Khamis, Mac 31, 2011

DAH MASUK 24 TAHUN...HAHAHAHAHAHAHA

Kelmarin balik ja dari kerja aku letih sangat-sangat samapai rasa macam nak merangkaK ja..hahhahaha..Lepas tu..dah setel semua makan mandi dan buat apa yang patut,aku layan tenet barang dua tiga jam..Lepas tu masuk tidoq sampai tak sedaq apa dah jadi..kalau orang ambik aku humban dalam laut pun aku tak sedaQ pa..hahhaha..


Sehingga la pagi tadi dalam pukul 4 lebih Incik Bachok call aku bagitau dia dah pun sampai kat Penang dari Kelantan.Tu pun aku cakap stail layan tak layan ja sampai dia suh aku tidoq balik..Tapi tu la kan..aku ni kalau dah sekali orang gerak memang payah nak tidoq..Jadi mata aku berkelip-kelip sampai aku amik keputusan nak mesej Incik Bachok.hehehe..Tapi aku tengok Inbox aku macam banyak ja mesej masuk ni..jadi aku buka check tengok... Waahhh!!! ucapan happy besday dari kawan-kawan dan jugak sepupu aku..Wuuu...! Macam mana aku boleh lupa besday aku sedangkan tengahari kelmarin aku ingat..hohohoho..Mesej last sekali dari Incik Bachok..heh!!


Waahhh! tak sangka pulak aku dah berumur 24 tahun tahun ni..macam tak percaya usia aku bertambah setahun lagi..Masa kecik-kecik dulu nak menuju ke alam dewasa punya la lama..tapi bila dah sampai usia dewasa nak ke usia tua kerepot nak mampus,sat ja..Huhuhuhuhuhu... Menurut mak aku due date untuk melahirkan aku ialah pada 1 April 1987.Tapi tah macam mana tah masa malam sebelum 1 April mak aku dah sakit nak beranak..Jadi pukul 11.53 malam,31 Mac 1987(aku rujuk surat beranak aku..haha)..aku pun lahir..yaaa...lagi 7 minint nak ke 1 April kan..agaknya sebab tu aku kaki menyakat orang,pekena orang dan suka buat lawak kot..muahahahhaha..


Tapi usia bertambah tak semestinya aku punya perangai pun dah berubah kan..Menurut sumber-sumber yang rapat dengan aku(terutama ahli keluarga) perangai aku masih macam dolu-dolu gak..Perangai macam budak-budak,selekeh,kaki gelak..suka buat lawak..dan loqlaq terutamanya(cemerkap la tu)..hahhahahahha.. Dan aku rasa bersyukur sangat di usia 24 ni aku dah ada kerjaya yang menjamin masa depan aku,dah ada kereta,bakal memiliki sebuah rumah,mempunyai keluarga yang bahagia dan gila-gila macam aku serta seorang boyfriend yang mampu paham diri aku walaupun dia seorang yang kepala angin..hahahahahahaha..si pelawak dengan kepala angin?macam tak kena ja..hahahahahha..


Dan sempena hari jadi aku ni..Aku harap aku akan dimurahkan rezeki sentiasa..apa yang aku impikan akan tercapai..Dan aku happy selalu..hohoho..bukan ucapan ni dari orang untuk aku ka?Awat aku ucap untuk diri aku sendiri.??hahahahhaha...




Terimalah gambaq terbaru aku..hahahahhaa

4 ulasan:

Penanggah berkata...

alameekkk birthday girl ruponyer.. appy besday la yo.. smoga pjng umuq murah rezki dan copek2 la kawin.. hhuhuu.. nt gua bg hadiah kapal selam lima bijik buat g jalan2..

Mrs Poyo berkata...

Penanggah..

xmau cpal..nak kuda 8 ekoq..pistol 5..hahahha

Kaki Merapu berkata...

Allah panjang kan usia mu wahai miss poyo...Amin...teruskan menaip...guar minat lu punya tulisan...lu gua xminat(bacjok marah kang)...hahahahaha....

Mrs Poyo berkata...

Kaki Merapu..

yaka?time kasih..ceq akan menulis shingga ke titisan peluh yg terakhir..hahahha..

PERINGATAN PENTING YANG POYO

Semua karya yang ditulis dalam blog in adalah hak milik pemilik blog ini.Sebarang tulisan yang ingin di-copy adalah diminta meminta izin dahulu dari pemilik.Sebarang pengopy-an yang diambil tidak meminta izin terlebih dahulu,pemilik tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.



Gila serius la peringatan aku ni..

Huuuuuu!