GAK YANG TAK PUAS HATI.

Kenapa Merong Mahawangsa mati??Sepatutnya dia tak mati sebab dia akan lahir kan(bini dia la yang lahir..) 6 orang anak..6 orang anak ni la yang akan membuat negeri-negeri penting dalam sejarah negara kita...huhuuhuhuhuhuhu...


Ok,aku sakit kepala ni...tiba-tiba membebel kat bahagian tengah penceritaan aku.hahahhahaha..
Esok ar nak tulis pun..

KENDURI KAWIN

Hari ni sebelum pi layan wayang,aku kena pi teman Incik Bachok pi kendurri umah kawan dia dulu..Kawan sekelas dia masa dia blajaq kat Politeknik dulu kawin....huhuhuhuhu.
Incik Bachok kawan hang da kawin...hang bila laagi?
Huahuahauhahauahhua.....

Kesian marka hampa...dah lama menunggu tu...hahahahhaa...
hahhahahahhaha

Jumaat, Mac 18, 2011

MACAM DAH ADA ANAK KECIK

Selalunya yang aku dok tengok,kalau sapa-sapa yang ada anak kecik.baby la tu..malam-malam mesti tak cukup tidoq.Baik bini mahupun laki.Sebabnya bila malam ja abak depa menagis sebab kencing ka,sebab berak ka..takpun sebab lapaq..Kadang-kadang anak kecik ni malam-malam dia tak tidoq.dok main kat sebelah mak pak dia..Jadi sebagai ibubapa yang prihatin,takkan nak biaq ja anak bermain sorang-sorang kan.mesti la berjaga jugak layan anak..Dah la pagi besok nak pi kerja pulak.Tapi sebab anak..depa tahan jugak labu...


Tapi bagi kes aku,walaupun aku tak kawin mahupun beranak.Tapi hidup aku time malam-malam umpama orang yang ada anak kecik...hahhahahha...Sebab apa?Sebab bila time malam ja,kucing aku si Baby ni akan berbunyi pelik tanda dia nak membuang air..nak tak hendak walaupun pukul 1 2 pagi..aku kena bangun dan buka pintu untuk Baby kasi dia membuang kat luar..Dah tu...terpaksa tunggu dia sampai sudah membuang plak tu..Waaaa...

Kadang-kadang baby jilat muka aku time aku tidoq tanda dia lapaq.jadi aku pun bangun la tengah malam kasi dia makan dan minum air...Tapi aku tak tunggu dah aaihhh.teruih masuk tidoq.hahahhaa..Dan kadang-kadang aku tak boleh tidoq sebab baby akan main-main kat kaki aku.kadang-kadang rambut akukadang-kadang kat tangan aku.Nak tak hendak aku terpaksa layan dia sampai dia letih..huhuhuhu.Bila dia letih,baru dia baring tidoq sebelah aku...huhuhu..


Tengok.walaupun aku ni masih bujang trang tang tang dan saham masih lagi tinggi..tapi tanggung jawab aku pada baby sama macam tanggungjawab seorang mak pada ank dia..Untung la siapadapat jadi laki aku..hahahahhahahha....
Baby pun untuk sebab dapat tuan macam aku...hahahha

TAHNIAH

Alhamdullilah....!!

Harap-harap Incik Bachok dapat kerja satu opis dengan aku..Aminnn!!

KRAKATAO..GUNUNG BERAPI PALING ANGKER DI DUNIA.

Lukisan Krakatao pada abad ke 19





Krakatao ni adalah sebuah gunung berapi yang terletak di Selat Sunda,diantara Kepulauan Jawa dan Sumatera,Indonesia.Ketinggian Gunung berapi ini ialah 813 dari aras laut.Nama kumpulan Muzik Krakatao dari Indonesia tu mengambil nama sempena nama Gunung Krakatao la..huhuhuhu..



Kalau nak tau,Gunung berapi ini telah meletus pada tahun 24 Ogos 1888 sehinggakan separuh dari dunia ni bergelap selama beberapa minggu dan mencetuskan Tsunami yang paling Dasyat sekali kalau nak dibandingkan dengan Tsunami yang berlaku pada 24 Disember 2004 dengan Tsunami yang baru ja terjadi kat Jepun baru-baru ni..Tu dia..punya la dasatnya Gunung Krakatao ni..sekali ja meletus teruih separuh dari dunia bergelap..Lepaih tu Tsunami pun dasyat gila..Tera Tsunami yang aku pernah tengok ni pun bagi aku dah dasyat..inikan pulak Tsunami Krakatao..mesti gila-gila punya tinggi ombak yang mai tu kan..


Tsunami yang terjadi akibat dari letusan Krakatao ni telah mengakibatkan 36 000 kematian dan bunyi letusan tu boleh didengari samapi ke Australia dan Afrika.Mak aaii..gila punya kuat bunyinya..boleh pekak la sapa yang dok dekat ngan gunung Krakatao ni..takdak nak pekak,mati serta merta tu...



Mengikut Diari seorang warga Belanda yang ada kat Indonesia ketika itu(masa tu kan zaman penjajahan Belanda ke atas Indonesia),tak silap aku la..aku ada tengok pasal penceritaan Diari ni kat National Geografic takpun Discovery la...seramai 165 kampung musnah.Lepas tu jumlah kematian plak seramai 36 417 manakala beribu lagi cedera teruk.Lepas ja letupan tu,Gelombang Tsunami plak mai yang jadi punca dua pertiga dari Pulau Krakatao musnah.Lepas tu Pulau Sebesi yang terletak 13 kilometer dari Pulau Krakatao hilang bersama 3000 orang penduduk dia..Tudia...dah jadi macam Atlantis plak..huhuhuhu..



44 tahun kemudian selepas letupan Gunung Krakatao tu..Muncul pulak gunung baru yang digelar anak Krakatoa..Yang peliknya...Anak Krakato ni membesar setiap tahun dan tumbuh di tempat yang sama dimana Ibu Krakatao tu meletus dulu..Kan lepas ja letupan tu..Pulau Krakatao musnah sama sekali..tiba-tiba di tengah laut tu,muncul plak gunung baru yang membesar setiap tahun..tak ke pelik kan..Kewujudan Anak Krakatao di dikesan pada tahun 1927.





Anak Krakatao yang sedang muntahkan larva dia pada tahun 2007



Krakatao : The last Days..Drama TV mengenai kejadian Krakatao

Dengar cerita..kalau anak Krakatao ni plak meletus,boleh mengakibatkan bencana yang dasyat selepas mak dia meletus tu tu..huhuhu..

JAUH OOO BUNYI DIA..

Pagi tadi..tengah sembang baik punya pasal paksu dengan mak dalam bilik dia,tiba-tiba abah masuk bilik..

"Hari ni besday Aloyah...Nak beli kek dak?"Abah tanya.Aku dengan mak anggukkan kepala ja sambil fokus dok sembang lagi..

"Nah,amik duit ni..satgi hang pi kedai kek..beli..yang mana kurang hang tambah-tambah la..."Kata abah lagi sambil hulur duit kat aku.Aku pun amik la duit tu tanpa pandang muka abah.Masih lagi sembang dengan mak.Abah pulak dok bersiap-siap nak pi kerja.

"Paksu kata dia takmau pi.."Aku jawab soalan mak pasal paksu semalam.


"Apadia..?nak beli kat Secret Recipe?Sedapnyaa.."Tiba-tiba abah bersuara kuat sambil senyum..

Hahahhahahahahaha...lain yang orang cakap..lain yang dia dengar.hahhahahaha

SUNYI

oK...Sekarang parking kat opis aku lenggang..aku orang first masuk opis aku dan....
Kedua orang Pegawai aku cuti hari ni??

Hmm.....

Khamis, Mac 17, 2011

SUKA SEJARAH VS TAK SUKA SEJARAH

Incik Bachok ni kalau bab-bab sejarah memang dia tak suka..Nak baca buku tentang sejarah.. Tengok filem tentang sejarah..semua dia takmau..Kadang-kadang geram jugak sebab minat dia langsung tak sama dengan aku..Bila aku tengok filem sejarah tak kira la filem dari negara mana pun,dia tengok bola..Bila aku baca buku sejarah(bukan buku teks yaa..) dia baca pasal bola..Pernah jugak aku bersembang pasal Hikayat Merong Mahawangsa dengan dia dulu.Tak silap aku setahun yang lalu..Tapi dia cakap..


"Ah..pening-pening la dengar pasal sejarah-sejarah ni..kedah..langkasuka..menda ni..?haiya.."

Jadi aku malas nak sembang dah pasal benda-benda sejarah ni termasuk sejarah Kelantan(Aku rasa aku lebih tau pasal sejarah kelantan berbanding dia..hahahahhahahahahha)
Tapi tiba-tiba ja dia hantar mesej kat aku..

"Hari Sabtu ni kita pi tengok Merong Mahawangsa..I ambil u kat rumah..ok!"

Hah!! biar betul ni?Hahahahahahaha...Jadi aku pun setuju la..Jadi lusa aku akan pi tengok dengan dia..
Tengahari tadi..aku hantar mesej kat Incik Bachok..

Tau tak Merong Mahawangsa ada berapa orang anak?


Tau apa balasan dia..

Ahhh..I takdak masa nak pikir pasal anak orang..I nak tengok ulangan bola semalam ni..I tak tengok semalam..jangan kacau la..


Hahahahhahahahahhaha...see,memang dia tak minat..nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa sabtu ni sebab apa aku pun taktau..hohoho..

CONTEST?TAKDAK MASA NAK PIKIOR BENDA-BENDA NI SEMUA..

Ada seseorang suruh aku buat Contest kat blog aku..Contest apa plak ni?Katanya kalau aku buat contest mesti banyak orang baca blog aku..
Haiyoohhh...Minta maaf la..Ceq tak minat la contest-contest ni..Ceq buat blog sebab ceq minat menulis..minat bercerita..Tu ja..nak kata ceq kera sumbang pun ceq tak kisah la..Takmau la ceq buat contest montest ni..serabut..ni blog poyo..mana bleh serabut-serabut..hahahahaha..Nak main contest-contest pi la kat blog lain nah..kat blog ceq ni kita enjoy membaca ja tau..Ok!

MAKAN

Nak makan McD ke takk..nak makan ke tak..nak makan ke tak..makan la..
Arrrgghh...taktau nak buat pilihan ni..

PONTENG KERJA

Masa aku kerja dengan Incik Arkitek sebagai kerani tapak dulu jaga site memang best..Tapi dalam-best-best pun mesti la rasa boring jugak kan sebab dunia aku hanya mengadap pekerja Indon,Bangla dan Vietnam.Kadang-kadang pagi-pagi lagi aku dah setel kerja aku panjat sana panjat sini..Mai tengahari,dok ja dalam kabin melayan tenet.Penyelia tapak yang lain termasuk penyelia tapak satu company dengan aku selalu takdak..Sebab selain projek ni..depa kena jaga projek lain sama..Jadi aku kena galas tanggungjawab untuk tengok-tengok keadaan kat Site.

Satu hari,selepas sembahyang Jumaat,abang angkat aku dari Alor Setar call..

"Adik..hari ni abang cuti..nak pi Penang..dalam perjalanan ni..jom tengok wayang sekali.."

Jadi aku pun setuju la...lagi pun site tempat aku kerja dekat dengan Seberang Jaya..dekat dengan Bandar Sunway Carnival..takdak hal la..hehehe..Jadi lepas ja aku setel kerja dengan Kontraktor,aku start enjin kereta pi Sunway Carnival.Sampai ja kat sana..Aku terus pi tingkat 3 bahgian panggung wayang.Abang angkat aku dah tunggu siap beli tiket lagi..Filem The Mummy 3.

Jadi kami pun masuk dalam hall la..dah dapat tempat duduk..aku pun mesej-mesej dengan kawan lelaki yang lain.Abang angkat aku tak ingat buat apa..dok ngorat perempuan sebelah dia kot..hahahahahahha..Tengah dok mesej,tiba-tiba ja aku dengaq macam orang panggil nama aku..Ingatkan khayalan aku ja..tapi..


"Woi mira!!!!" Satu jeritan diiringi beberapa butir popcorn kena kepala aku..Jadi aku pun pandang belakang..Haiyaaa!!!! Penyelia tapak aku maaa...hahahahahaha..
Oooooo..patut la asyik hilang..dia dok pi layan wayang noh...!!

Sejak dari itu aku dan dia bersepakat melakukan kerja-kerja terkutuk ni tanpa pengetahuan Incik Arkitek yang jauh dok kat Ampang sana..hahahahahahah...

Rabu, Mac 16, 2011

MENGGUNAKAN STATUS DIRI SEBAGAI SUAMI UNTUK PISAHKAN HUBUNGAN ISTERI DENGAN KELUARGA DIA.NI CONTOH SUAMI YANG BAIK KA?

Cerita ni cerita benar..Aku rasa tak tahan gila la dengan tinggah laku dia.Aku rasa macam nak hantar emel kat dia bagi link entri ni kat dia..Aku tak peduli dah apa tindakan dia kat aku kalau dia baca entri ni..kalau dia nak mai balik Penang cari gaduh dengan aku..sila kan..Wa tarak takut sama lu bai...


Aku taktau la apa masalah hang sebenaqnya..Kalau hang mai dari family yang kucar kacir,adik beradik selalu bergaduh,tak berteguq sapa antara satu sama lain,maki mak sendiri tu bukan bermaksud hang kena ajar bini hang jadi macam family hang jugak.Hang umur dah nak masuk 40 tahun tapi perangai mengalahkan budak lelaki tak baliaq(baligh) lagi.Takkan sebab mak mentua hang mai rumah hang semata-mata nak melawat bini dan anak-anak hang selaku anak dan cucu dia hang nak maki hamun bini hang sampai halau dia keluaq dari rumah.Hang sedaq sikit rumah tu atas nama siapa bai..atas nama bini..Segala harta yang ada kat hang tu..semua atas nama bini hang..Hang ada pa?bagi susah bini hang lagi adala la..bangkrap tu buat cara bangkrap la..Blacklist punya olang.

Apa masalah hang kalau mak mentua hang mai rumah.Mak mentua hang bukannnya nak menyebok pun hal rumah tangga hang..Takat mai tidoq sehari ja pun..Yang hang halau macam dia tu anjing pasaipa..??Gila ka?Hang ingat sikit..taraf mak mentua hang tu sama taraf dengan mak hang sendiri hang tau..

Hang dah lupa ka?masa hang bangkrap dulu..masa hang jatuh susah dulu..Siapa yang dok hulur duit bagi makan kat hang..Mak mentua hang dengan Arwah bapak mentua hang jugak..Nak beli roti 50 sen pun tak mampu dulu..mak mentua hang jugak dok bank in duit setiap bulan kat bank bini hang..hang pun makan minum atas duit tu la..Lepas tu abang-abang ipar hang..kak-kak ipar hang hang baik punya pi KL kasi duit bagi hang dengan bini hang duit makan..hang dah lupa..??Nak harap family hang?harammm!! Nama ja kerja kerja bagus-bagus..engineer la..hapa la..tapi depa pulau hang..hang tak ingat..Bila dah mula senang..Perniagaan makin maju..teruih lupa jasa orang..Depa pun tak minta la hang balas jasa depa tu..tapi berpada-pada la...sampai teruk macam ni..apa kes?Depa tolong hang sebab bini hang tu adik depa ja..kalau tak..boleh pi berambus la merempat..

Apakejadahnya hang cakap adik-beradik bini hang mai melawat rumah hang tu menyusahkan hidup hang..Hang ingat hang kaya sangat..??Awat hang asal dari anak datuk datin ka?anak datuk pun tak macam ni punya perangai..Ni depa pun tarak heran la..depa lagi senang dari hang..cuma takmau tunjuk ja..bersederhana ja hidup depa..kalau tak silap aku..hang la yang susahkan hidup depa masa hang susah dulu..ada depa ungkit?tak kan?

Hang ni memang kurang ajaq la kan..main ikut sedap mulut ja suruh bini hang dengan anak-anak keluar dari rumah hanya sebab mak mentua hang mai tidoq sehari kat rumah hang..Awat hang ingat hang hebat sangat..?Kalau takdak bini hang...hang tarak boleh dapat aihh kemewahan yang hang ada la ni..Lepas tu hang boleh kata pulak mak mentua hang menyusahkan..buat semak ja mai rumah hang..Ni..kalau bini hang boleh jaga mak hang bertahun-tahun sebab mak hang sakit..semua kena bini hang buat..basuh berak..bagi mandi,bagi makan..langsung tak merungut,tapi mak mentua hang yang mai rumah hang..Siap masak untuk anak-anak hang makan..hang kata menyusahkan hidup hang?buat semak rumah..memang kurang ajar gila la hang ni!!

Aku ingat lagi apa hang buat kat anak sedara bini hang..ada ka patut hang tinggal dia kat tepi jalan dalam hujan pi makan dengan anak hang lepas ja habis tengok konsert..Hang gila ka buat macam tu?Hang ni takdak hati perut ka?Nasib baik kawan hang kebetulan ada kat situ tolong anak sedara bini hang..Kalau tak aku taktau la..Bro..kalau hujan rintik-rintik takpa..ni hujan lebat bai..tengah malam pulak tu..Nasib baik dia lelaki,kalau dia perempuan,lu tak pikir ka bahaya dia..??Sekali lagi aku cakap hang ni gila la..hang ada masalah jiawa kot..Tekanan dok kat KL buat hang jadi sewel macam ni kot?Tapi aku tengok orang lain ok ja pun..tah-tah hang keturunan sakit jiwa pa..?Sebab semua orang tau kak hang ada masalah mental..

Dah bertahun-tahun hang kawin ngan bini hang..sampai beranak 4 dah pun..Family bini hang memang dah tau dah perangai hang..Tapi depa buat tak reti ja..layan hang elok macam biasa..layan anak-anak hang elok kalau anak hang mai rumah depa..Tapi bila anak-anak depa mai rumah hang..hang buat acuh tak acuh ja..siap tutup pintu kuat-kuat tanda hang tak suka..Tapi depa sabaq..Tapi bila hang buat macam tu kat mak mentua hang..Ingat senang-senang depa nak biaq?tu mak depa la bai..mak depa...Hang tunggu masa la nak kena taruk ngan abang-abang ipar hang..dengan biras-biras lelaki hang..

Aku taktau la apa problem hang..dalam family mak mentua hang..hang la menantu paling haprak..Menantu dia yang lain ok ja aku tengok..Takdak masalah..Siap gilir-gilir bawa balik mak mentua hang pi rumah depa..Tapi hang?Memang sakit jiwa ni..aku rasa hang patut jumpa doktor la..takut la jugak mana-mana fius otak hang tercabut ka..Apa guna hang semayang 5 kali sehari kalau hang punya perangai macam haprak..kurang hajaq dengan orang tua..

Lepastu hang boleh kata bini hang menderhaka kat hang,tak cium bau syurga sebab bagi mak mentua hang mai rumah..Helo brader...lu belajar agama ke tak hah?Kalau menderhaka kat mak sendiri tu takpala..tak berdosa.Macam tu?Hang belajaq mana?ustaz mana ajaq hang?Ustazah mana ajaq hang..aku pelangkung kasi..Apa?ingat aku tak berani buat?Kesian kat bini hang weii...tersepit antara hang dengan mak dia..Hari-hari menangis..Apala dosa dia kan?Punya la setia kat hang..Susah senang dia sanggup dengan hang..Macm ni balasan dia dapat?
Hang boleh suruh bini hang buang keluarga sendiri semata-mata kerana hang..Hang tarak ada hati perut ka.?Bini hang cukup baik dengan family dia..rapat dengan adik beradik..hang boleh buat macam tu..bagi dia menderita..Suami jenis apa hang ni?

Haai..aku taktau la...Manusia jenis apala yang mak hang lahirkan hang ni..Kesian kat mak hang...dapat anak macam hang..Kalau aku jadi bini hang..Dah lama aku tinggal hang..Peduli apa aku kalau jadi janda anak 4..Aku ada kerjaya yang bagus,berpangkat..berharta..Suami boleh cari la..tapi mak ayah..adik beradik..hanya saatu ja dalam dunia ni..takdak tukar ganti..takdak jual kat mana-mana.Tapi tu la..bini hang bukan macam aku..walaupun dia berpangkat..berharta..tapi dia setia kat hang..dia tak tinggal hang..sanggup menderita...Aku taktau la sampai bila dia nak tahan sabar dan tanggung derita sebab hang..

Cakap banyak pun tak guna..orang macam hang ni tarak ada hati aaihh...Heeiii..rasa macam nak bawa lari bini hang dari rumah cam neraka tu ja..

IKAN BERKUMPUL SEBAB TSUNAMI??



Aku ingat lagi macam mana kawan abah aku yang tinggal kat Kuala Muda,Kedah cerita kat kami sebelum Tsunami datang menyerang 24 Disember tu,banyak ikan tiba-tiba terdampar dipandai tanpa ketahui punca depa jadi macam tu..Rupa-rupa ada pentanda yang Tsunami nak muncul..

Macam kes gambar yang aku pos ni,Kejadian ni berlaku dekat Acapulco, Mexico bila tiba-tiba ja beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul secara setempat dengan padatnya berhampiran pantai.Nelayan kat situ rasa yang fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini. Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, betul ka kejadian ikan-ikan berkumpul macam tengok konsert Indie ni ada kaitan dengan bencana alam tu?Tu la kan..Kejadian alam ciptaan Allah ni memang banyak yang misteri yang sukar kita nak pikir atau cari punca dia..Apa-apa pun layan lagi dua gambar kat bawah..Zaassss!!





Kalau macam ni punya gaya..aku pun nak terjun jugak pi tangkap ikan sekoq-sekoq buat gulai..hahahhaha..


Uikkk..tengok..orang dok mandi manda kat situ pun ikan tak lari pun...
Misteri..memang misteri!

SILAMBAM..SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ORANG INDIA..

Selalu kita sering dok dengar seni mempertahankan diri seperti silat(siapa yang taktau apa tu silat,meh sini aku nak terajang tengok..hahahhahaa),Taek Kwan do,karate,Judo,muay thai dan Kungfu.Tapi kalau nak tau,selain dari Ilmu pertahankan diri diatas,ada satu lagi Ilmu pertahankan diri yang jarang orang dengar..tah-tah ada yang tak pernah dengar lansung pa..Iaitu Silambam.Aku dapat tau pasal Silambam ni pun time aku tengok filem Asoka lakonan Shah Rukh Khan beberapa tahun dahulu..Time tu ada satu adegan lawan-lawan..Aku heran la jugak kan..Apa punya teknik lawan la Si Shah Rukh guna ni..Pelik sangat aaihh..Jadi aku tanya abah aku yang masa tu tengah sakit hati sebab aku tengok hindustan teknik apa yang Shah Rukh Khan guna tu..dalam keadaan marah,abah aku jawab..



"Tu Silambam la ngokngek..!!"



Sejak tu tu aku jadi Sherlock Holmes menyiasat pasal Silambam ni kan..hahhahahahha..










Silamban ni merupakan teknik berlawan mengunakan tongkat.Menurut sesetengah buku,teknik ni berasal dari Bukit Kurunji.Tak silap aku kalau zaaman moden la ni,Bukit Kurunji dah bertukar jadi Kerala.Ilmu berlawan ni dah berumur lebih dari 5000 tahun.Tu dia...punya lama gila usia dia..huhuhuhu..Menurut sejarah,teknik ni asalnya dari sebuah kampung dimana penduduk dia guna buluh sebagai alat mempertahankan diri dari serangan binatang buas.Lepas tu depa guna kemahiran depa tu dalam upacara keagamaan la plak..Lepas tu sarjana agama hindu dan Ahli Yogi(yogi?apa tu??) yang pergi ke bukit Kurunji tu untuk bertakafur(bertapa la kot..hahahaha) pun tertarik dengan seni ni lalu beri gelaran sebgai teknik Chilambambo..Hamboihhh!! dah macam bunyi bahasa inggeris haihh..hahahhahaa...



Selepas tu,Silambam telah digunakan oleh tentera untuk berlawan dengan pihak musuh sejak dari zaman Dinasti Chola Silam,Dinasti Chera dan raja-raja Pandya dari Selatan India semasa tempoh Sangam.(Tempoh Sangam?fmacam filem Sangam plak..hahahahhaa).Lepas tu,Teknik ni digunakan secara meluas olej Maravar pada tentera Travancore.Maravar ni adalah salah seorang dari Raja pada Dinasti Travancore la..Lepas tu,pada tahun 1760 - 1799 tentera Raja Veerapandiya kattanbomman telah gunakan teknik ni untuk berlawan dengan askar British.



Sekarang ni,Silambam akan diajar pada sapa-sapa yang berminat macam aku dengan adik-adik belajar tae kwan do la..Pi kelas bila hujung minggu sabtu ahad kan..macam tu la...hohohoho...Teringin gak nak belajar..Ni orang minyak pun takut ni kalau aku belajar ilmu ni..Pantang orang minyak kan batang buluh kuning..hohohoho..

KEMBANG SEMANGKUK

"Depa dok puji u.."
Eh..pahal plak Incik Bachok bagitau aku depa dok puji aku..Depa tu siapa kan..


"Siapa depa tu....???"Aku soal dia..

"Kawan-kawan I la...I gitau u dah beli rumah..Lepas tu depa terus puji U..cakap I untung la..U pandai rancang masa depan la..hahahahha.."

"Haaaa..u patut bangga dapat Girlfiend macam I..selain dari kurang lawa..I pandai urus masa depan tau..hahhahahaha..Pungkoq dah kembang semangkuk ni..hahahhaha.."


"Yela tu..hahahahha"


Tak sangka ada orang puji diri aku ni..hahahahahhaha

MUKA SERUPA...

Haa...dia dia ratu dikir barat..Ellyana..Muka sebijik macam muka Ellyana penyanyi tu..Gila betul gelek dia...Menurut Incik Bachok,yang menyanyi dadgdut dikir barat ni kebanyakkannya oran Pattani..Tapi ada jugak dari Kelantan.Tak pasti pulak yang Kelantan atau Pattani.Aku tanya Incik Bachok,dia layan ka benda-benda camni..dia kata tak..Bagus!! kalau dia layan memang geram jugak la..Tengok dia gelek kalah Inul...





Aku rasa gosip pasal Ellyana Joget seksi tu...bukan Elyana kot..Rasanya budak ni.
hahahhahaha..

Selasa, Mac 15, 2011

MARMALADE BOY

Masa aku tingkatan 3 dulu...aku tergila-gila sungguh tengok drama Marmalade Boy kat TV3 pukoi 6 petang setiap isnin sampai jumaat tak silap aku...

Cerita ni pasai Miki yang ada abang tiri perangai menyakitkan hati dan suka usik dia..buli dia..arrrrhggghhh!! ngantuk la plak..takdan nak sembang habis aaiihhh!!!Esok la sembang pasai drama ni...huhuhu..






MIMPI AKU BUAT APA KAT HANG?

Tadi Kucai tiba-tiba mesej aku..

Wan.....

Jadi dengan segera aku contact dia pakai fon opis aku..kan free ja..nama pun kerja kat TM kan..hihihi..takdan aku nak dengan bunyi caller ringtone..tiba-tiba dia jawab bagi salam...

"Weh..cai..aku mimpi hang semalam!!"Aku bagitau peristiwa semalam tanpa jawab salam dia.


"Hahhh!! hang mimpi aku?? hang mimpi aku buat apa kat hang??"


"Cilaka hang..akai kotoq!!"

"Hahahahahahahahah...hang rindu kat aku la tu..hahahahhahaha..mangkuk betoi..bila mimpi aku baru nak call.."


Dan macam biasa..kami sembang sampai 2 jam..hahahhahaha..

AKU TERMIMPIKAN MOHD NOR KHUSYAIRI..

Aku bangun pagi,tiba-tiba ja rasa malas yang amat nak pi kerja.Jadi aku pun apa lagi..amik keputusan nak pi klinik amik MC la...Macam biasa..Aku pi klinik Putra.Sambil bawa kereta,aku dok pikiaq..apala aku nak cong doktor ni nanti..Sampai ja kat depan Klinik Putra,aku tengaok ramainya orang..yang datang naik motor,kereta,bas mahupun keretapi pun turut serta la..punya la ramai..kaya la doktor tu nanti..Tengah dok tertinjau-tinjau dalam ratusan orang yang ramai tu,aku nampak kelibat seorang lelaki..Huiii..macam kenai ja ni..Tinggi lampai,badan pun sedap mata memndang punya saiz..kulit putih merah..rambut ala-ala korea sikit..tengah berdiri sebelah kereta waksegan merah..Jadi tidak syak lagi,memang dia la tu..jadi aku pun jerit..



"Woiii!! Kusyairi!!"



Kusyairi pandang aku..Muka dia macam terkejut..Aku rasa mesti dia terkejut tengok aku makin lawa..hHAHHAHHA...jadi aku pun berlari la pi dekat dia..



"Ceh..!! hang ka Wan..aku ingat kan mak budak mana..awat hang makin gemok ni..macam kena pam angin ja..hahahahhahaha"



Tak guna..dia kata aku bagaikan di pam...Jadi aku pun buh beberapa das tumbukan kat dada dia..tersedak kawan tu sampai muntah darah..Tapi dia kool ja lap darah yang keluaq kat mulut dia tu sambil gelak-gelak..Jadi kami pun bersembang la sambil tunggu giliran kami jumpa doktor..Dia bagitau aku dia balik bercuti sempena cuti sekolah ni..tiba-tiba demam plak..tu yang mai klinik tu..Aik..senang betul bomba cuti la ni..dulu bukan main susah lagi..heran aku..Tengah dok tunggu,tiba-tiba doktor keluar dari bilik dia..



"Errr,...la ni pukoi 10pagi ni..time saya makan..pukoi 11 satgi saya masuk balik..tuan-tuan dan puan-puan boleh balik dulu..satgi mai balik..ingat..jgn hilangkan no giliran ya..."



Jadi kami pun keluaq dari klinik..jalan kaki balik rumah aku.Heran gak..tiba-tiba ja klinik dekat dengan rumah aku..buat penat ja bawa kereta bukan main...hahahhaha..Sampai ja kat rumah aku..Kusyairi pun baring la sambil tengok Tv dengan abah aku..Kusyairi kan baik dengan mak abah aku..Nama pun kawan baik kan,jadi dengan mak pak aku pun baik la....Tengoah depa dok gelak sakan tengok cerita lawak tiba-tiba..



Puppp!!!



Aku terus terjaga dari tidoq...

Aikkk..pehal plak aku tiba-tiba mimpikan Khusyairi ni??heran betoi la..Jadi aku pun capai hanset aku,hantar mesej kat dia..



Weh..Kucai..aku mimpi hang la wei semalam..



Tapi tak delivered pun..try call pun tak dapat..Weh..pi mana plak mangkuk ni..??Pehal plak aku mimpikan dia ni..huhuhuhuhu....





Kalau nak tau..aku dengan Mohd Nor Khusyairi ni dah kenal sejak aku kat sekolah Teknik lagi.Aku pun taktau macam mana boleh baik punyer dengan dia..Yang aku tau,first time dia call aku masa awal tahun 2004.Masa tu aku dalam dorm aku dok merapu dengan kawan-kawan,sekali hanset aku berbunyi..Bila aku jawab ja,seorang laki bercakap..

"Hello..boleh cakap ngan Nurul Hanis Zuraidi?"

Haaaaa..Anis ni kawan baik aku kat asrama..walaupun kami lain-lain kelas,lain-lain aliran,aku vokasional,anis aliran Teknik,tapi kami kawan baik..Kami ada 8 orang kawan baik..Nama kumpulan kami EWG (eIGHT wANTED gURL),sebab kami selalu buat masalah kat asrama mahupun kat sekolah,asyik kena rotan ja....hahhahahaha..anis salah seorang la...aku pun kasi anis cakap dengan budak laki tu..Melalui Hanis,aku dapat tau yang call tadi Khusyairi laaa..boyfriend dia..

Lepas tu masa aku bertugas jaga kantin masa time rehat(aku kan pengawas yang tak berwibawa..),ada seorang budak laki boleh tahan muka ala-ala korea tegoq aku..

"Wan ka?"

"Haa..aku Wan..hang sapa?

"Aku Khusyairi.."

Sejak tu,time rehat ja..Khusyairi mesti mai sembang dengan aku,teman aku dok jaga kantin la..Ala aku tau,dia bukan nak semabang apa pun dengan aku..Nak sembang pasal Hanis ja..macam aku taktau peel dia..hahahahha..Lama-lama kami jadi baik.Khusyairi ni kalau ada masalah ja,mesti cari aku..luah perasaan dia kat aku..tak kira masalah family,pelajaran..cinta dengan Hanis..Kalau time dia gaduh ngan Hanis aku memang tak masuk belah sapa-sapa..Dua-dua kawan baik aku..aku dengar ja luahan hati depa..

Lepas ja SPM,Khusyairi clash dengan Hanis sebab Hanis da kapel dengan orang baru yakni suami dia sekarang la..Masa tu,Khusyairi frust menonggeng..Hari-hari call aku luah perasaan..Time tu la aku bnayak nasihat dia..aku kata..Cinta boleh cari bila-bila masa ja..La ni kena rangka masa depan dulu..Kena cari jalan dulu nak jadi yang terbaik..untuk berjaya dalam hidup..Jadi dia ikut ja nasihat aku..Aku dapat Politeknik sijil..dia politeknik Diploma..Tapi dia tolak sebab family dia susah..Ayah dia pun bukan ambil tau pasal mak dan dia adik beradik..Sebab apa?paham-paham la..orang laki,gila perempuan...Jadi dia bekerja la nak sara mak dia....sampai la dia try minta bomba..Dapat..Alhamdullilah la..Sekurangnya walaupun dia belajar takat SPM ja..dia ada kerja tetap..kerja kerajaan plak tu..Mahal tu gaji..hehehe..

Dia ni sanggup bersusah untuk aku..kalau aku mai KL ja..mesti dia mai jumpa aku..Tiap-tiap tahun,hari raya ja..mesti dia menapak depan rumah aku.hahahhahaa...Lepas tu aku tolong cari seorang awek kat dia..Untuk dia,aku kena cari seorang perempuan yang baik untuk dia..sebab walaupun dia hensem,dia bukan kaki perempuan..bukan kaki merapu..dia memang baik..sampai abah ngan mak aku pun berkenan kat dia..hahahhahahaha...Jadi aku ada kenalkan dia seorang perempuan yang sama Politeknik dengan aku..Tak silap aku sampai sekarang depa kapel...Jadi aku selalu nasihatkan awek dia,jaga la Khusyairi elok-elok..Dia la lelaki yang paling baik aku pernah jumpa kan..Tapi kadang-kadang aku takut gak..mana tau awek dia jeles ka kat aku sebab kami baik,lepas dia contact awek dia,mesti dia call aku plak..dah la awek dia jiran bilik aku masa kat aspuri Politeknik dulu..Hari-hari mai melepak kat bilik aku...huhuhuhuhu..Tapi bila awek dia kata dia tak jeles..takpala..

Sampai la kami kawan baik..apa-apa hal aku aku contact dia,dia pun akan contact aku..Aku pun dah tau perangai dia macam mana,Dia pun dah tau perangai aku macam mana(dia selalu panggil aku sang Murai..hahahhaa)..Dia selalu cakap kat mak abah aku..

"Kalau sebab Wan,saya sanggup buat apa saja pakcik..makcik..dia bnayk tolong dalam hidup saya.."

Aku pun tak paham apa maksud dia banyak tolong dia..Kalau aku tanya dia,apa yang banyak aku tolong dia..dia gelak ja..Konfius..Waahh..tiba-tiba teringat kat Khusyairi plak dah..


Tapi la ni aku rasa risau gila ni..awat la aku call dia tak dapat ni..Sumthing wrong ka dah jadi?huhuhuhuhuhuhu..

Isnin, Mac 14, 2011

FILEM FEVERET:TAKEN (2008)

Kali ni aku nak cerita pasal filem Taken plak..Filem berkaitan dengan dunia perdagangan manusia terutama sekali anak-anak dara macam aku ni la..hahahahha...Ala..lebih sedang remaja-remaja perempuan yang sebaya Aloyah.Umur tera-tera ni tau seronok ja..tau ikut kata hati ja..tau memberontak ja..Cakap mak pak takmau dengarkan..kalau jadi mangsa satu hapa pun tak guna..selama-lamanya tak jumpa family bali.tah-yah mati macam tu ja..Eiii.takut!! Minta simpang la jadi macam tu kat sapa-sapa pun...



















Poster filem Taken






Filem ni mengisahkan seorang bekas ejen CIA berkelas tinggi yang bernama Bryan Mills (Liam Neeson) yang baru sahaja bersara.Jadi dah bersara ni dia nak la eratkan hubungan dia balik dengan anak perempuan dia, Kim(Maggie Grace).Yala..selama ni dia bizi ja kan seagai ejen CIA.Dah bersara macam ni kena baik la balik dengan anak dia sebab anak dia lebih rapat dengan bapak tiri dia berbanding diri dia selaku bapa kandung.Terasa la kan...Jadi sebagai seorang bapa,Ofcoz la Bryan ni tegas dengan anak perempaun dia.Takmau anak dia merapu dana dengan budak yang bukan-bukan.Dia kontrol la anak dia tu.Tapi perangai kontrol dia tu tak disenangi oleh bini dia,Lenore(Famke Janssen).





Ni la Bryan...Bekas ejen CIA yang dah bersara berusaha nak selamatkan anak dia dari jadi hamba sex









Jadi satu hari,si anak ni bagitau la kat Bryan yang dia nak travelling dengan kawan baik dia pi Paris.Bryan ni tak setuju la..bagi dia budak perempuan tak boleh la nak travel tanpa orang yang lebih tua temankan takut jadi macam-macam,Tapi bini dia kata takpa.siap marah lagi kat Bryan.Jadi anak dia pun pi la Paris.Bryan ni riasau la kan..jadi dia pesan kat anak dianak pi mana-mana kat sana nanti telefon bagitau dia dulu.kalau jadi apa-apa senang.Jadi anak ni pun janji la..




Masa sampai kat lapangan terbang kat Paris,Kim dan kawan dia yang gatai mererla tu berkenalan dengan seorang laki muda yang hensem.Jadi laki tu ajak depa pi parti..Si kawan Kim ni main setuju ja padahal baru kenai takdan 5 minit.Siap bagi alamt rumah tempat depa tinggal lagi nak suruh laki hensem ni jemput depa la...Jadi syok la kedua-dua depa tu...Dapat berkenalan dengan jantan hensem..Cisss! macam tu la orang perempuan..pantang nampak laki hensem(macam la aku ni bukan perempuan...hahhahaha)







Jadi bila Kim dan kawin dia sampai ja kat apaetment yang depa dok tu,Kim pun kol la bapak dia...Masa time dia kol bapak dia tu la.Kejadian penculikan terjadi.Masa kawan Kim kena culik dulu,Kim ni menyorok kat tandas.Jadi bapa dia suh dia tenang dia bagi tau sati-satu ciri-ciri dan rupa paras si penculik tu..jadi dan la anak dia cerita salah satu pasal laki tu..Tamabh-tambah plak penculik cakap dalam bahasa Albania...Jadi dan la dia cerita kat ayah dia sebelum dia pun jadi mangsa kan..Jadi,berbekalkan maklumat ciput dari anak dia pasal penculik tu..Bryan pun berlepas ke Paris untuk selamatkan anak dia dalam masa 96 jam sahaja..




Saat cemas Kim yang menyorok bawah kati sebelum diculik



Masa dalam siasatan tu la terbongkar la pasal dunia memperdagangankan manusia terutama sekali perempuan untuk dijadikan hamba sex..Jadi macam biasa la...setelah bersusah payah lompat sana,lompat sini..terjun sana,terjun sini.tembak sana,tembak sini..Bunuh sana,bunuh sini,dera orang itu,dera orang ini..Akhirnya..Dia berjaya jugak kesan anak dia yaang dah dibeli oleh seorang lelaki pak arab tua yang gila sex..Euuuwww!!






Bryan tengah mendera salah seorang dari penculik anak dia utuk ketahui mana kedudukan anak dia

Jom tegok Trailer dia..







Jadi,nasihat pada perempuan-perempuan diluar sana...Nak travel tu boleh dengan kawan-kawan,tapi hati-hati la.tambah-tambah kat tempat orang ni..Bahaya..orang yang menipu ni kadang-kadang menyamar jadi orang alim pun buleh..Baik bercuti dengan family.Selamat..
hohohohoho.

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!